Social Icons

Pages

Monday 23 December 2013

Saving for ur future!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, diberi peluang dan ruang sekali lagi diruangan yang tidak seberapa ini.

Topik ini mungkin dah selalu dibincangkan dlm banyak artikel atau forum.
Tapi tidak salah rasanya utk saling mengingati sesama kita.

Jika kita merujuk buku2 kewangan dan juga menghadiri seminar..kebanyakannya pasti akan memberitahu perkara yg sama iaitu:

jika income bulanan anda RM10,000, tapi expenses anda adalah RM9500 sebulan dan hanya mampu menyimpan RM500..

maka..

mereka yang mempunyai income bulanan RM3500 namun expenses RM2000, dan mampu menyimpan RM1500 adalah LEBIH BAIK.

1st point disini, hiduplah DIBAWAH kemampuan..bukan MENGIKUT atau MELEBIHI kemampuan.
kenapa? insyallah, kita cuba bincangkan isu ini di bawah.

Baiklah, apa yg ingin saya kongsikan ini berkenaan kepentingan menyimpan..selari dgn tajuk kita saving for ur future.

Mungkin ramai antara kita sudah mula sedar..namun rasanya pasti ada antara kita yg masih belum sedar dan memandang rendah akan kepentingan menyimpan dan kesannya utk masa hadapan.

Pernah dengar konsep, asingkan 10% daripada monthly income anda utk menyimpan?
Yup, itu adalah basic concept..tetapi content dia kita cuba bincangkan di sini.

Pertama sekali, jika mengikut kebanyakan pakar kewangan, ada 2 perkara yang perlu kita utamakan dalam menyimpan iaitu;

1. Simpanan selepas persaraan
2. Simpanan pembelajaran anak-anak

Dua perkara di atas menjadi keutamaan kebanyakan pakar kewangan kerana inilah 2 perkara yg memerlukan perbelanjaan besar di kemudian hari. Jika kita tidak mulakan dari sekarang, pasti kita tidak sanggup menanggung kesannya kemudian hari.

1. Simpanan selepas persaraan

Jika melihat yg pertama, simpanan selepas persaraan..mungkin ramai antara kita berfikir bahawa telah mempunyai potongan gaji bulanan ke akaun kump wang simpanan pekerja (KWSP), dan itulah dana yg kita akan gunakan selepas bersara nanti. Jika itu yg sahabat masih pegang sehingga sekarang, insyallah masih belum terlambat utk kita menukar mentaliti dan mulakan dari sekarang.

Kedua mungkin juga ada yg terfikir bahawa, anak-anak kita kemudian hari akan memberi duit poket kepada kita secara bulanan. Mungkin iya namun mungkin juga tidak. Namun, persiapan selepas persaraan sebenarnya lebih besar daripada sekadar perbelanjaan harian.


Jika merujuk statistik yg dikeluarkan KWSP, pastinya ramai yg mula membuka mata dgn fakta tersebut. Adakah kita perlu menunggu sehingga selepas persaraan utk membuktikan fakta tersebut benar atau sekadar omongan kosong. Dlm merancang kewangan, persediaan awal adalah sgt penting dan perlu dimulakan dari sekarang.

Jadi, jgn bertangguh lagi. Asingkan sedikit dari pendapatan anda utk menikmati kehidupan yg selesa dan baik selepas persaraan nanti.

Kaedahnya; oleh kerana ia adalah utk jangka panjang..mungkin anda boleh membuat potongan gaji ke dlm amanah saham nasional berhad atau ke dlm unit amanah utk uruskan bg pihak anda. Namun kena ingat, ia adalah utk jangka panjang so biarkan ia di situ dan anggap tidak memerlukan sebarang pengeluaran @ penjualan unit semula. Yg penting anda sentiasa pantau perkembangannya.

2. Simpanan pembelajaran anak-anak

Ok, yang kedua berkaitan pembelajaran anak-anak. Mengikut apa yang difahami dari buku dan seminar kewangan, simpanan untuk anak itu wajib kita mulakan semenjak anak itu lahir lagi. Lebih baik sebelum anak itu dilahirkan, kita sudah mula menyimpan dan membuat persediaan.

Mungkin sekarang ini, ramai graduan diploma, ijazah, sarjana dll yg  mengeluh kerana terikat dgn pinjaman pendidikan tinggi yg membebankan selepas tamat belajar. Bagi mereka yg menghantar anak belajar dahulu mungkin lagi susah kerana terpaksa bergolok-gadai harta benda demi memastikan anak dpt menyambung pengajian di peringkat yg lebih tinggi. Besar sungguh jasa dan pengorbanan orang tua kita.

Jadi bagi ibu bapa yg anaknya masih kecil, ambil kesempatan ini utk mulakan menabung bagi masa depan mereka. Jgnlah bebankan anak-anak kita dengan tanggungan hutang pendidikan dikemudian hari seperti mana yg kita pernah lalui pada hari ini. Hargailah anak-anak kita kerana mereka adalah amanah daripada Allah yg perlu kita jaga.

Mungkin ada antara kita sudah mula sedar dan faham kaedahnya yg boleh kita lakukan Oleh itu, ditekankan sekali lagi, mulakan menyimpan untuk anak anda dari sekarang.

3. Simpanan Dana Rizab

Ok, simpanan seterusnya bukan utk perbelanjaan besar kemudian hari tapi peranannya tidak kurang penting iaitu simpanan DANA RIZAB.

Simpanan DANA RIZAB bermaksud simpanan yg perlu ada utk kita survive andaikata ada sesuatu yg menimpa kita dan menyebabkan income kita terputus. Sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan dana rizab utk 3 bulan atau sebaiknya utk 6 bulan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kita ambil cth spt berikut;

Ambil kira keseluruhan perbelanjaan bulanan kita adalah RM4000. Ini termasuk pembayaran hutang, perbelanjaan harian, dan juga lain2 perbelanjaan utk sebulan.

Maka kita perlu menyediakan sekurangnya RM4000 x 3 bulan = RM12,000 sbg dana rizab.
Namun menurut kebanyakan pakar kewangan, sebaiknya kita mempuruntukkan dana rizab sehingga 6 bulan. Ini bermakna jika ada apa-apa berlaku pada kita, masih ada wang simpanan (dana rizab) utk kita survive dan berikhtiar selama 6 bulan tanpa mengusik simpanan kita yg lain.

Diharapkan apa yg dikongsi dpt memberi kesedaran dan hanyalah bertujuan saling ingat-mengingati sesama kita..yg pastinya kita khalifah di bumi Allah ini, dicipta utk mentadbir dan mengurus kehidupan di dunia yg sementara. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat tapi jadikanlah ia jambatan utk kita mencapai kesejahteraan di akhirat.

Ok lah, itu sahaja rasanya yg ingin dikongsikan buat masa ini.

Insyallah, masih byk lagi ilmu yg boleh dikongsi dan dlm pada masa yg sama byk lagi ilmu yg perlu dicari bagi memantapkan ilmu kita duniawi dan ukhrawi.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment