Social Icons

Pages

Tuesday 28 January 2014

The Lion of Desert - As Syahid Umar Mukhtar

Sebuah dialog ketika pengadilan ke atas As Syahid Umar Mukhtar pada tahun 1931.

- Apakah Anda menentang negara Itali?

Umar: Ya

- Apakah Anda mendorong orang lain untuk berperang melawan Itali?

Umar: Ya

- Apakah Anda menyadari hukuman untuk apa yang Anda lakukan?

Umar: Ya

- Berapa lama anda berperang melawan Itali?

Umar: Sudah selama 20 tahun

- Apakah Anda menyesal atas apa yang telah Anda lakukan?

Umar: Tidak

- Apakah Anda menyadari bahwa Anda akan diadili?

Umar: Ya

“Hakim” mengatakan:

- Ini merupakan akhir yang malang bagi orang seperti Anda.

Mendengar kata-kata ini, Umar Mukhtar menjawab:

- Sebaliknya, ini adalah cara terbaik untuk mengakhiri hidup saya!

“Hakim” kemudian ingin membebaskannya dan mahu menjatuhkan hukum dengan dibuang dari Libya itu jika Umar Mukhtar mahu mengajak Mujahidin menghentikan Jihad. Kemudian Umar Mukhtar mengatakan kata-katanya yang terkenal:

" JARI TELUNJUK SAYA INI YANG MENGAKUI DALAM SETIAP IBADAH BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD ITU ADALAH RASULULLAH TIDAK SESEKALI AKAN MENULIS KATA-KATA DUSTA, KAMI TIDAK AKAN MENYERAH, DAN KAMI PASTI MENANG MAHUPUN KALAH"


Saturday 25 January 2014

Membakar Perahu Utk Membangkit Motivasi

Jika anda ingin cara ekstrim untuk membangkit motivasi paling kuat dalam diri anda adalah dengan membakar kapal anda untuk pulang. Sehingga tidak ada jalan lain kecuali kejayaan. Tidak ada pilihan mundur atau menyerah. Tidak ada pilihan malas atau bersantai-santai.


Cara ini seperti ini dilakukan oleh Thariq bin Ziyad, saat memotivasi pasukannya agar boleh menaklukan Sepanyol (Andalusia ketika itu). Panglima perang Thariq bin Ziyad bersama tenteranya, berjaya mendarat ke Sepanyol, tiba-tiba Thariq mengambil langkah berani yang hingga sampai kini membuat tercengang para ahli sejarah.

Beliau telah membakar perahu-perahu yang digunakan untuk mengangkut pasukannya itu. Lalu ia berdiri di hadapan bala tentaranya sambil berpidato dengan lantang berwibawa dan tegas. Dalam pidatonya yang penuh semangat, panglima Thariq berkata; “Di mana jalan pulang? Laut berada di belakang kalian. Musuh di hadapan kalian. Sungguh kalian tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan sabar.”

Dipendekkan cerita, Thariq bin Ziyad dan pasukannya berjaya menakluk Sepanyol dengan gemilang. Beranikah anda membakar perahu anda sehingga tidak ada jalan lagi kecuali sukses?

Tika anda tidak takut gagal kerana masih ada ‘zon selamat’ yang masih memayungi anda. Ertinya anda belum membakar perahu anda. Anda harus berada dalam situasi dimana anda tidak ada pilihan lain kecuali anda mesti BERJAYA!

Buatlah diri anda dalam terdesak, tidak ada jalan lagi kecuali anda berusaha
dengan hebat, kerja keras, kerja dengan cergas dan pantang menyerah. Antara HIDUP dan MATI. Beranikah anda?


Credit to: Article from fb Datuk Dr Maznah 

Friday 24 January 2014

Bulan Terbelah Dua - Bukti Mukjizat Rasulullah dan Al-Quran

 Pihak The National Aeronautics and Space Administration (NASA) menemui dan mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian di sekeliling permukaan bulan.

Oleh kerana itu, pihak NASA telah menghantar 3 orang angkasawannya ke permukaan bulan untuk membuat kajian yang lebih terperinci dan secara teliti. Setelah mereka membuat kajian, mereka bersependapat dan yakin bahawa bulan pernah terbelah dua.

Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada orang ramai, mereka amat terkejut apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan dan terkandung di dalam kitab suci Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.


Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat membelah bulan. Peristiwa ini berlaku apabila Nabi Muhammad SAW menunjukkan bulan terbelah dua kepada orang kafir Quraisy ketika mereka meminta bukti kenabian. Wallahu’alam.

