Social Icons

Pages

Thursday, 29 August 2013

25 wasiat Luqman Hakim kepada anaknya

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu:


1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.

7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.

9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.

15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.

18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.

24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

Monday, 26 August 2013

Perbezaan Gred Jersi

Assalamualaikum,

Di sini ingin berkongsi berkaitan penggredan jersi. Mungkin sedikit sebanyak boleh membantu utk menilai dan membuat pilihan.


1. Original Grade/ Original Spec

-          Bagi original grade / original spec agak sukar membezakan jersi tersebut dengan jersi original yang di jual di butik kerana hampir 99% sama. Lagi 1% kurang kerana kita perlu sedar ianya tetap original replica (imitation)

- Didatangkan mengikut size Europe. Jadi kebiasaannya utk Malaysian, akan order satu size ke bawah: jika biasa memakai size L, jersi perlu order size M.

- Pilihan size S, M, L dan XL 


2. Original Player Issue (Nike Sahaja)

-          Jersi jenis ni hanya datang dari buatan Nike sahaja. Contohnya utk Man Utd, Arsenal, Barcelona dll. Kualitinya sungguh terbaik dengan kain yang lebih lembut dan boleh menegang.

-          Logo adalah tampal berbanding triple A @ AAA dan Super A yang dibuat jahit.

-          Datang dengan 2 jenis cutting iaitu Body Fit dan Europe. Mengikut standard size.

-          Beg plastik yang digunakan mempunyai lambang Nike dan datang dengan tag sehingga 4-5 keping. No siri juga berbeza bg setiap jersi, melambangkan keunikannya.

-          Tambahan, ia mempunyai lubang-lubang udara ditepi badan dan T-bars di atas bahu serupa dengan jersi yang dipakai oleh player ketika bermain di atas padang


3. Super A @ second original (Adidas, Nike dan Puma)

-          Gred super A di datangkan dengan kualiti fabric  yang lebih baik, lembut dan kemas. Dari segi jahitan pula, Super A mempunyai garis jahitan dan benang yang kemas.

-          Kertas pelapik pula adalah dari jenis yang lembut bagi super A manakala untuk gred AAA menggunakan kertas yang keras. (tetapi bergantung keluaran dari kilang)

-           Kualiti gred super A tidak sama dengan gred original, tapi antara yg terbaik selepas gred original.

-          Saiz jersi kecil 1/2 inci berbanding AAA dengan pilihan size S, M, L dan XL.


4. Gred Triple A @ AAA

-          Replika kualiti terbaik dari Thai / Indon. Material jersi agak kasar sedikit berbanding gred lain. Untuk jersi jenama Nike, tiada lubang udara kat tepi jersi dan T-bars kat bahu.

-          Finishing dan material berpatutan dengan harga yang ditawarkan.

-          Pilihan size S, M dan XL sahaja.


5. Gred Double A @ AA

-           Fabrik nyer lebih kasar dan teruk berbanding dengan gred triple A @ AAA.

-           Jahitan dan buatannya lebih kasar. Harga lebih murah berbanding gred yang lain.


Ok, itu antara maklumat yg boleh dikongsikan utk kita semua. Harap sedikit sebanyak boleh membantu dan menambah pengetahuan kita bersama.





Utk makluman, saya hanya menjual jersi pada grade original / original spec dan player issue shj.

Price gred original  dan player issue:

RM55 - COD Melaka area only
RM60 - Lain-lain negeri including postage

Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh kongsikan dgn contact, msej, wassup or fb:

Mohd Shafizam Abd Latif
013-3888637
Fb: Mohd Shafizam Abd Latif


Wassalam..

Kekuatan Minda Separa Sedar

Ok, sebelum baca tajuk minda bawah sedar ini, lagi baik anda baca entri yg sebelumnya iaitu setkan matlamat, tulis dan..baca selalu! kerana ada kesinambungan.

Secara mudahnya, kita semua faham minda kita terbahagi kepada dua iaitu minda sedar (conscious mind) dan minda separa sedar (sub-conscoius mind)

Kedua-duanya akan bekerja seiringan dan saling memerlukan.

Minda sedar adalah minda kita yg aktif ketika sedang membaca entri ini, dan minda separa sedar anda adalah minda yg menyimpan sebanyak mana input dan fakta dari entri ini, dan akan menggerakkan diri dan minda kita apabila diperlukan.





