Social Icons

Pages

Tuesday 31 December 2013

Tafakur - Zikraa

Assalamualaikum,

Sebuah lagu dari kump zikra; Tafakur.
Marilah bersama-sama bertafakur dan memohon bantuan Allah supaya perjuangan kita di tahun 2014 ini akan lebih diberkati, insyallah.

https://www.youtube.com/watch?v=N8q7r7Zk-DE

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim
Solo : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.

Monday 30 December 2013

Rebirth of an Eagle

Assalamualaikum,

Pagi ini ingin berkongsi sedikit motivasi supaya membangkitkan kembali semangat @ mood yg makin hilang (dh hujung tahun nie mood nk cuti je).

Ok, mungkin ada yg pernah dgr tajuk ini
"Rebirth of an eagle"

Mcm mane eagle tu bole rebirth? Saksikan video dibawah, dari u tube.


Harap kita sudah faham hendaknya.
Maksud yg ingin disampaikan adalah berkenaan "CHANGE"

Saya pasti dlm kehidupan kita sehingga sekarang, sudah beberapa kali kita berubah utk sesuaikan diri dengan persekitaran spt; masa masuk asrama form 1 dulu, masa further study jauh dari family, jika ada sahabat-sahabat yg belajar luar negara, dan juga apabila masuk persekitaran kerja yg mencabar.

Yup, semua itu memerlukan kita berubah dan menyesuaikan diri. Cuma kadang-kadang ia berlaku tanpa kita sedari. Jika perubahan ke arah positif dan kebaikan, alhamdulilah..teruskan. Jika ada yg membawa ke arah negatif, muhasabah diri dan perbetulkan semula keadaan. 

Insyallah, tiada istilah terlambat utk perubahan. "Better late than never".

Jika nak lebih fhm isi tersurat dan tersirat "rebirth of an angle", bole baca sedikit tips di bawah.


Ok, itu shj rasanya utk pagi ini.
Moga dpt membantu menaikkan sedikit semangat dan motivasi utk meneruskan kejayaan yg telah kita bina selama ini.

Sekian, wasssalam..

Sunday 29 December 2013

Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang

Assalamualaikum,


Ketahuilah hanya dengan mengingati (berzikir) kepada Allah, hati menjadi tenang. (Ar-Ra'd: ayat 28)

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dengan ujian dan dugaan dari Allah berdasarkan tahap keimanan masing-masing.Dan seringkali juga kita terpengaruh dengan hasutan syaitan dan perasaan sendiri, seolah-olah tiada jalan keluar apabila kita ditimpa musibah atau masalah.

Dan ingatlah, bahawa di dalam Al-Quran Allah telah berpesan kepada hamba-Nya iaitu jadikan amalan berzikir kepada-Nya bagi menenangkan jiwa dan perasaan kita.

Setiap masalah atau penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut. Jadi kepada sahabat, marilah sama-sama kita perbanyakkan zikir dan ditambah selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Insyallah, pasti diberikan jalan dan petunjuk kepada kita bagi mengatasi seiap ujian yg datang. Sesungguhnya dari Allah ia datang, dan kepada Allah juga ia kembali. Jadi mohonlah kepada-Nya.

Kaedah terbaik adalah selepas bersolat, jgn terus berdoa dan bergerak utk menyambung tugas harian kita.
Berikanlah masa sebentar utk istighfar, berzikir dan berselawat. Kemudian barulah diikuti dgn berdoa.

Juga jadikanlah waktu-waktu lapang spt sedang drive, tgh buat kerja depan bc..selit2 kan dengan amalan istighfar, zikir dan selawat.

Insyallah, jika dijadikan amalan pasti bertukar menjadi tabiat dlm kehidupan kita.
Jadi mari kita mulakan sekarang.

Selamat beramal..=)

Saturday 28 December 2013

Suceess People Wakeup Early..=)

Assalamualaikum,

Dlm islam, seruan Subuh sudah bermula seawal pagi dan menyeru ke arah kejayaan bg umatnya.

Disini dikongsikan insan-insan yg berjaya dan memulakan hari mereka seawal pagi.

Adakah ia satu kebetulan atau suratan.
Allahualam..tp setiap perkara yg itu pasti ada hikmah disebaliknya.


