Social Icons

Pages

Sunday, 23 March 2014

Kepentingan Aktif dan Pasif Income

Alhamdulilah..

Syukur kepada Allah masih diberi peluang dan ruang untuk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Baiklah rasanya hari ini ingin menulis berkaitan tajuk kewangan pula. Sudah agak lama saya tidak menulis berkaitan kewangan, last menulis berkaitan kewangan pada 23 Dec 2013 dgn tajuk saving for ur future!

Ok, disini hanya ingin membincangkan dan memahami 2 cara untuk menjana pendapatan iaitu pendapatan aktif dan pasif. Rata-ratanya sudah arif dengan maksud kedua-duanya cuma kali ini kita refresh sahaja.


Pendapatan aktif:

Pendapatan berdasarkan masa kita bekerja dan kebanyakan kita menjana pendapatan daripada sumber ini. Mengikut statistik dalam 85-90% kita adalah golongan makan gaji dimana kita bekerja selama sebulan mengikut polisis syarikat dan dihujung bulan kita akan mendapat gaji bulanan. Sekuat mana kita kerja dalam bulan itu, bayarannya adalah tetap sama mengikut polisi dan perjanjian antara kita dan syarikat. Namun sebagai umat Islam, pekerjaan itu adalah amanah yg perlu dijalankan dengan sebaiknya dan merupakan satu ibadah jika niat dan perbuatan kita mengikut syariat , insyaallah..

Pendapatan pasif:

Pendapatan pasif ini adalah usaha yg kita buat sekali atau hanya beberapa kali namun ia terus menjana pendapatan untuk kita secara berterusan. Pelik tapi benar, dan hanya 10-15% dari golongan kita yang mempraktikkan cara ini dalam kehidupan. Dan rahsia kekayaan sebenar bagi golongan yang memberi perhatian kepada pendapatan pasif ini bukanlah dari segi wang ringgit sahaja namun kebebasan dari segi masa dan tenaga mereka. Mereka dapat meluangkan masa yg berkualiti dan wang untuk keluarga, memberikan kemudahan dan keselesaan yg terbaik untuk keluarga, dapat membantu rakan-rakan dan juga ummah islam secara amnya dan beberapa lagi kelebihan ada pada golongan ini.


Jadi tepuk dada,tanyalah iman dan hati nurani anda..bottom of your heart..=) Sejauh manakah anda sudah memberikan perhatian kepada perkara ini. Berapa peratuskah pendapatan anda mengikut aktif dan pasif ini.

Jadi sebagai pembaca dan golongan yang bijak, anda akan mula bertukar amalan dan pemikiran anda daripada bergantung kepada aktif, mula berubah dan memberi perhatian kepada pasif.

Ingat, pastikan ianya tidak menganggu jadual kerja hakiki anda kerana anda perlu menjaga reputasi dan prestasi kerja anda. Rancang dan berikan masa dengan sebaiknya bagi kedua-dua pendapatan aktif dan pasif ini.

Bagaimana nak menjana pendapatan pasif? Banyakkan membaca, cari dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, cari mentor yang berjaya, gunakan teknik dan kaedah insan yang berjaya..insyaallah pasti ada jalannya.


Yang penting sekali, sentiasa memohon kepada Allah supaya dibukakan jalan dan pintu rezeki buat kita sebagai hamba-Nya. Kadang-kadang Allah nak beri jalan dan rezeki kepada kita tidak semestinya di pejabat atau bilik seminar sahaja, ia juga boleh berlaku di tepi jalan, ilham daripada sesuatu peristiwa, atau mungkin di kedai kopi ketika sedang minum sambil bersembang dengan sahabat atau kenalan.

Salah satu doa untuk memohon sumber rezeki yang tidak disangka-sangka; sebaiknya diamalkan ketika berdoa selepas bersolat.


Baiklah, rasanya itu sahaja perkongsian buat kali ini. Insyallah, ada kesempatan kita bertemu lagi dalam entri seterusnya.

Wassalam..