Sbg cth semasa kita baru belajar memandu dulu. Semua perkara instructor kena bgtahu dan guide. Kita belum mahir dari segi teori, teknikal dan tiada pengalaman berhadapan situasi ketika memandu. Jadi minda kita tak dpt beri arahan yg sepatutnya dan tiada sense apabila berhadapan situasi tertentu.  

Tetapi bila dah selalu bawa kereta dan semakin mahir, pergerakan minda dan tubuh badan kita seolah-olah bergerak sendiri apabila tiba situasi tertentu spt membrek kecemasan, drop gear utk potong kereta depan, hon ketika ada aweks tunggu bas kt bus stop (opss) dll..

Itulah kehebatan minda separa sedar..kita dah praktiskan dlm kehidupan cuma tak sedar konsep itu.

Itu adalah penerangan secara ringkas, tapi utk entri ini kita cuba bincangkan kuasa minda separa sedar melalui matlamat yg kita set, tulis dan..baca selalu!

Bila kita dah set, tulis dan selalu baca matlamat kita, automatiknya minda separa sedar kita akan collect semua maklumat yg perlu, dan mengambil tindakan secara tak langsung utk capai matlamat tersebut.
Perkara ini berlaku secara tidak sedar..namun kita tahu dan yakin diri kita semakin menuju ke arah itu.

Ambil cth kita nak pakai smartphone dan target nk pakai dlm 4 bulan. Apabila kita dah set matlamat camtu, secara tak langsung minda kita akan set apa yg perlu dibuat dlm tempoh 4 bln spt menabung bulan2, kurangkan belanja makan, dll. Apabila nak keluarkan belanja byk ckit, minda kita akan bgtau target kita so..automatik kita boleh control perbelanjaan sampai dpt smartphone.

Itulah antara kekuatan minda separa sedar yang Allah berikan kepada manusia. Hanya kita perlu terus mengkaji dan memahami anugerah Allah tersebut.


Spt penerangan dlm entri sebelum ini, sebaiknya setkan matlamat kita mengikut jangka masa tertentu iaitu short term, medium term dan long term.

Ini bagi memudahkan minda kita fokus mana yg dahulu dan mana yg kemudian.
Dlm kita mengejar short term, minda turut prepare utk matlamat seterusnya bagi medium term dan long term.

Secara tak sedar, kalau kita renungkan apa yg dicapai hari ini, adakah memenuhi apa yg kita inginkan 2-3 tahun yg lepas? Jika ya, alhamdulilah..anda on the right track. Jika tidak, mungkin matlamat kita belum jelas dan belum fokus apa yg diinginkan dlm kehidupan. Namun tiada istilah terlambat utk berjaya..pastinya esok adalah lebih baik dari hari ini dan dalam tempoh 5-10 tahun lagi kita sudah mula mencapai sedikit demi sedikit apa yg kita impikan.

Seringkali jika membaca biografi insan-insan hebat, pasti mereka akan memberitahu bahawa matlamat mereka sgt jelas..iaitu sejak mereka memulakan perniagaan atau kerjaya sehinggalah mereka telah berjaya dlm bidang masing-masing. Keinginan dan matlamat itu yg menyebabkan mereka tidak berpatah balik dan berusaha hingga mengecapi kejayaan hari ini.

Akhir sekali, sbg umat Islam kita wajib percaya setiap yg berlaku itu adalah atas kehendak dan ketentuan Allah s.w.t. Jika tidak tercapai, mungkin Allah ada perancangan yg lebih hebat utk kita jadi kenalah yakin, redha dan sabar. Namun yg penting kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh.

Insyallah, jumpa lagi utk entri yg seterusnya.

Wassalam

Friday, 23 August 2013

Keajaiban Menarik Rezeki..

Assalamualaikum,

Spt yg pernah dikongsi sebelum ini kunci menarik rezeki adalah dgn melakukan solat sunat Dhuha, saya ada ulas dan bincang pada tajuk entri rezeki dan harta.
Bole rujuk utk tajuk sblm ini.