Enjoy ur reading n selamat berpagi-pagi ye..=)

Dan happy weekend days..🎉

Friday 27 December 2013

Rokok Difatwakan Haram? Jom Berhenti Merokok!

Assalamualaikum..

Haa..pastinya perkara ini kurang enak didengari oleh kaum adam yg ehem2..dan skrg ini kaum hawa pun ramai juga yg ehem2..

Tapi, apakan daya..itulah kenyataan dan sememangnya kenyataan itu sgt pahit utk ditelan..

Dan sebagai sesama muslim, antara tugas kita dalah utk saling mengingati antara satu sama lain.

"berpesan-pesan di dalam kebenaran dan kesabaran"
Surah Al-Asr (ayat3)

Mengapa ye tajuk di atas..?!

Rasanya sebab kita mengambil mudah hukum tersebut. Tujuannya bukan utk menuding ke mana-mana tp kita cuba mewujudkan kesedaran yg tinggi dlm diri n bersama-bersama berusaha mengatasinya. Insyallah.

Erm..perkara ini sudah lama sebenarnya dibincang dan diulas.
Tapi biasalah..bukan mudah utk melepaskan sesuatu yg sudah menjadi pendamping siang dan malam bg sesetengah kita.

Oklah, jika diikutkan di Malaysia sebenarnya perkara tersebut telah difatwakan pada 23 Mac 1995.


Nampaknya dan lama perkara ini dibangkitkan. Cuma mungkin penguatkuasaan aje belum dijalankan secara menyeluruh. Bukan di Malaysia sahaja, kebanyakan negara islam spt Mekah, Madinah, Arab Saudi juga jumhur ulama' telah memberikan fatwa yg sama.

1. Kemudharatan

Oklah, kita pergi kepada point yg pertama. Rasanya kita semua dah tahu akan kemudharatan dalam rokok dan akibat tabiat merokok itu sendiri. Didalam rokok itu telah disahkan mengandungi hampir 4000 jenis bahan kimia yg beracun. Jadi, sebenarnya kita sedang meracuni diri dan orang tersayang sekeliling kita hampir setiap hari melalui asap yg dihisap sendiri oleh perokok (aktif) dan juga asap dari pembakaran rokok dan yg dihembus ke udara (pasif). Dan yg pasif ini lagi bahaya kerana 70% asap akan dihidu oleh mereka, hanya 30% yg dihisap oleh perokok. Bahaya tue..sempat ke nk tgk cucu-cucu kita nanti..allahualam.

Ulama' apabila mengeluarkan fatwa akan merujuk kepada pakar yg di dalam bidangnya. Bg kes rokok ini, doktor dan pakar kesihatan telah sepakat akan penyakit dan mudharat  yg di boleh didapati kesan tabiat merokok ini.

Jadi renung-renungkanlah bersama.

2. Pembaziran

Erm..dan point kedua ini juga bersangkut paut dgn yg pertama. Apa kata kita pergi kedai hardware pastu beli racun serangga dan balik rumah..gulp..gulp..gulp! burppp..alhamdulilah.

Kes naya tue..beli sesuatu utk meracuni diri sendiri.

Lagi satu, jika sahabat ada membuat monthly financial planning..pasti akan jumpa perkara ini.
Every month jika kita anggap..

1 kotak (RM10) utk 2 hari;
1 bulan (30 hari) = 2 x 15 x 10 = RM150 permonth
Setahun = plus minus RM2k..

Jadi dalam 5 tahun, dah boleh saving dlm 10k..huhuhu..bole caya ke saving atau belanja kt tempat lain.
Itu terpulang kpd masing-masing, tapi utk long term sebenarnya dah byk kita bazirkan utk perkara tersebut.
Nauzubillah..peringatan utk diri sendiri sekali lagi.

3. Surah Al-Baqarah ayat 195

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t ada berfirman iaitu "jgnlah kita sengaja mencampakkan diri sendiri ke dalam kebinasaan".

Walaupun kita bukanlah mahir atau ahli dlm tafsir al-quran..mungkin sahabat-sahabat disana jauh lebih hebat.
Tetapi melalui beberapa rujukan, maksudnya jelas iaitu jgnlah kita membuat sesuatu yg sengaja merosakkan diri sendiri.

Jadi, sendiri mau ingat sebab perkara tersebut ada disebut didalam al-quran (kalamullah)..