Tuesday, 18 March 2014

Cara Mencari Rezeki - Syeikh Abd Qadir Al-Jailani

“Sungguh, engkau dianggap sebagai orang yang celaka jika tidak merasa malu kepada Allah Subhanahu wata’ala, jika engkau menjadikan dinar sebagai tuhanmu dan menjadikan dirham sebagai tujuanmu, sedangkan engkau melupakan-Nya sama sekali!

Sungguh, takdirmu telah dekat!

Maka, jadikanlah kedai-kedai yang kau miliki dan semua harta benda untuk keluargamu adalah semata-mata karena perintah syariat, namun hatimu harus tetap kokoh bertawakal kepada Allah.
Carilah rezekimu dan rezeki keluargamu hanya dari Allah SWT, bukan dari harta benda dan perniagaanmu. Dengan demikian rezekimu akan mengalir, begitu pula rezeki keluargamu. Kemudian, Allah juga akan memberimu kurnia, kedekatan dan kelembutan-Nya dalam kalbumu. Dia akan mencukupi keperluan keluargamu dan keperluanmu melalui dirimu sendiri!

Allah juga akan mencukupi keluargamu dengan apa yang Dia kehendaki dan sebagaimana yang Dia kehendaki. Akan dikatakan kepada kalbumu, “Ini adalah untukmu dan keluargamu!” Namun, bagaimana mungkin engkau boleh menerima perkataan seperti itu jika seumur hidupmu bersikap musyrik? Engkau tidak pernah merasa kenyang dengan dunia dan terus menerus mengumpulkan harta. 

Allah SWT menutup pintu kalbumu dan segala sesuatu tak akan boleh masuk ke dalamnya.. Dia hanya menurunkan peringatan dalam kalbumu. Maka, bertaubatlah dari amal-amal burukmu dengan sebenar taubat.

Hendaknya engkau menyesali rosaknya perjalanan hidupmu dan akhlakmu yang buruk, dan hendaklah engkau menangisi setiap perkara yang telah terjadi pada dirimu.

Lalu, bantulah orang-orang fakir dengan hartamu dan janganlah bersikap bakhil, sebab tak lama lagi engkau akan berpisah dengan hartamu. Ketahuilah, seorang Mukmin yang meyakini adanya pergantian di dunia dan akhirat, tentu dia tidak akan berlaku kikir/bakhil di dunia ini.”

-- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Fath Ar-Rabbani wal-Faidh Ar-Rahman .

Saturday, 15 March 2014

Insan yang di sapa hidayah Allah

Betapa indahnya apabila hidayah Allah menyapa diri ini. Sesungguhnya Allah memberikan hidayah kepada hamba yang dikasihi Nya dengan berbagai cara.

Apabila hidayah dan nur islam sudah menyinari hati, pastinya kenikmatan dan kelazatan ketika beribadah amat dirasai dan penyerahan diri kepada Maha Pencipta adalah secara mutlak.

Dibawakan kisah antara insan yg telah disapa dengan hidayah Allah, dan pastinya beliau kini antara insan yang aktif mengajak dan menggerak insan lain ke arah kebaikan dan rahmat Allah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayahnya ke atas beliau. Semoga kita juga dapat mengambil iktibar dan hikmah disebalik peristiwa, insyaallah.


Wassalam..

Monday, 10 March 2014

Antara kenangan manis - Battle of Da Band 2008

video

Assalamualaikum..

Aishh..cmne boleh tetiba masuk mood rock memalam nie..hu2.

Jika sebelum in saya pernah menulis entri berkaitan aku dan gitar, nampaknya mood itu meresap kembali secara spontan malam ini.

Satu memori yg manis sepanjang menuntut di ipt dulu, saya dan housemate menyertai battle of the band sempena pesta konvo 2008.

Utk battle of the band ini line-up kami terdiri daripada Ijam The Death Trasher as bassist, Ilyas a.k.a Acinatas as lead guitar, P-jam a.k.a epiRk as 2nd guitar, Bo'oi a.k.a Oichie as drummer and Od as our vocalist.