Kenyataan pihak NASA:
“Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”


Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis.

Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)




Wallahualam..

Tuesday 21 January 2014

Bacaan Harian

Assalamualaikum,

Alhamdulilah kerana berpeluang menulis dalam ruangan tidak seberapa ini. Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi ruangan tidak seberapa ini.

Saya percaya ramai antara kita yang minat membaca dan menjadikan ia satu hobi sampingan..antaranya membaca novel, majalah hiburan, buku-buku ilmiah, kewangan, motivasi dan lain-lain lagilah.

Iyup, kecenderungan kita membaca bergantung kepada apa yang kita minat dan apa yg kita ingin ketahui sebagai ilmu tambahan.

Dan kebiasaannya kita ada pelbagai koleksi bacaan harian dan kadang kala membeli e-book melalui internet. Apabila dah beli dan dptkan buku yang kita inginkan, kalau boleh nak cepat-cepat habis baca. Begitulah ''eager'' kita apabila ingin menggali sesuatu yang bernilai dalam sebuah buku tersebut..

Namun disebalik buku-buku ilmiah dan santai yang dijadikan bacaan harian itu..kita sering terlupa, ada sebuah ''buku'' yang sepatutnya dijadikan bacaan harian. Bukan sekadar dibaca, namun perlu difahami nilai kandungannya yang sangat tinggi.

Iya, ramai yang sedar dan tahu kehebatan ''buku'' itu. Cuma mungkin tiada kesempatan dan batasan waktu yg menyebabkan waktu tertentu sahaja dibuka dan di baca.

Kadang-kadang terfikir sejenak, alangkah ruginya jika dalam hayat ini kita tidak membaca dan memahami keseluruhan ''buku'' itu dari awal hingga akhir.


Seperti kita membaca novel, diawalnya ada intro, kemudian perkembangan watak dan plot, konflik, dan happy ending. Setiap kali beralih mukasurat pasti kita teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Iya, mengapa kita tidak menjadikan keterujaan itu seperti mana kita membaca dan memahami ''buku'' diturunkan sendiri oleh Maha Pencipta melalui perantaraan Rasul-Nya.


Maksudnya:

"Kami turunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab (Al-Quran) untuk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta pembawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam'.

 (Surah An-Nahl: ayat 89)

Amalan membaca Al-Quran merupakan amalan utama dan sangatlah dituntut dalam Islam, kerana ia berkait rapat keimanan seorang hamba kepada penciptanya, dan juga tanda kerendahan hati seorang hamba yang mencari keredhaan tuhannya.

Kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai 'teman hidup'  juga boleh dirujuk kepada wasiat terakhir Rasulullah; selagi umatku berpegang kepada 2 perkara ini insyallah mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Sedikit sejarah penurunan Al-Quran, menurut kesepakatan ulama' melalui 3 peringkat:

1. Penurunan Al-Quran dari Allah s.w.t ke Luh Mahfuz

2. Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia)

3.  Penurunan Al-Quran dari Baitul Izzah kepada Rasulullah s.a.w; secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.

Perisitwa agung penurunan Al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w berlaku pada 17hb Ramadhan tahun 610M, ketika baginda berusia 40 tahun dan ketika sedang berkhulwah di Gua Hira'.

Malaikat Jibril telah datang dan memeluk baginda dan menyuruhnya membaca namun setiap kali disuruh baginda s.a.w menjawab ''aku tidak tahu membaca''.
Akhirnya Malaikat Jibril mengajarkan kepada baginda Rasulullah s.a.w kalam Allah dan menandakan permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah.

Ayat Al-Quran pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dari Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang menyeru untuk membaca dengan nama Allah yang menciptakan:


Marilah sama-sama kita menjadikan membaca Al-Quran itu sebagai amalan bacaan harian.
Jika siang hari kita bekerja, jadikan malam selepas maghrib atau isya' untuk membaca dan sebaiknya beserta terjemahan. Jika tiada kesempatan juga, sebelum tidur bukalah sebentar sebagai bacaan sampingan sebelum tidur. Yang pastinya, mulakan amalan tersebut.

Kemudian barulah dikemaskan dengan sebutan dan makhraj yang tepat, hukum bacaan dan tajwid yang betul, memahami tafsir ayat dll. Banyak yang perlu dicari dan dipelajari, dan mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat yang abadi.