4. Menjaga Zuriat

Utk lebih faham, boleh tonton video dari Ust Don Daniyal:

https://www.youtube.com/watch?v=9Jyygfa6lPI

Harap boleh hayati..memang gerun juga bila mendengarnya..sebab menjaga nasab dan keturunan itu ketuntutan dlm Islam. Moga diberikan kekuatan dan petunjuk kepada kita.

5. Bau - Menggangu Orang Lain

Diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah. Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa yg makan bawang putih atau merah, seharusnya menjauhi masjid".

Erm..apa hikmah disebalik sabda Rasulullah s.a.w tersebut.

Rasulullah tidak melarang utk makan bawang, tetapi keywordnya adalah bau bawang itu akan menggangu jamaah yg lain ketika bersolat.

Jika konteks bau yg menggangu ini kita bawa ke dalam dunia sebenar..bau rokok itu pasti lagi hebat dari bau bawang. Dan perokok ini ada dimana-mana iaitu di restoran, cafe, tempat tunggu bas dll..jadi jika bau tersebut menggangu orang-orang disekeliling kita..maknanya? Cuba kita relatekan dengan hikmah sabda Rasululah tadi..

Ok, rasanya itu sahaja perkongsian buat kali ini. Pastinya ada banyak sebab lagi mengapa rokok itu difatwakan haram. Salah satunya ia adalah senjata halus Yahudi utk merosakkan kita umat Islam.

Bagi yg dah terjebak itu, pasangkan niat utk berhenti..dan kita mulakan utk berusaha bersungguh-sungguh.
Yg penting kesedaran di dalam diri itu sudah ada kita cuba semaikan pada org lain.

Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya spt dia mengasihi dirinya.
Spt mana kita ingin yg terbaik utk diri kita..itulah harapnya utk sahabat-sahabat yg lain juga.

Just sedikit tambahan, jika perlukan note & permbacaan berkaitan berhenti merokok, bole lawat2 ke webpage ini.. semoga bermanfaat.


Sekian, wassalam..


Tuesday 24 December 2013

Shitaa' (Winter) Emergency Relief - Gaza

Assalamualaikum,

Terpanggil utk berkongsi berkaitan saudara muslim kita di Gaza yg mengalami krisis cuaca seperti banjir dan musim sejuk buat masa ini.

Di Malaysia, sebuah NGO iaitu Aqsa Syarif Berhad telah melancarkan kempen dan bantuan kemanusiaan bagi membantu saudara kita di sana.


Dikhuatiri bencana alam disana seperti banjir, ditambah lagi dengan musim sejuk dan salji boleh mengancam hampir 1.7 juta penduduk muslim di  Gaza.

Disini di kongsikan antara gambar-gambar mengikut laporan dari Gaza:






Bagi sahabat yg ingin membantu dan menghulurkan sumbangan; boleh layari website http://aqsasyarif.org.my/v3/; dan pergi ke link shitaa' (winter) relief emergency.
Disana ada diceritakan perkara berkenaan dgn lebih lanjut.

Moga benih yg kita semai di dunia ini akan menjadi taman-taman syurga utk kita di akhirat kelak.
Insyallah.

Wassalam..

Donate some of ur money..=)

Assalamualaikum..

Selari dgn tajuk di atas..just nk menyeru kenkawan yg ada duit lebih tue ringan-ringankan lah tangan utk memberi kepada saudara yg lebih memerlukan.

Di dalam harta kita itu ada hak org lain di dalamnya..maka tunaikanlah hak tersebut.

Insyallah, apa yg diberi tidak akan menyebabkan harta @ wang @ simpanan kita berkurang.
Malah, rasanya jika kita selalu memberi akan dtg rezeki dari punca yg tidak disangka-sangka.


Allah itu Maha Kaya. Jika kita yakin dgn Allah, masakan kita risau utk memberi @ infaq sebahagian drpd harta kita..=)

Antara salah satu yg boleh kita hulurkan sumbangan adalah membantu saudara-saudara muslim kita di Palestin.

AMAN PALESTIN

Aman Palestin mula beroperasi akhir 2004 sbg inisiatif utk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin.
Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yg didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Pd 3hb Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yg tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang dan berterusan dan berkesan.

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dlm bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan orang ramai.

Semoga rakyat Malaysia akan terus prihatin dlm menyalurkan bantuan dan memberikan sinar harapan bagi meringankan beban dan penderitaan ditanggung rakyat Palestin.