Pada belah siangnya telah diadakan sesi audition bagi memilih 10 band yg akan beraksi pada final pada sebelah malam. Alhamdulilah, band kami telah layak utk pergi ke final walaupun persaingan agak sengit pada sesi audition tersebut. Pada sesi tersebut kami membawakan 2 lagu iaitu Sit and Enjoy (ubahsuai dari lagu Metallica - Search and Destroy) - Ijam the Death Trasher menjadi music director bg band kami, dan juga lagu Samarkand.

Pada malam final tersebut, band kami telah diundi sbg band yg pertama utk perform. Memang mendebarkan..iye laa 1st band katekan namun gagahi jua..sit n enjoy pun berkumandang.. Fuhh, setle dah perform namun ade sedikit ganguan elektrik (blackout) di penghujung persembahan..mungkin dan nasib dan rezeki kami mlm itu, kire trus abes ler nampakmya dan ditamatkan persembahan setakat itu.

Akhirnya, masa yg ditunggu pun tiba..pengumuman result battle. 1st place going to X10 Heroes. Pergh, cam xcye..memang dah rezki kami mlm itu menjadi juara..Dapat lah hamper dan sedikit wang kemenangan, terus open table pastu kt mamak bersama ahli-ahli band dan juga rakan-rakan seperjuangan yang datang support.

Ok, rasanya itu shj yg ingin dikongsikan dikala mood rock tengah meresap ini..kat sini juga ade disertakan video kitorang perform mlm tu.

Utk makluman, ahli-ahli band semua sudah membawa haluan masing-masing selepas tamat belajar. Namun, memori tersebut akan terus mekar sbg kenangan indah sebelum tamat pengajian dulu.

Sekian, wassalam..

Spread ur love n happiness..=)





Once a group of 500 people were attending a seminar. Suddenly the speaker stopped and decided to do a group activity. He started giving each person a balloon. Each person was then asked to write their name on it using a marker pen. Then all the balloons were collected and put in another room.

The people were then let into that room and asked to find the balloon which had their name written on it within 5 minutes. Everyone was frantically searching for their name, colliding with each other, pushing around others and there was utter chaos.

At the end of 5 minutes no one could find their own balloon.
Then, the speaker asked each person to randomly collect a balloon and give it to the person whose name was written on it. Within minutes everyone had their own balloon.

The speaker then began, "This is happening in our lives. Everyone is frantically looking for happiness all around, not knowing where it is.

Our happiness lies in the happiness of other people. Give them their happiness; you will get your own happiness. And this is the purpose of human life...the pursuit of happiness."


Credit to: Fanpage Kerwin Rae

Friday, 7 March 2014

Rasulullah insan istimewa - keajaiban zaman kanak-kanak dan remaja Baginda

Assalamualaikum..

Fuhh..fuh..kasi tiup sikit..rasanya dah lama tak update dan blog ini, nampak macam sudah berhabuk cikit.

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk menulis dan terima kasih tidak terhingga juga kepada sahabat2 yg masih sudi singgah diruangan tidak seberapa ini.

Baiklah, seperti entri saya sebelum ini iaitu berkenaan keajaiban semasa kelahiran Rasulullah s.a.w, kali ini kita cuba menghayati kehebatan dan sirah Rasulullah s.a.w semasa zaman kanak-kanak dan remaja beliau.
Mungkin ini tidak seberapa lengkap berbanding naskhah-naskhah khusus berkaitan kehidupan Rasulullah diluar sana, namun kita cuba berkongsi melalui penceritaan, pembacaan dan video ceramah sirah yg pernah dibaca, dilihat dan didengari.

Yg pertama berkenaan ibu susuan Rasulullah iaitu Halimatus Saadiah. Sudah menjadi tradisi kaum Bani Sa'ad  ketika zaman itu, akan bergerak ke kota Mekah untuk mencari bayi yang baru dilahirkan untuk menjadi anak susuan dan menjadi sumber rezeki sampingan mereka. Dalam rombongan ke kota Mekah itu, Halimatus Saadiah dan suaminya tertinggal di belakang kerana unta mereka yg sudah tua dan lemah, ini menyebabkan bayi-bayi dari kalangan anak orang kaya dan berada sudah diambil oleh orang lain yang sampai dahulu. Dan ketika Halimatus Saadiah sampai, hanya tinggal Rasulullah yang masih belum diambil, kerana faktor Rasulullah anak yatim dan ibunya Aminah bukan dari kalangan orang berada.