Ok, kali ini satu lagi kisah keajaiban menarik rezeki. Sama konsep cuma kaedah berbeza iaitu dgn bersyukur atas pemberian Allah. Kite semua faham, semakin kita bersyukur akan bertambah rezeki kita..janji Allah itu benar.

Dipetik dari Diyana Tahir;

6 tahun dulu ketika saya tiada pekerjaan, bisnes pun terumbang ambing, hutang keliling pinggang, di poket tinggal RM1 (itu pun umpul2 duit syiling).

Saya tiada pilihan selain percaya bahawa dengan bersyukur akan bertambah rezeki.

Setiap pagi, saya mulakan dengan menulis apa yang saya syukurkan tentang tubuh badan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. 

"Terima kasih Ya Allah atas kurnia mata yang kau pinjamkan buatku, dengannya aku mampu melihat wajah anak dan suamiku. Dengannya aku dapat melihat indahnya senyuman anak dan suamiku. Dengannya aku dapat melihat kesempurnaan ciptaan-ciptaanMu"

Cth tulisan yg diamalkan oleh hamba Allah ini..kita boleh ubah ikut hati dan naluri kita.

Setiap kali menulis tentang setiap anggota badan..sebak di dada datang dan datang. Menitik air mata..betapa banyak nikmat yang Allah beri yang sering kali diabaikan.

Alhamdulillah, janji Allah tu benar..

Selepas saya amalkan menulis kesyukuran atas pemberian Allah ini, rezeki mula datang dan datang sehinggalah hari ini.

Jika ada jalan mudah untuk menjemput rezeki mengapa memilih jalan susah? ~ 

Nampak seperti sesuatu yg remeh tp sebenarnya besar hikmah die kan..insyallah mana yg mampu sama2 kita amalkan.

Wassalam..

Wednesday, 21 August 2013

Bas Jatuh Gaung Di Genting Highlands - 21 Ogos 2013

Erm..rasenya agak gempar arini dengan berita bas jatuh gaung di KM 3.6 Genting Highlands.

Agak terkejut..sedih..dan mcm2 lagi boleh digambarkan bila melihat liputan kisah tersebut di siaran media. Harap pihak keluarga, rakan sekerja, sahabat yg terlibat dgn kejadian tersebut bersabar dan redha atas ketentuan.


Kejadian dilaporkan berlaku dlm 2.30 ptg td, dimana bas dari Genting menghala ke KL dan bas terjunam dlm gaung pada  kedalaman lebih 50 meter. 

Sehingga pukul 7 .30 mlm, 33 penumpang di sahkan telah meninggal dunia dan 16 yg lain cedera.
Kerja-kerja menyelamat masih giat dijalankan diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Punca kejadian masih dlm siasatan jadi kita tunggu hingga siasatan selesai. Buat masa ini elakkan menuding jari dan mencari kesalahan. Tp sama2 kita doakan yg cedera dpt diselamatkan, dan yg telah pergi semoga tenang dan aman di sana, insyallah.




Syabas kepada pasukan penyelamat yg bekerjasama dan berganding bahu dlm mengeluarkan penumpang di dlm bas. Berharap tidak kedengaran lagi kemalangan2 ngeri mcm nie, dan tidak tertimpa kepada ahli keluarga terdekat dan orang yg tersayang.



Allahualam..

Setkan matlamat,tulis dan baca!

Assalamualaikum,

Ok, dlm entri lepas, kawan ada beritahu akan kongsi tips berguna dari seorang pengurusan tertinggi Honda Melaka dlm satu program lepasan ijazah tahun 2009 dlu. Walaupun die hebat tp itu skrg, dulu mcm kite gak..so die share sikit2 tips n pengalaman die utk kite tempuh alam kerjaya pasni..

Antara tips berguna yg dikongsikan, saya dh tulis kt tajuk di atas. Mungkin sahabat2 dah biasa dgr dan baca artikel berkaitan..iaitu:

SET KAN MATLAMAT, TULIS DAN..BACA SELALU 

Ok,mgkn ramai yg dah buat cume just nk refresh aje..ilmu yg kite kongsi tak kan berkurang malah makin kuat dlm ingatan, insyallah.