Utk details, boleh layari: http://www.amanpalestin.net

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Ok, satu lagi badan yg membuat kerja-kerja amal secara aktif dimana kita boleh membuat sumbangan ikhlas juga adalah;

Islamic Relief asalnya adalah satu badan antarabangsa; dan di Malaysia dikenali sebagai Islamic Relief Malaysia (IRM) yg menyediakan bantuan kemanusiaan dlm pelbagai bidang spt perubatan, membangunkan komuniti dan pendidikan.

Matlamat IRM adalah utk membantu dan mengurangkan penderitaan rakyat  miskin, disamping memberi respon dan bantuan kepada rakyat yg mengalami kecemasan atau bencana alam. Utk IR Malaysia, kumpulan target mereka adalah golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, golongan kurang upaya dan lain-lain yg memerlukan.

Utk lebih maklumat, boleh baca di website: http://islamic-relief.org.my/

Insyallah, teruskan menderma dan membantu saudara kita di sana yg lebih memerlukan.

Sekian, wassalam..

Monday 23 December 2013

Saving for ur future!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, diberi peluang dan ruang sekali lagi diruangan yang tidak seberapa ini.

Topik ini mungkin dah selalu dibincangkan dlm banyak artikel atau forum.
Tapi tidak salah rasanya utk saling mengingati sesama kita.

Jika kita merujuk buku2 kewangan dan juga menghadiri seminar..kebanyakannya pasti akan memberitahu perkara yg sama iaitu:

jika income bulanan anda RM10,000, tapi expenses anda adalah RM9500 sebulan dan hanya mampu menyimpan RM500..

maka..

mereka yang mempunyai income bulanan RM3500 namun expenses RM2000, dan mampu menyimpan RM1500 adalah LEBIH BAIK.

1st point disini, hiduplah DIBAWAH kemampuan..bukan MENGIKUT atau MELEBIHI kemampuan.
kenapa? insyallah, kita cuba bincangkan isu ini di bawah.

Baiklah, apa yg ingin saya kongsikan ini berkenaan kepentingan menyimpan..selari dgn tajuk kita saving for ur future.

Mungkin ramai antara kita sudah mula sedar..namun rasanya pasti ada antara kita yg masih belum sedar dan memandang rendah akan kepentingan menyimpan dan kesannya utk masa hadapan.

Pernah dengar konsep, asingkan 10% daripada monthly income anda utk menyimpan?
Yup, itu adalah basic concept..tetapi content dia kita cuba bincangkan di sini.

Pertama sekali, jika mengikut kebanyakan pakar kewangan, ada 2 perkara yang perlu kita utamakan dalam menyimpan iaitu;

1. Simpanan selepas persaraan
2. Simpanan pembelajaran anak-anak

Dua perkara di atas menjadi keutamaan kebanyakan pakar kewangan kerana inilah 2 perkara yg memerlukan perbelanjaan besar di kemudian hari. Jika kita tidak mulakan dari sekarang, pasti kita tidak sanggup menanggung kesannya kemudian hari.

1. Simpanan selepas persaraan

Jika melihat yg pertama, simpanan selepas persaraan..mungkin ramai antara kita berfikir bahawa telah mempunyai potongan gaji bulanan ke akaun kump wang simpanan pekerja (KWSP), dan itulah dana yg kita akan gunakan selepas bersara nanti. Jika itu yg sahabat masih pegang sehingga sekarang, insyallah masih belum terlambat utk kita menukar mentaliti dan mulakan dari sekarang.

Kedua mungkin juga ada yg terfikir bahawa, anak-anak kita kemudian hari akan memberi duit poket kepada kita secara bulanan. Mungkin iya namun mungkin juga tidak. Namun, persiapan selepas persaraan sebenarnya lebih besar daripada sekadar perbelanjaan harian.


Jika merujuk statistik yg dikeluarkan KWSP, pastinya ramai yg mula membuka mata dgn fakta tersebut. Adakah kita perlu menunggu sehingga selepas persaraan utk membuktikan fakta tersebut benar atau sekadar omongan kosong. Dlm merancang kewangan, persediaan awal adalah sgt penting dan perlu dimulakan dari sekarang.

Jadi, jgn bertangguh lagi. Asingkan sedikit dari pendapatan anda utk menikmati kehidupan yg selesa dan baik selepas persaraan nanti.