Buku-buku ilmiah yang lain juga perlu dibaca untuk menambahkan ilmu dan memantapkan pemikiran, kerana menuntut ilmu itu fardhu ain bagi setiap umat islam. Namun kitab Allah haruslah diutamakan, bukan dijadikan sampingan atau dipinggirkan di atas rak buku.

Semoga kita bersama-sama terus berusaha dan menggali kandungan Al_Quran tersebut bagi mendapatkan hikmah di dalamnya.

Sekian, wassalam..

Sunday 12 January 2014

Liveband Kalimaya + DJ Karaoke - Melaka area

Assalamualaikum,

Just nak tlg promote kepada kenkawan yg berminat utk menggunakan khidmat liveband + DJ karaoke bagi majlis kahwin atau seumpamannya.

Buat masa ini cover area Melaka shj.

Band mereka dikenali sebagai KALIMAYA. Terdiri daripada 6 orang line-up.
Diketuai oleh drummer mereka a.k.a Along

Bermula 2014 ini, pakej mereka akan termasuk sekali DJ dan set karaoke utk diselang-selikan bersama persembahan liveband.

Satu tawaran yg cukup hebat..dan pastinya harga yg diberikan berpatutan.

                         
Band Kalimaya sedang beraksi

                         
Photoshoot bersama pengantin sebagai kenangan;
Along yang paling kanan sekali, yg pegang stick drum







DJ yg akan mengiringi sesi karaoke disamping liveband mereka

Jika berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut..bolehlah menghubungi melalui call, sms @ whatsapp:

1. Along (Kalimaya) : 017-3584692
2. Zam (DJ) : 013-3888637

Ok, TQ..

Peace no war..=)

Thursday 9 January 2014

Jungle Rules (Tiger)

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak sempat mengupdate di ruangan yg tidak seberapa nih.

Baru-baru ini berpeluang join satu program yg dianjurkan oleh syarikat. Just nak berkongsi berkenaan satu lagi prinsip yg boleh dipraktikkan dalam kehidupan kita sebagai seorang leader atau pekerja di syarikat..dan juga boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita seharian.

Insyallah, perkara yang baik pasti baik juga hasilnya.

Prinsip yg dimaksudkan adalah..JUNGLE RULES!! diadaptasi daripada prinsip Harimau @ sang belang..


Step 1: STALK THE GOAL

Betulkan niat, tetapkan matlamat..insyallah.
Ada sedikit kena mengena penulisan saya dlm entri sebelum ini. Boleh baca di sini..=)

STEP 2: LAYOUT THE PLAN, AND THEN STRIKE!

Apa-apa shj yg kita niatkan atau matlamatkan, mesti diikuti dgn perancangan..ambil masa utk merancang, it's ok kerana planning itu sgt penting.



Plan..plan..and plan..sampai kita rasa puas dgn apa yg kita plankan.

Dan pastinya jgn ragu-ragu dgn apa yg telah di plan..bila dah confident dan cukup preparation, boleh start laksanakan apa yg telah dirancang.

STEP 3: FIGHT!


Iyup, fight! Setapak kita dah melangkah teruskan melangkah..never give up.
Insyallah, kesungguhan dan kesabaran itu pasti  ada nikmat di penghujungnya.

STEP 4: MOTIVATE U'RSELF & OTHERS

Haa, part nie memang susah sikit. Memang kebiasaan ada masa tertentu kita akan rasa down apabila dtgnya ujian, tapi jgn risau..itu semua sementara. Allah menguji hamba-Nya kerana inginkan meningkatkan darjat kita..

High self motivation: dalam diri kita sendiri kena ada motivasi yg kuat..selalulah baca buku-buku yg berkenaan motivasi, baca kisah orang-orang yg berjaya..dan yg penting dekatkan diri dengan Allah dan agama.

Motivate others: Amalkan quality leadership dlm diri..kena selalu bagi motivate dan semangat kepada rakan-rakan dalam team kita yg lain, develop potential dan skills mereka..dan juga guide mereka mengikut halatuju management.

comey juga baby harimau nih.. 

Insyallah, hasil kerja berjamaah @ teamwork itu pasti hebat!

Ok, itu sahaja yg ingin dikongsi buat masa ini.
Semoga sedikit ilmu ini dpt memberi manfaat buat kita bersama.

Wassalam..

Solat Khusyu' - kisah ahli ibadah

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. 

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat,
* Menyesali dosa yang telah dilakukan,
* Tidak tergila-gilakan dunia,
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya'),
* Tinggalkan sifat berbangga,
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu, dan
* Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk; aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Semoga dapat diamalkan dlm solat juga di dalam kehidupan harian kita

Wassalam..

