Social Icons

Pages

Tuesday 13 August 2013

Tinted Kereta

Assalamualaikum,

Minggu sebelum raya lepas, akhirnya berjaya juga tinted kereta BLM wife. Hajat yg sudah lama ingin dibuat tapi asyik tertangguh kerana pelbagai sebab, alasan kerja dll.

Lega rasanya bila kereta dan bertinted, satu mgkn kereta nampak lebih smart, tapi sebenarnya byk lagi manfaat bila kereta dah tinted nih.



Sebelum buat tinted, kena la kaji dan study sikit berkenaan tinted nie kan. Disini dikongsikan sedikit info berkenaan tinted kereta. Jadi bila dah sampai kt kedai, bolehlah buat pilihan yg lebih baik dan tepat mengikut kehendak dan budget kita.Biasanya tauke atau pekerja kedai tinted akan explain dulu, lepas itu terpulang utk kita memilih.


1. Budget

Ini rasanya kena jadikan sebagai antara guideline utama kita. Senang cerita kalo budget besar, lagi byk pilihan. Utk yg terbaik, pastikan kita mempunyai budget secukupnya.

2. Visible Light Transmitted (VLT)

Ini adalah bacaan jumlah cahaya yg boleh menembusi cermin kereta kita. Maksudnya lagi tinggi peratus VLT lagi byk cahaya masuk ke dlm kereta dan lebih jelas tahap penglihatan.

Cth: spect JPJ utk cermin depan - VLT 70%, byk cahaya tembusi cermin dan lebih jelas penglihatan,
spect JPJ utk cermin sisi dan belakang - VLT 50%, kurang cahaya menembusi dan lebih gelap, kurang jelas tahap penglihatan.

3. Infra Red (IR)

IR merujuk kepada jumlah haba yg masuk melalui cermin kereta. Kalau mengikut bahasa yg mudah difahami, kadar potong panas. Jadi kalau inginkan tinted yg bagus utk mengurangkan haba @ potong panas cth; ketika parking bawah matahari terik, pilihlah tinted yg IR tinggi. Tp spt biasa, makin tinggi kadar IR, harga pun makin tinggi juga.

4. Ultra Violet (UV)

Sinar UV matahari memberi kesan kepada kulit manusia dan juga mata. Jadi UV juga antara kriteria yg penting utk memilih tinted. Tp berdasarkan maklumat org ramai, biasa kedai tinted menawarkan semua jenis tinted yg 99% UV. Jadi tidak perlu risau sgt utk UV kerana tauke kedai memang prihatin bab2 kesihatan pelanggan mereka.



Rasanya itu sahaja perkongsian berkenaan memilih tinted kereta. Moga sedikit sebanyak memberi panduan utk kita memilih mana yg terbaik mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing.

Kebiasaannya orang kita akan buat survey dulu berkenaan perkara spt brand, kualiti, harga dll hingga jumpa yg berpuashati. Bila dah berkenan, bolehlah start makeover kereta tuan2.

Ada perkongsian atau penambahan maklumat amat dialu-alukan utk pengetahuan bersama.
Wassalam.

2 comments:

  1. Kalau org tau berapa modal nak tinted tu, menagis rasenye org tersebut huhu... modal film tinted sebenarnye xde la mahal sgt... yg penting tu pemasangan... blh diy, tp hasil teruk la... sbb tu kadang2 tinted yg ribu2 tu cume bagus sikit je dari yg xde jenama... sbb tinted nie kualiti ikot kaedah penghasilan filem. Ade yg guna dye, metal, carbon, ceramik dan ade yg hybrid ... so kalau. Nasihat saye kalau pegi kedai tinted tanye dia tentang jenis2 tinted yg ade kat kedai tu. Kalau dia xblh jawab, maknenye mmg low kuality la tinted yg dia jual... sekian...

    ReplyDelete
  2. Tq for sharing ilmu tuan musang berjanggut..good information..=)

    ReplyDelete