Kaedahnya; oleh kerana ia adalah utk jangka panjang..mungkin anda boleh membuat potongan gaji ke dlm amanah saham nasional berhad atau ke dlm unit amanah utk uruskan bg pihak anda. Namun kena ingat, ia adalah utk jangka panjang so biarkan ia di situ dan anggap tidak memerlukan sebarang pengeluaran @ penjualan unit semula. Yg penting anda sentiasa pantau perkembangannya.

2. Simpanan pembelajaran anak-anak

Ok, yang kedua berkaitan pembelajaran anak-anak. Mengikut apa yang difahami dari buku dan seminar kewangan, simpanan untuk anak itu wajib kita mulakan semenjak anak itu lahir lagi. Lebih baik sebelum anak itu dilahirkan, kita sudah mula menyimpan dan membuat persediaan.

Mungkin sekarang ini, ramai graduan diploma, ijazah, sarjana dll yg  mengeluh kerana terikat dgn pinjaman pendidikan tinggi yg membebankan selepas tamat belajar. Bagi mereka yg menghantar anak belajar dahulu mungkin lagi susah kerana terpaksa bergolok-gadai harta benda demi memastikan anak dpt menyambung pengajian di peringkat yg lebih tinggi. Besar sungguh jasa dan pengorbanan orang tua kita.

Jadi bagi ibu bapa yg anaknya masih kecil, ambil kesempatan ini utk mulakan menabung bagi masa depan mereka. Jgnlah bebankan anak-anak kita dengan tanggungan hutang pendidikan dikemudian hari seperti mana yg kita pernah lalui pada hari ini. Hargailah anak-anak kita kerana mereka adalah amanah daripada Allah yg perlu kita jaga.

Mungkin ada antara kita sudah mula sedar dan faham kaedahnya yg boleh kita lakukan Oleh itu, ditekankan sekali lagi, mulakan menyimpan untuk anak anda dari sekarang.

3. Simpanan Dana Rizab

Ok, simpanan seterusnya bukan utk perbelanjaan besar kemudian hari tapi peranannya tidak kurang penting iaitu simpanan DANA RIZAB.

Simpanan DANA RIZAB bermaksud simpanan yg perlu ada utk kita survive andaikata ada sesuatu yg menimpa kita dan menyebabkan income kita terputus. Sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan dana rizab utk 3 bulan atau sebaiknya utk 6 bulan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kita ambil cth spt berikut;

Ambil kira keseluruhan perbelanjaan bulanan kita adalah RM4000. Ini termasuk pembayaran hutang, perbelanjaan harian, dan juga lain2 perbelanjaan utk sebulan.

Maka kita perlu menyediakan sekurangnya RM4000 x 3 bulan = RM12,000 sbg dana rizab.
Namun menurut kebanyakan pakar kewangan, sebaiknya kita mempuruntukkan dana rizab sehingga 6 bulan. Ini bermakna jika ada apa-apa berlaku pada kita, masih ada wang simpanan (dana rizab) utk kita survive dan berikhtiar selama 6 bulan tanpa mengusik simpanan kita yg lain.

Diharapkan apa yg dikongsi dpt memberi kesedaran dan hanyalah bertujuan saling ingat-mengingati sesama kita..yg pastinya kita khalifah di bumi Allah ini, dicipta utk mentadbir dan mengurus kehidupan di dunia yg sementara. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat tapi jadikanlah ia jambatan utk kita mencapai kesejahteraan di akhirat.

Ok lah, itu sahaja rasanya yg ingin dikongsikan buat masa ini.

Insyallah, masih byk lagi ilmu yg boleh dikongsi dan dlm pada masa yg sama byk lagi ilmu yg perlu dicari bagi memantapkan ilmu kita duniawi dan ukhrawi.

Wassalam..

Sunday 22 December 2013

Family Gathering @ Melaka - 21 & 22 Dec 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, sekali lagi diberi kesempatan utk berkongsi dan menulis di ruangan yg tidak seberapa ini.

Akhirnya, azam 2013 saya telah ditunaikan oleh Allah s.w.t iaitu membawa family saya dari n9 berjalan2 sambil makan2 sambil buat aktiviti ala2 family gathering.

