Social Icons

Pages

Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

Monday, 28 September 2015

Akhirnya aku terjebak dgn Tone Excel!

Assaamualaikum w.b.t,

Alhamdullllilah, masih diberi masa & kesempatan menulis diruangan yg tidak seberapa ini.
Dan terima kasih bebanyak kpd sahabat2 yg masih sudi singgah dan membaca di blog ini.

Juz nk sharing..erm, tgk tajuk pun dah tau nak cite ape kan..

Iya, sedar tak sedar..aku pun dah terjebak dgn tone excel nie..upline yg promote tone excel nih bos kt tempat aku kerja..hu2.

Bukanlah paksaan tp dgn rela hati..*_*


Ok, kalo nak cerita pro & con program nih rasanya aku bukan yg terbaik utk bercerita coz masih hijau & setahun jagung lagi dlm penggunaan simcad tone excel nih.

Cuma apa salahnya mencuba..even kate org ratenya mahal ckit, tp die ada referral program utk menjana pasif income.

Dan jika dilihat 5 tahun kebelakang (2010-2015) aku guna pakej postpaid dari celcom dgn monthly commitment RM100 (lebih tak lebih aku bayar takat itu je)..dan secara jujurnya aku amat berpuas hati dgn plan postpaid celcom tersebut.

Jadi secara kasarnya aku dah spend RM100 x 12 bulan x 5 tahun = almost RM6,000.00 utk bill phone selama 5 tahun ini.

Maybe dgn same amount & commitment aku boleh capai something dgn pelan pemasaran tone excel nih utk  5 tahun ke depan..^_^ mudah2an insyaAllah..!!

Bila dtg plan marketing yg menarik mcm nie..why not kita cuba kan? dan berapa lama ketahanan (sustainable) syarikat & program nih..wallahualam..tp pastinya selagi ada supply & demand, bisnes & produk itu akan berterusan.

Dan utk makluman juga, network tone excel ini akan pickup coverage celcom..itu mungkin salah satu sebab confident sikit nk join kerana experience dgn coverage celcom sblm ini amat memuaskan.



Apa, kena cari downline? Iya, lagi satu katanya kena cari downline..baru boleh pergi jauh dalam bis tone excel nih..

Erm..maybe betul coz itu selari dgn tagline simcad itu sendiri --> prepaid that pays! (korang kena clear betul2 sblm subscribe simcad & pelan nih).

tapi buat masa nie..target aku nk cuba try pakai dan tgk feel die dulu mcm mane..if ok, baru boleh cite kt orang lain..kalo tak ok, nak cite pun segan beb!

Kalo korang nak study apa itu tone excel, cuba2 lah jenguk link di bawah ye:

Klik disini -->  Tone Excel

Ok lah, itu shj coretan buat masa ini..insyaAllah jumpa lagi dlm entri yg seterusnya.

Wassalam..

Wednesday, 24 December 2014

Skill Skala @ Saving - Emas dan Ar-Rahnu



Assalamualaikum..

Alhamdulilah, disini ingin berkongsi sedikit tentang ilmu simpanan emas - skill skala by Tok Belagak.

Pandangan saya yg naif ini, skill ini secure jika dibuat mengikut kaedah dan disiplin yg betul - sama ada utk saving @ juga utk jual beli secara berkala.

Nilai gram di atas sebagai cth. Jika tak mampu beli 5 @ 10 gram setiap bulan, belilah sekadar termampu cth gold bar 1 gram atau cincin. Banyak dalam pasaran online sekarang dan harganya jauh lebih murah berbanding dari kedai emas. Nasihat saya juga lebih baik membeli secara COD atau jika yakin dengan penjual boleh membeli secara kiriman pos.

Baiklah, jom kita studi sikit2 graf kt atas. 

Jika dilihat pada jadual tu, bulan 1 hingga ke-5 kita hanya ambil 50% daripada nilai marhun ar-rahnu.