Akhirnya Halimatus Saadiah dan suaminya bersetuju mengambil Rasulullah sebagai anak susuan dan bermulalah kisah yg hebat dalam kehidupan mereka. Ketika perjalanan pulang, unta Halimatus Saadiah dan suaminya yang lemah itu menjadi kuat dan gagah, dan berjalan laju sehingga mampu memotong kumpulan rombongan yang sudah pulang lebih awal.

Sepanjang mereka menjaga Rasulullah, segala tanaman dan ternakan keluarga mereka menjadi, dan rezeki mereka sekeluarga mencurah-curah. Itulah antara kelebihan yang ada pada Rasulullah. Selama 4 tahun mereka menjaga Rasulullah dengan kehidupan yg penuh barakah, akhirnya diserahkan kembali kepada ibu baginda iaitu Aminah.

Ketika berumur 4 tahun, baginda telah didatangi oleh Malaikat Jibril dan ketika itulah dada baginda dibelah dan hati baginda telah dicuci dengan air zamzam, sesudah itu dieletakkan kembali dan kemudian dada baginda dijahit semula.

Dari Anas bin Malik r.a. katanya:
"Jibril a.s. mendatangi Rasulullah s.a.w ketika baginda sedang bermain-main dengan beberapa orang kanak-kanak (di zaman kanak-kanak). Tiba-tiba Jibril memegang dan membaringkan beliau, lalu membelah dan mengeluarkan jantung beliau, kemudian dibuang segumpal darah dari jantung itu seraya berkata:

"Ini menguntungkan syaitan dari dirimu"

Kemudian dibersihkan dalam sebuah bejana emas dengan air zamzam. Sesudah itu diletakkannya ditempatnya dan dijahitkan kembali. Anak-anak yang menyaksikan itu segera lari kepada ibu susu beliau dan mengkhabarkan bahawa Muhammad dibunuh orang. Mereka segera mencarinya, dan didapati Muhammad dalam keadaan pucat.

Kata Anas," aku melihat bekas jahitan itu di dada Rasulullah s.a.w "

Antara kehebatan lain Rasulullah ialah baginda sentiasa dilindungi dan dididik oleh Allah s.w.t. Ketika zaman remaja baginda tidak menyertai rakan sebayanya di kota Meka untuk bersukaria. Namun ada suatu ketika ada perayaaan di kota Mekah dan terdetik di hati baginda untuk pergi melihatnya. Namun atas kekuasaan Allah, baginda tertidur ketika ingin pergi ke sana dan hanya tersedar apabila panas matahari telah terik.

Antara kelebihan baginda lagi ialah tidak pernah terlibat dalam penyembahan berhala ketika zaman jahiliah, tidak pernah memakan daging sembelihan untuk berhala, tidak meminum arak dan juga berjudi. Baginda juga terkenal dengan sifatnya yang jujur dan amanah sehingga diberi gelaran 'Al-Amin' oleh penduduk Mekah ketika itu. Keperibadian yang tinggi dan akhlak mulia baginda sudah terserlah semenjak baginda masih kanak-kanak, meningkat remaja sehingga menginjak ke dewasa.

Bailah, itulah antara beberapa kisah yg berlaku ketika Rasulullah s.a.w kanak-kanak ke remaja. Jika ingin diceritakan rasanya sangat banyak lagi boleh dikongsikan, namun ruangan ini hanya perkongsian ringkas dan sekadar ingin menarik minat kita untuk mengenali junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w dengan lebih mendalam.

Jadikanlah buku berkenaan sirah Rasulullah antara koleksi buku yang ada pada rak buku kita dan selalu ditelaah untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Baiklah rasanya itu sahaja perkongsian buat masa ini, insyaallah ada masa dan kesempatan, kita bertemu lagi dalam entri seterusnya.

Dan terima kasih sekali lagi sudi membaca dan mengunjungi ruangan yg tidak seberapa ini.

Wassalam..