Mungkin bagi sebahagian dari kita perkara itu sudah biasa, namun bagi saya amat besar maknanya.
Al maklum, bila sudah terikat dgn komitmen kerja dan ada kehidupan sendiri..masa berkualiti bersama keluarga agak terbatas..jadi kesempatan yg diberikan itu hendaklah digunakan sebaiknya.

Terima kasih diucapkan kpd mak, ayong dan malin, ajim, atin & ijat kerana sudi berkunjung dan menziarah angah dan keluarga di Melaka.

Ok, agenda kami bermula pada hari Sabtu, 21hb Dec 2013.

Oleh kerana diorg ada komitmen pada sebelah pagi, jadi mak dan family dari kg juaseh bertolak waktu tengahari ke Melaka.Ayong dan malim juga bertolak dari Seremban pada waktu tengahari.

Masing2 sampai lebih kurang dlm pukul 3 ptg. Alhamdulilah, semua selamat sampai dan lancar dlm perjalanan. Saya dan isteri telah menyediakan juadah utk keluarga tercinta bg santapan tengahari.
Walaupun agak lewat tapi it's ok..dpt juga kami makan bersama. Juadahnya ikan keli masak sambal, sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin.

Then, lepas rehat sebentar dan menunaikan solat asar, maka agenda pertama pun bermula.Berjalan santai ke pantai klebang. Jalan agak sesak, biasa lah musim cuti sekolah dan kebetulan baru lepas gaji..cadangan utk pekena coconut shake klebang terpaksa dibatalkan kerana org terlalu ramai. Jadi kami pun terus menuju ke pantai.


Suasana disana pada waktu petang memang best dan santai. Dengan angin sepoi2 bahasa dan juga kemeriahan dari org ramai yg datang membawa keluarga masing-masing. Sempatlah kami minum2 dan makan buah rambutan yg dibawa oleh mak, khas dari belakang rumah di kg..he2.

Ok, bila senja sudah mula kunjung tiba. Kami pun berangkat menuju ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah medan ikan bakar terapung, umbai. Tempahan telah dibuat awal, jadi tidaklah terlalu terkejar-kejar. Biasa kalau walk-in, orang pasti ramai dihari minggu dan mgkn tempahan makanan agak lewat. Oleh kerana waktu maghrib telah masuk, kami bersolat dahulu di masjid semasa dlm perjalanan shj.

Dalam setengah jam, kami pun sampai ke tempat yg dituju. Alhamduilah, menu yg ditempah telah tersedia di meja santapan. Jadi masing2 pun ambil port dan bermula lah acara yg ditunggu2..makaaaannnn..!!! he2.
Syukur ya-Allah atas rezeki yg kau curahkan berikan kami dan juga kpd hamba-hamba Mu yg lain.




Syukur ya-Allah..inilah yg aku impikan iaitu dpt membawa keluarga makan2 di medan ikan bakar. Jadi kesempatan yg ada ini, dipergunakan sebaiknya.

Setelah memasing tersandar kekenyangan, badan pun mula memberi signal memerlukan rehat..hu2. Jam pun telah menunjukkan hampir 10.30 pm, maka kami berangkat pulang ke rumah.
Masing2 telah kepenatan2, tak sabar utk berehat dan mempersiapkan diri utk agenda esok hari.

Ahad, 22hb Dec 2013

Selepas menunaikan solat Subuh, kami pun membuat persiapan utk menyediakan sarapan. Menu pada pagi itu adalah nasi goreng. Sambil2 itu ada juga menu sampingan seperti nugget, karipap dan samosa segera.

Selepas selesai bersarapan, maka agenda seterusnya adalah mandi-manda ke Melaka Wonderland, Ayer Keroh. Dalam 9.30 am, kami bertolak ke sana. Perjalanan  memakan masa dlm 10-15 minit shj kerana jarak rumah ke sana tidak terlalu jauh.

Disini juga nk ucapkan terima kasih tak terhingga kepada adik ipar sblh wife iaitu fariz dan syila kerana sponsor tiket promosi ke Melaka Wonderland. Dptlah kami menumpang masuk free. Dgr2nya pasni org Johor plak nk turun ye..enjoy ur time wif family nnti.


Erm, hampir kesemua permainan air yg ada disini kami cuba. Memang best dpt mandi manda bersama keluarga. Tapi gamba time mandi xde lah..tak sempat nk snap masa tengah mandi. Hanya disimpan rapi dalam memori kami sebagai kenangan bersama. Kami disini sehingga pukul 1.30 pm.