Ok,mungkin sahabat2 ada kaedah tersendiri utk buat benda alah nie. Saya cume ikut ape yg big boss nie ajar n praktikkan..insyallah, bukan mustahil apa yg kite set boleh tercapai..kerana bila kite tulis dan ulang baca selalu, scr tak langsung akan menggerakkan MINDA BAWAH SEDAR kita..tajuk minda bawah sedar ini saya akan ulas dlm entri seterusnya.

Ok, berbalik kepada tajuk set, tulis dan baca selalu matlamat kita. Kaedah yg di ajar dan praktikkan..pecahkan matlamat kita kepada 3 term utama iaitu short term, medium term dan long term.

Iyup, bila pecah mcm nie, barulah clear ckit ape yg kite target dan ingin capai dlm kehidupan. Jadi kita fokus utk short term dulu, in the same time kite dah prepare minda kite utk medium n long term..


Ini antara cth yg diajar oleh bigboss Honda..setkan timeline kite nk capai matlamat tersebut

Short term (24-28 thn) 
- kereta
- kahwin 
- ada baby
- ada rumah sendiri
- own a business 
- melancong overseas
- dll 

Medium term (28 < x < 35)
-  bla bla bla..
- pegi umrah ke..bla bla bla
- target brape baby..rezeki dari Allah kite usahakan
- pakai kereta mahal ckit, kereta import ke..

Long term (> 35 thn)

- jadi big boss ke..kih2
- rumah banglo bertingkek-tingkek ke..

Jgn risau, itu target kite..yg penting ukur baju di badan sendiri..set yg kite rase achieveable..jgnlah letak nk melancong ke kutub utara..atau pakai lamborghini dlm short term kalo basic baru 3-4 k sebulan..

Ok rasenya itu dulu yg ingin dikongsi buat masa ini. Alhamdulilh, short term mostly dah tercapai.

Dah boleh fokus utk next, medium term pula..


Utk sahabat2 sama-samalah duduk, renungkan dan fikir apa yg kita nak dlm kehidupan..pastinya semua itu utk kebaikan kite dan keluarga dunia akhirat.

Wassalam..

Tuesday, 20 August 2013

Mengapa burung terbang V

Sbg salah seorang peminat kisah dan program motivasi, dan benda2 yg membawa aura postif..rasenya ini antara kisah yg saya ingat ketika satu program selepas tamat belajar dlu.

Mengapa burung terbang membentuk huruf V?

Erm..soalan yg simple oleh penceramah masa itu, tp pernah ke kite terfikir..

Cmne burung terbang eh..betul ke die bentuk huruf V? 


Rase slalu tgk burung terbang tapi tak perasan plak die pandai buat formasi huruf V.

Rasenya time tue xde sorang pun jawab dgn tepat. Erm..jadi akhirnya penceramah tue pun bglah tau motif die tanye soalan cmtue..


Rupanya byk hikmah dari cara burung terbang mcm nie..

1st, biasa burung2 berhijrah utk menghindar musim dingin. Jadi diorg akan bergerak dlm group dan satu burung akan lead ke destinasi yg nk dituju. 

Apabila leader nie dah penat, die akan berundur masuk ke barisan dan automatik burung lain akan takeover tempat die utk lead group..jadi,dh tau hikmah die kt situ..bukan suruh berebut kerusi ketua atau bos! ketika sampai masanya, staff juga kena ready utk support dan lead the team..ini tidak mustahil, pernah berlaku dan akan berlaku.

2nd, mengikut kajian saintifik dari pakar burung, cara terbang bentuk v dan scr kumpulan dpt mengurangkan tekanan angin ketika terbang..ini kerana kepak burung hadapan membentuk 'airwall' kepada yg belakang dan membolehkan burung2 ini terbang 70% lebih jauh dari terbang sendirian.

3rd, burung2 dibelakang akan membuat suara riuh rendah utk memberi semangat kpd burung di depan..disamping itu ia juga dpt mengekalkan kelajuan group burung tersebut.
Hikmah die..renung2 kanlah sendiri.

Ok rasenya itu shj perkongsian buat masa ini berkenaan burung terbang nie.

Insyallah, ade kelapangan saya akan berkongsi tips daripada seorang pihak pengurusan tertinggi Honda Malaysia, Alor Gajah Melaka ketika dlm program tersebut.

Nampak mcm simple tp perkara itu yg saya pegang sampai hari ini dan sedikit sebanyak memberi panduan dan membawa perubahan dlm diri. 