Cmne nak kira nilai marhun ye..ok cthnye begini. 
Andaikan kita ada 10gram dan rujuk pada nilai ar-rahnu utk emas 999.9 @ 24.0k pada 24-12-2014

HARGA PASARAN BARANG KEMAS PADA 24-12-2014
KARAT% EMASHARGA SEMASA (RM)
24.0K99.99151.48
22.8K95.00143.91
22.0K91.60138.86
21.0K87.50132.55
20.0K83.50126.23
18.0K75.00113.61

Nilai marhun (ar-rahnu) yg kita layak ambil 75% (0.75) daripada nilai harga semasa.

10gram x RM151.48 x 0.75 = RM1,136.10

Tapi spt kita bincang di atas, utk bulan 1-5 hanya ambil 50% shj so...

10 gram x RM151.48 x 0.50 = RM757.40 - simpan @ boleh dijadikan modal utk pembelian bulan seterusnya

Upah simpan sebulan: (10g x RM151.48)/100 x 0.70 = RM10.60

* Dalam masa yg sama, boleh promote @ menjual barang di dalam ar-rahnu tersebut. Ambil gambar siap2 termasuk ukuran berat, panjang dll sblm masuk ar-rahnu. 
* Jual mengikut harga pasaran semasa 

Ok, apa jadi jika anda tidak ingin menjual barang yg di dalam.

* Anggap nilai marhun masih sama (utk tujuan pemahaman). 
In reality nilai marhun berubah setiap hari.

Pada bulan ke-6, anda naikkan nilai marhun pada 55% (0.55);

10 gram x RM151.48 x 0.55 = RM833.14

Tebus barang bulan 1 tadi, RM757.40 + (RM10.60 x 5 bulan) = RM810.40 (ada baki RM22)

Ar-Rahnukan semula pada nilai marhun 55% = RM833.14 - simpan @ buat modal utk pembelian seterusnya.

Utk bulan ke-7, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-2.
Utk bulan ke-8, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-3.
Utk bulan ke-9, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-4.
Utk bulan ke-10, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-5

Salah satu kelebihan skala ini, upah simpan sudah dapat cover setiap kali anda naikkan nilai marhun.

Secara puratanya akan ambil masa 2 1/2 tahun utk lengkapkan cycle sehingga nilai marhun 75% dan ketika ini anda akan rasa terkejut dengan nilai saving + gram emas anda dalam ar-rahnu.

Then, boleh lah reset game. Jual emas anda dalam ar-rahnu mengikut harga semasa @ pasaran.

Dalam tempoh itu juga anda boleh menjual brg2 dalam ar-rahnu. Ikut mood anda utk menjual.

Ok, rasanya itu sahaja perkongsian buat masa ini.
Mudah2an memberi sedikit ilmu dan pemahaman dlm skill skala ini.

Ada masa nanti kita cerita skill lain pulak, insyaAllah.

Wallahualam

Thursday, 30 October 2014

Pesan Sifu - Ilmu Perniagaan

Assalamualaikum...

Sedikit ilmu utk di kongsi bersama. .

PESAN SIFU 

Bila kita menjalankan perniagaan ini. .kita seharusnya bantu level 1 kita sendiri utk jadi seperti kita..bantu bermaksud..kita mendidik dan mengajar segala teknik dan ilmu yg ada supaya level 1 kita menjadi seperti kita. Bentuk mereka..jadikan mereka leader bg group mereka sendiri..hargai mereka.


Tetapi dlm mengajar dan mendidik serta membentuk itu..kena terapkan kiasan ini...di ibaratkan seperti..kita menyuruh anak melukis..di beri pensil dan kertas..suruh lukis gambar kucing...biarkan mereka melukis dahulu. .kalau mereka belum melukis lagi dan mengeluh..kita x semena mena pergi lukis gambar kucing...maknanya..anak kita x qkan dpt belajar bagaimana utk melukis. Biar mereka lukis..apa yg mereka x tau..kita gambar. Jangan biarkan anak anak bergantung terus kepada kita hanya utk melukis. Didik dan bantu sahaja.

Begitulah dlm bisnes rangkaian ini. Terapkan ilmu...level 1 kena belajar..teknik dan cara tackle pelanggan..apa yg x tau..maklumkan pada upline..buar upline bantu apa yg boleh. .jgn kita terus terusan minta bantuan..sekurang2nya ilmu yg kita dpt...masalah yg kita dpt..jadikan sebagai pegangan.
Seronok x seronoknya buat bisnes nie. .apa bila melihat rangkaian dan komisen semakin membesar...rasa mcm x logik pula gaji naik mendadak dadak...sampai terpikir pikir kenapa x buat lagi dulu.? Ingat..bantu level 1 anda..lahirkan mereka sebagai leader.