Gambar yg diambil ini selepas selesai sesi bermandi manda..sebelum kami check-out dari Melaka Wonderland.

Selepas manda, perut pun dah lapar. Maka selepas itu kami pun pergi lunch di kedai makan area MITC.

Selepas lunch, ayong dan malim meminta diri kerana sudah ada program dan agenda lain. Maka kami yg tinggal ini pun meneruskan agenda yg dirancang iaitu menuju ke zoo Melaka. Sebenarnya segan juga nk bgtau, tapi hampir 4 tahun duduk di Melaka..inilah kali pertama saya dan isteri menjejakkan kaki ke zoo Melaka..he2.Nampaknya nk tunggu keluarga dtg juga baru nak masuk..ha2.

Ok lah, apa yg saya boleh komen..keadaan zoo Melaka agak best juga. Walaupun kepenataan kerana nak pusing berjalan kaki dlm tue makan masa hampir 2 jam juga. Lenguh2 kaki dibuatnya..tapi sepanjang perjalanan dalam zoo itu, byk kedai menjual makan dan minuman disediakan dan juga public toilet. Jadi utk kemudahan kepada pengunjung boleh dikatakan pada tahap yg baik.



Kami di sini sehingga pukul 5.30 pm. Memang best dpt melihat haiwan2 yg rare secara live. Biasanya kita tgk dlm national geographic aje.

Ok, bila kunjungan ke zoo Melaka ini berakhir bermakna sampai sinilah agenda kami utk kali ini. Byk tempat plan nak pergi, tapi kerana batasan masa..mgkn ada next trip..insyallah.
Selepas itu, kami pun pulang ke rumah utk minum ptg dan berehat selepas seharian diluar.

Selepas minum ptg dan menunaikan solat maghrib, keluarga pun meminta diri utk pulang ke kg.
Sedih dan sebak juga rasanya..2 hari yg dilalui terasa sekejap shj..tup2 dah nak pulang, baru shj rasanya mereka dtg ke Melaka.

Ok lah, itulah rasanya yg ingin dicoretkan dan dikongsikan kali ini. Terima kasih tak terhingga sekali lagi kepada semua..mak, ayong dan malim, ajim, atin, dan ijat..kerana sudi datang dan menjenguk kami di sini dan meluangkan hujung minggu bersama.

"kalau ada sumur di ladang,
bole kita menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
insyallah next trip..pasti ada lagi"

Ok, sekian..wassalam.

Tuesday 17 December 2013

OSHE!

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulilah, diberi ruang dan peluang utk bertemu lagi dlm ruangan yg tidak seberapa ini.

Ok, disini just nak berkongsi berkenaan kursus yg telah dihadiri iaitu berkaitan;

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (OSH); dan terkini telah ditambah ENVIRONMENT menjadikan ia OSHE.

Skop OSHE ini terlalu luas namun dlm pastinya kursus yg diberikan merangkumi bidang tugas dan kerja kita.

Sebenarnya perkara yg diterangkan dalam kursus ini, adalah perkara yg kita sudah tahu dan sudah pun diamalkan dalam bidang kerja kita.

Cuma tinggal, pemahaman antara satu sama lain dan penguatkuasaan terhadap prosedur tersebut.
Adakah sama dan mengikuti standard SOP yg diberi, atau kita membuat perkara safety itu mengikut kepala kita sendiri. Yang penting, semua prosedur dan borang itu kita lengkapkan.


Iya, disitulah sebenarnya peranan NIOSH di sini iaitu memberikan training dan penerangan kepada kita berkenan standard safety yg telah digariskan oleh syarikat kita sendiri.

Dan satu lagi, NIOSH hanyalah memberi latihan kepada kita mengikut prosedur dan SOP syarikat.
Namun semua sijil, lesen dan certificated selepas kita lulus kursus NIOSH perlulah didaftarkan dengan DEPARMENT OCCUPATIONAL AND SAFETY HEALTH (DOSH).

Selepas didaftarkan barulah kita dianggap layak untuk menjalankan tugas mengikut bidang yang telah ditauliahkan kepada kita selepas menjalani kursus, latihan, ujian dan sebagainya.

Ok sahabat2 semua, just nak berkongsi itu sahaja.
Yg penting kita semua faham, dalam apa jua bidang yg kita ceburi..