Wassalam..

Kelebihan Umat Nabi Muhammad


Allah SWT selesai menciptakan Jibril as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibril as memandang dirinya sendiri dan berkata: “Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud. “Tidak” Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari sholatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku.“
Kemudian Jibril as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?“
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. “Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…“
Kemudian Jibril as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibril as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibril as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?“
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.”

Kembali Bertugas - TM tercinta

Hari yg dah mula berserabut sikit..suasana dan mood kerja dah mula meresap kembali dlm diri n persekitaran..hu2.

Dimulakan dengan langkah kanan dan Bismillah..Bermula semula perjuangan demi TM tercinta.

Byk nk kena buat n follow up lepas cuti raya..buat love this feeling. 
Always keep ourself busy..

Tapi yg lagi bestnya esok ada majlis jamuan raya utk TM Melaka..so arini ade staff yg terlibat dgn  penyediaan decoration booth masing-masing utk majlis esok.

Esok kita tgk camne, pasti meriah, pasti banyak makanan best dan suasana yg berwarna - warni. Tema sambutan hari raya TM Melaka tahun ini adalah Aidilfiri Merdeka.

Antara gambar yg sempat candid utk persiapan majlis raya esok.






Hebat gak warga TM nie deco booth masing-masing. Kalo tak silap ada 21 kesemuanya mengikut department. 

Dah mula terasa bahang dan kemeriahannya.
Orait, jumpa lagi.

Wassalam..




Monday, 19 August 2013

Kisah En. Zukilfi - Strategi Bebas Hutang

Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu, kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang! Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel ni.

Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu, insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan hutang.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.

Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.

Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.

Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.

Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.

Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.

Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.

Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.

Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!

Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

Nota Jutawan Nota Kewangan Irfan Khairi

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti “Jutawan Dari Planet Jupiter” (Azizi Ali), “Nota Jutawan, Nota Kewangan” (Irfan Khairi) tu wajib baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL ataupun tidak. Itu jer.

Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu “Get Out Of Debt” kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
11 Julai 2011
10 Sya’ban 1432
Damansara Damai


Sunday, 18 August 2013

PA System, DJ & Set Karaoke

Assalamualaikum,

Pihak kami ada menawarkan kepada yg berminat membuat tempahan set PA system, beserta DJ atau set karaoke bagi majlis spt: majlis kahwin, bertunang, open house, aqiqah anak, ceramah, atau majlis yg sewaktu dgnnya...

Buat masa ini cover area Melaka shj.


Bagi sebarang tempahan, pertanyaan atau ada sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi melalui call, sms, whatsapp, atau fb spt dibawah:

Mohd Shafizam Bin  Abd Latif

Phone: 013-3888637 ( call, sms, whatsapp)
Facebook: https://www.facebook.com/mohdshafizam.abdlatif

Antara majlis yg pernah kami bekerjasama antaranya:

1. Hari Keluarga Telekom Malaysia Melaka, A'Famosa Waterworld




2. Majlis Perkahwinan - kolaborasi bersama DJ Naz


3. Malam Akustik - Selamatkan Gaza di Kaizen Music Studio



Ok, itu di antara rentetan peristiwa kami dlm 2 tahun kebelakangan ini. Moga kami akan mencipta sejarah baru seterusnya bersama tuan2.

Sebarang pertanyaan akan kami cuba layan dgn segera dan sebaik mungkin.
Yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu atas kelemahan saya sendiri sbg manusia biasa.

Wassalam.

Khasiat Timun

Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:


1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.

2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalahartritis, gout dan reumatik.

4. Sekiranya anda inginmenurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri(keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. 

Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering. 


8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara? 

Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari. 

Insya-Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu. 

Wassalam..

Proton Suprima S

Proton Holdings Bhd pada Sabtu 17 Ogos 2013 telah melancarkan model terbaru versi hatchback yang dikenali sebagai Proton Suprima S. Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Penasihat Kumpulan Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad



Proton Suprima S


Pelancaran Proton Suprima S diadakan di pusat pameran dan Konvensyen MATRADE


Proton Suprima S ditawarkan dgn 2 varian iaitu eksekutif dan premium.