Saturday 4 January 2014

Masih jauh rasanya..

Ya-Allah..

Apabila melihat hamba-hamba-Mu yg taat kepada perintah dan larangan-Mu..jika hendak dibandingkan dengan mereka..masih jauh rasanya

Apabila melihat hamba-hamba-Mu yg istiqamah berjemaah di awal waktu di rumah-Mu, jika hendak dibandingkan dengan mereka..masih jauh rasanya

Apabila melihat hamba-hamba-Mu yg tegar dan lantang menyampaikan ayat-ayat-Mu, tanpa mengira masa, usaha dan tenaga..jika hendak dibandingkan dengan mereka..masih jauh rasanya.

Apabila melihat hamba-hamba-Mu menginfaqkan sebahagian harta dan keselesaan dunia mereka semata-mata memperjuangkan agama-Mu, jika dibandingkan dengan mereka..masih jauh rasanya.

Apabila melihat hamba-hamba-Mu dikelilingi insan yg soleh dan sentiasa berbicara urusan ke jalan-Mu, jika dibandingkan dengan mereka..masih jauh rasanya.

Ya-Allah..

Sesungguhnya aku hanyalah insan yg lemah dan hina. ampunilah aku Ya-Allah. bimbinglah hati ini ya-Allah. mohon petunjuk dan hidayah-Mu ke dalam hati ini, kerana jika hendak dibandingkan dengan mereka..

Masih jauh rasanya..

Thursday 2 January 2014

Rahsia Alam, Tubuh & Solat

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak? 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. 

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang lalai dalam menjaga solatnya tapi berdisiplin dalam mengejar dunia...wallahualam.

Dunia Baru Islam

Assalamualaikum,

Jika mengingati lagu-lagu nasyid zaman sek menengah dulu, ketika itu memang tengah byk kumpulan-kumpulan nasyid yg naik dan genre nasyid diminati.

Dan byk lagu nasyid yg dihasilkan juga berkualiti, dan memberikan kesan dlm diri bg yang mendengarnya.

Antara lagu yg masih segar dlm ingatan adalah dari kumpulan nasyid Tke Zikr, iaitu Dunia Baru Islam.

Liriknya menceritakan berkenaan zaman di bawah pemerintahan Rasulullah, dan juga pentadbiran sahabat-sahabat nabi yg ketika itu islam tengah membara seperti api yg menyala.

Adakah kita berpeluang utk merasai semula kehangatan zaman tersebut. Allahualam..namun jika direnungkan semula alangkah indahnya zaman itu, dan boleh sebak mengenangkan keagungan Islam dibawah pemerintahan yg hebat dan mengikuti landasan syariat sepenuhnya.

Mungkin kita tidak dapat merasa dalam hayat kita ini, namun masih boleh dihayati perjuangan mereka yg terdahulu. Dan teruskan perjuangan mereka mengikut kesesuaian zaman kita ini, insyallah.

Dunia Baru Islam

https://www.youtube.com/watch?v=RZymwAykpRo

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah
Kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah

Di sini bara
Tak pernah padam
Digenggam kukuh
Sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun.....
Dunia Baru Islam

Lagu : The Zikr
Lirik : Pahrol Mohd Juoi

Kembalilah..kepada yg dipercayai TM

Masih ingat iklan yg menyuruh 'potong'..dan agak famous suatu masa dulu.
Kalau tidak ingat,  link iklan dibawah..

https://www.youtube.com/watch?v=Yfbc9C6YWFM

Tapi sayang....(ala2 lagu Saleem)

Nampaknya hujan yg disangka ke petang, diakhiri dengan hujan dan ribut puting beliung di tengahari. Pengguna mereka telah pun menubuhkan satu group di Facebook (P1 Wimax sucks) dgn penyertaan lebih 12 ribu pengguna yg merasakan diri mereka tertipu dan teraniaya.

Baru-baru ini tersebarnya sebuah cawangan kecil P1 Wimax di Selayang Mall telah diserang oleh pengguna yg ganas dan dahagakan speed broadband spt dijanjikan dan lebih dahsyat lagi mereka telah di CTOS tanpa pengetahuan walaupun telah berhenti melanggan.

Apa itu CTOS? (credit tip-off service)
Mereka telah disenaraihitamkan oleh CTOS, sebuah agensi yg  menyenarai hitam pengguna drpd semua jenis hutang agensi kewangan spt bank, credit card dll.