SAFETY FIRST!

Insyallah, jika semua yg digariskan telah dipatuhi..ia akan menyelamatkan kita jika berlaku sebarang perkara tidak diingini.

Jika Allah dah tetapkan perkara seperti kemalangan akan berlaku, siapalah kita utk menghalangnya.
Namun kita telah membuat persiapan secukupnya dan melindungi kita dan org lain dgn sebaiknya.

Ok, semoga bertemu lagi dlm entri yg lain.

Wassalam..

Monday 16 December 2013

Do It Now!




Assalamualaikum....

Ok, sebenarnya dah lama nak share pasal perkara ini cuma kesempatan masa yg tidak mengizinkan.

Baiklah, sahabat2 semua. Seperti petikan ayat di atas, pernah tak ada menda yg dah lama berlegar disekeliling kita namun kita baru sedar akan kepentingannya..dan kita akan bertanya kepada diri sendiri

"Kenapa aku tak buat menda nie 2-3 tahun lepas" atau "Kenapa aku tak mulakan dari dulu eh"

Iyup, sebenarnya menda ini sering berlaku kepada kita..saban hari, saban minggu, saban bulan dan saban tahun. Pasti ada monolog tersebut berlaku dalam diri kita dengan soalan-soalan seperti itu.

Jadi sahabat, apa sahaja keadaan atau situasi anda sekarang.....

Set your target & goal, plan your strategy for short, medium and long term..and most importantly

DO IT NOW!

Banyak perkara yg kita dah lalui dan sepatutnya dijadikan pengajaran dalam hidup. Kutip sebanyak mana yg perlu, dan jadikan sebagai landasan untuk mengubah masa hadapan kita, insyallah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri"
(Surah Ar-Ra'd: Ayat 11)

Ok, sahabat2 semua..harap sedikit petikan di atas dapat memberi seribu manfaat dan kesedaran buat kita bersama.

Wassalam

PA system dan karaoke - Durian Tunggal

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, bertemu lagi kita dalam ruangan yang tidak seberapa ini.

Hanya ingin berkongsi berkaitan rezeki di musim cuti sekolah. Especially banyak kenduri-kendara dijalankan pada musim cuti2 sekolah ini.

Terutama sekarang byk bidang dan lapangan sebagai hobi, namun dalam masa yang sama boleh menjana sedikit ekonomi kita sebagai pendapatan sampingan.

Ok, bagi yang sememangnya meminati bidang seni muzik ini mungkin sudah sedia maklum tentang kepentingan Public Address (PA) system dalam majlis2 keramaian seperti majlis pernikahan dll.

Alhamdulilah, tanggal 14hb dan 15hb Dec 2013 yg lepas, kami diberi kepercayaan untuk menjadi juruacara bagi satu majlis pernikahan di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal.

Pada malam 14hb Dec, diadakan malam berinai besar dimana pengantin dengan persalinan yg berseri duduk bersanding di pelamin yg tersergam indah. Diselang-selikan juga dengan upacara tepung-tawar dari keluarga dan saudara-mara terdekat.


Hari langsung besar adalah pada keesokannya, iaitu 15hb dec 2013 di mana majlis bermula dari 11 pagi, sehinggalah membawa ke pukul 4 petang. Alhamdulilah, cuaca meyebelahi tuan rumah pada hari tersebut. Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t yg menurunkan rahmat kepada hamba-Nya.

Kami pun turut menamatkan tugas pada hari tersebut pada waktu yg dijanjikan iaitu sehingga pukul 4 petang.





Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada DJ Naz yg berjaya menghiburkan tetamu dengan jayanya.

Saya hanya sebagai pembantu dan trainee aje. Belum boleh berdikari lagi, masih byk ilmu yg perlu dicari dan bakat kendiri @ kemahiran yg perlu digilap. Moga sifu saya DJ Naz, dapat memimpin dan memberi tunjuk ajar sebaiknya kepada saya, insyallah.

Matlamat itu sentiasa ada dalam diri. Jika sudah bersedia, pasti akan melangkah dengan kaki sendiri. Doakan hari itu akan tiba, cuma cepat atau lambat..sama2 kita usahakan.

Ok, sekian sahaja pertemuan buat kali ini.
Moga berjumpa dlm entri seterusnya.

Wassalam..