Varian dan harga spt dibawah:


Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Proton suprima S ini ditawarkan dengan lima variasi warna iaitu, Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black



Maklumat lanjut mengenai Proton Suprima S, klik pada tajuk pautan berwarna biru yang disertakan


Harga dan Spesifikasi Suprima S - Executive 

Harga dan Spesifikasi Suprima S - Premium


Saturday, 17 August 2013

Muzium kapal selam Melaka

Akhirnya..dpt juga menjejakkan kaki ke muzium kapal selam Melaka di dataran 1 Malaysia, pantai Klebang.

Pastinya ada cerita menarik disebalik muzium yg unik dan seumpamanya di Malaysia ini. 

sumber: kosmo online

Terletak di Dataran 1Malaysia, Klebang, pembukaan Muzium Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 22 November lalu sudah cukup membuatkan rakyat negara ini terutama rakyat Melaka berbangga.

Selepas menempuh pelayaran selama 31 hari dari pelabuhan Brest, Perancis, kapal selam seberat 1,200 tan tersebut akhirnya tiba di perairan Selat Melaka pada 12 November lalu.

Disebabkan proses untuk mengangkut kapal selam terbabit menelan belanja RM12.6 juta dan pertama kali dilakukan, kerja-kerja mendaratkan memakan masa yang lama apabila ia perlu dilakukan dengan teliti.

Jika adapun seperti kapal selam yang dipindahkan ke Surabaya, Indonesia sebenarnya dileraikan kepada dua bahagian sebelum ditempatkan di situ menggunakan kapal laut.

Bagaimanapun, Felda Transport Services Sdn. Bhd. ada cara tersendiri dalam mengangkut kapal selam itu ke Melaka.

KAPAL selam Agosta 70 selamat ditempatkan di Klebang, Melaka.

Kapal yang beratnya lebih 1,000 tan itu dipindah dan diangkut tanpa dileraikan sekali gus mencipta sejarah dan dipuji pasukan marin Perancis.

Proses itu melibatkan dua buah kren khas yang masing-masing berkeupayaan mengangkat beban 900 tan. Operasi mengalihkan kapal selam dari kapal ‘Jumboship’ ke kapal ponton mengambil masa selama tiga jam.

Ia berukuran 67.57 meter panjang dan tinggi 11.75 meter manakala 6.5 meter lebar. Sesiapa sahaja akan teruja melihat kapal itu kerana ketinggiannya menyamai sebuah bangunan kedai tiga tingkat!

Menyingkap sejarah kapal itu, Agosta 70 digunakan untuk melatih kru pertama kapal selam Malaysia dari 2005 hingga 2009 dan latihan itu dijalankan berikutan kontrak yang ditandatangani Malaysia untuk pemilikan kapal selam Scorpene Perancis pada 2002.

Pada 23 September lalu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Abdul Aziz Zainal mewakili kerajaan Malaysia menandatangani satu pemindahan pemilikan kapal selam Agosta 70 dengan wakil Kementerian Pertahanan Perancis, Yves Blanc.

Menariknya, kali terakhir Agosta 70 digunakan oleh TLDM dan Tentera Laut Perancis ialah ketika melakukan pelayaran di Lautan Atlantik pada Julai 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif Felda Transport, Zainal Abidin Ujud memberitahu, kerja menaikkan kapal selam itu merupakan pengalaman pertama syarikatnya apabila proses mengalihkan kapal selam itu menggunakan kaedah ‘heavy lift’ yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak sebelum ini.

“Kami pada mulanya mahu mencuba kaedah tali balut atau bellishing namun (teknik itu) dianggap tidak sesuai sebelum beralih pada ‘heavy lift’.

PELAN pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka.

“Ini adalah yang pertama di dunia dan kita terpaksa mendapatkan kepakaran jurutera marin dengan melibatkan kajian menyeluruh daripada Universiti Delft, Belanda bagi membuat penilaian mengenai proses mengangkut kapal selam ini.

“Ia melibatkan beberapa kepakaran termasuklah ‘salt water Engineering dan Lloyd’ kesemuanya melibatkan kepakaran marin laut,” katanya.

Ujar beliau, meskipun kapal selam itu diperbuat daripada besi, namun ada beberapa bahagian kapal itu rapuh. Petugas pengangkutan perlu berhati-hati ketika operasi mengangkut kapal dilakukan.