Juga antara pendedahan bahawa P1 wimax terpaksa menggunakan agen utk mengutip hutang-hutang tertunggak dari pengguna mereka. Nampaknya gaji yg dioffer boleh tahan juga..


Juga dibawah antara protes-protes yg dilancarkan oleh pengguna mereka.Iya lah, bila dah bengang..macam2 gaya bole keluar..



Dan antara yg dah masuk kategori tahap dewa keganasan juga..


Itulah gambaran betapa dahsyatnya bila janji di capati..namun wang mahu segera dibayarin.

Dibawah juga, video oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), berkenaan isu ini. Namun spt diberitahu, mereka masih gagal menghubungi wakil daripada P1 wimax sehingga kini.

https://www.youtube.com/watch?v=cmYsB0nHFk4

Semoga pihak terbabit dpt menjelmakan diri dan menjernihkan keadaan yg sedang berserabut dan kacau-bilau tersebut. Jgn biarkan kepercayaan pengguna dikhianati.

Dan akhir kata, kembalilah kepada jenama yg boleh dipercayai..dan telah memberikan perkhidmatan sejak sekian lama..



Welcome to Telekom Malaysia..=)

Sekian, wassalam..

Wednesday 1 January 2014

Surah Amalan Ibu Mengandung

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, berkesempatan sekali lagi utk berkongsi di ruangan yg tidak seberapa ini.

Hari ini ingin berkongsi berkenaan surah-surah amalan ketika ibu mengandung.
Pastinya ramai antara kita telah mengetahui, biasalah pada usia sebegini ramai yg telah menempuh pengalaman menjadi ibu. Namun tidak salah rasanya utk ''refresh'' atau mengingatkan kembali perkara tersebut. Mana lah tahu tidak lama lagi ada rezeki utk mendapat cahaya mata baru atau plan nak menambah seorang lagi.
Bolehlah singgah ke sini utk membuat revision semula..

Ok lah, buat ibu-ibu dan bakal ibu diluar sana, mudah-mudahan dpt memberi sedikit panduan mengenai surah amalan yg baik ketika mengandung. Bagi bapa dan bakal menjadi bapa juga, jalankan tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga dan insyallah sampaikan perkara yg baik utk diri kita dan keluarga kita.

Ok, antara surah-surah yg disarankan dibaca semasa mengandung beserta fadhilatnya:

1. Surah Al-Fatihah: utk terangkan hati dan kuatkan ingatan

2. Surah at-Taubah: utk dibersihkan jiwa dan dihindarkan dari maksiat

3. Surah Yusuf: utk memperoleh anak yg baik akhlak dan cantik rupanya

4. Surah Nahl: utk memperolehi anak yg berdisiplin

5. Surah Maryam: utk memudahkan sewaktu bersalin, dan memperolehi anak yg sabar dan taat

6.  Surah Luqman: utk memperolehi anak yg cerdik

7. Surah Yaasin: utk mendapat anak yg hatinya tenang dan terhindar dari godaan syaitan

8. Surah Hujrat: utk memperbanyakkan susu ibu, dan anak bersikap lebih berhati-hati

Iya, sebenarnya takde byk pun, dalam Al-Quran itu sendiri ada 114 surah dan yg disarankan utk amalan ketika mengandung 8 surah shj.

Tempoh 9 bulan itu agak lama dan insyallah jika dilakukan secara beristiqamah akan berjaya utk habiskan kesemua surah tersebut. Yg penting istiqamah, insyallah..saya yakin para ibu nie biasanya sanggup bersusah demi kebaikan bayi dan keluarga mereka..itu yg kita boleh salute kt ibu-ibu kita nie.

Yg bapanya juga biasa berkorban utk keluarga tapi mereka ada cara tersendiri, krn org lelaki memang suka memberi kejutan dan membuat perkara diluar jangkaan..hu2.

Ok lah, rasanya itu shj perkongsian buat kali ini.
Semoga memberi sedikt manfaat utk kebaikan bersama.

Wassalam..

Berbakti kepada ibu bapa yg telah meninggal dunia

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. 

 

Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

 

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

 

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

 

“Ya dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

 

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

 

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

 

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

 

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

 

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

 

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

 

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu:

 

1. Sembahyangkan untuk mereka.

 

2. Mohon keampunan untuk mereka.

 

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

 

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

 

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

 

6. Doakan kepada mereka. Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk mengampuni semua dosa-dosa kedua ibu bapa kita.


Insyallah, semoga sama-sama dpt kita amalkan.


Wassalam