“Bayangkanlah kerja itu selesai pukul 6 petang di Pelabuhan Marin Brest, selepas dibawa ke situ dari Rotterdam, pangkalan tentera marin Perancis,” katanya yang turut menyelia dari mula hingga akhir pendaratan di Klebang, Melaka.

Lebih mendebarkan, pukul 9.30 pagi kapal ponton perlu membawa kapal selam terbabit dengan berhati-hati ke jeti sementara di Klebang, Melaka pada 17 November lalu.

Satu lagi cabaran menanti apabila kru terpaksa menempuh perjalanan sejauh 1.8 kilometer untuk ke kawasan lapang Dataran 1Malaysia, Klebang.

Dengan menggunakan treler ‘Multi axle’ yang disewa khas dari Singapura, proses pendaratan penuh mencabar itu selesai dalam tempoh kurang 100 minit.

Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, operasi membawa kapal selam berkenaan bergerak ke tapaknya dengan bantuan air pasang kerana air pasang membantu kapal ponton terbabit berada sama paras dengan jeti sebelum kapal selam ditarik ke darat.

KAPAL selam diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship itu di Melaka.

“Dalam kedudukan satu kilometer dari pesisir pantai jeti sementara, kami meletakkan kapal selam di atas treler 480 tayar yang berada di atas ‘barge’ atau tongkang sebelum ditarik perlahan ke arah jeti sementara sebelum dipindahkan ke darat menggunakan alat kawalan jauh.

Zainal Abidin memberitahu, bagi melancarkan operasi menaikkan kapal ke darat, beberapa plat keluli diletakkan di atas laluan bagi mengelak tanah menjadi mendap.

“Namun semuanya lancar kerana jeti sementara dan laluan yang diwujudkan khas untuk kapal selam memang kukuh,” jelasnya lagi.

Selepas semua proses selesai, kira-kira pukul 4.40 petang, kapal selam itu akhirnya berjaya diletakkan di posisi yang ditetapkan dengan sokongan dua ‘saddle’ atau besi gergasi pada badannya.

Bagi yg sudah dtg ke muzium ini, mgkn satu pengalaman berharga buat kerana dpt melihat kapal selam secara live.

Jika dilihat perancangan pelan diatas, byk lagi infrastruktur yg akan dibina di dataran 1 Malaysia, pantai Klebang. Kerja-kerja tambak masih giat dijalankan, beserta kerja2 piling supaya tanah tambak itu kuat dan kukuh.

Nampaknya Melaka fokus dlm memajukan sektor pelancongan sbg tarikan utama pelancong, dan menyumbang sumber ekonomi yg baik kepada negeri Melaka.

Ok,semoga info ini sedikit sbyk memberi manfaat.

Wassalam..

Friday, 16 August 2013

Ustaz Azhar Idrus kemalangan

Pagi tadi dikejutkan dengan berita Ustaz Azhar Idrus kemalangan jalan raya di depan Desa Murni, Pengadang Baru, Terengganu. 

Kemalangan itu melibatkan dua buah kereta iaitu kereta jenis Golf GTI dipandu ustaz Azhar dan Iswara. Syukur alhamdulillah Ustaz Azhar Idrus dan yang lain selamat. Tiada kecederaan hanya luka-luka kecil sahaja.



Mohon doakan keselamatan ulama-ulama dan guru agama kita kerana merekalah pewaris nabi.

Ilmu akan diangkat sedikit demi sedikit dari muka bumi bukan dgn menjadikan manusia semakin tidak pandai, tapi dgn dimatikan ulama dan guru yg mempunyai ilmu dan menyampaikan ilmu.

Wassalam..

Penjagaan Brek Kereta

Cara Penjagaan Sistem Brek Sistem brek merupakan salah satu elemen yang paling penting untuk memastikan kereta bergerak dengan lancar.

Tanpa sistem brek yang stabil, berkemungkinan kereta boleh terbabas atau mengalami masalah untuk brek ketika berada dalam mod laju.

Sebagai pemilik kereta, kita perlu apakah cara penjagaan sistem brek kereta untuk mengelakkan kereta mengalami kerosakan.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. 

"JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM"

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinan tekanan yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

sumber: forum - penjagaan brek kereta