Leader yg hebat bukan datang dari berapa byk dia taja sebulan. .tetapi berapa ramai leader leader yg hebat lahir di bawahnya. Setapak anda membantu rakan rakan di bawah anda..sebenarnya anda sudah dua tapak lagi ke hadapan.

Cuba lihat...setelah sebulan atau 2 bln join..bagaimana kenaikkan gaji kita. ? Masih di takuk yg sama.?
Jgn give up..jgn mengalah...teruskan menaja dan lahirkan lagi manusia seperti kita. In sha Allah...allah akan pandang usaha kita.
Bantu rakan rakan utk keluar dr kesusahan...kebebasan kewangan..=)
Wallahualam..

Wednesday, 21 May 2014

Waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum,

Ya-Allah..dah lama tak update blog ku ini. Sori ye, sedang mengkaji sumthing sebulan dua nie, so terlebih fokus kt sana plak..=)

Nway, terima kasih kepada yg masih sudi membaca coretan diruangan tidak seberapa ini.

Ok, kali ini ingin berkongsi sedikit waktu-waktu doa yang mustajab. Erm..sememangnya kita tahu doa itu adalah senjata orang mukmin so pastikan kita gunakan senjata itu dengan sebaiknya.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Mu'minun (ayat 60):


Mintalah kepada Allah s.w.t, nescaya akan diperkenankan. Sama ada cepat atau lambat, Allah lebih Maha Mengetahui yang terbaik utk hamba-Nya. Juga jika tidak diberikan di dunia, pastinya nikmat yang lebih besar menanti di akhirat yg kekal selamanya.

Baiklah berbalik kepada tajuk iaitu waktu-waktu doa mustajab, saya kongsikan sedikit utk panduan dan manfaat bersama, insya Allah.

1. Dipertiga malam hingga ke waktu sahur.

Iya, setiap pertiga malam hingga ke waktu sahur Allah s.w.t akan turun ke langit yg paling rendah utk mendengar doa dan permintaan hamba-Nya. Ketika manusia sedang lena diulit mimpi, usahakan diri untuk bangun dan bersolatlah malam. Panjatlah doa dan puji-pujian kepada-Nya.

2. Antara waktu azan dan iqamat;

Erm..ambillah peluang utk berdoa ketika ini. Walaupun jangka masa waktu ini adalah singkat namun pastinya antara waktu yg mustajab utk berdoa.

3. Ketika bersujud di dalam solat.

Masyallah..inilah waktunya kita paling hampir dengan Maha Pencipta, iaitu ketika sedang bersujud di dalam solat. Mintalah kepada-Nya ketika sedang bersujud, merendahkan diri sehina-hinanya sebagai hamba.

Namun, berdoa dalam hati ye. Jangan terkeluar lafaz di mulut, terbatal pula solat kita nanti..=)

4. Waktu Dhuha

Waktu Dhuha juga antara waktu yg mustajab berdoa. Sebaiknya berdoa selepas menunaikan solat sunat waktu Dhuha. Rahsia solat sunat Dhuha ini amatlah besar (boleh try google sendiri) ..^_^ dan pastinya kita sering mengaitkan Dhuha ini dengan kurniaan rezeki daripada Allah s.w.t. Terdapat doa khas yang diajarkan utk diamalkan selepas solat sunat Dhuha tersebut.


Ok, insyaAllah sama-sama kita amalkan..^_^

Iklan sat, pernah dengar berkenaan amalan 5D?

- Dhuha
- Doa
- Dagang (berniaga)
- Dzikir
- Derma

Peganglah amalan tersebut, insyaAllah dimurahkan rezeki kita di dunia dan juga mendapat manfaat di akhirat. Jika ditanya kepada hartawan-hartawan yang berjaya, pastinya antara rahsia mereka adalah mengamalkan 5D ini.

Jika tidak dapat diamalkan semuanya, peganglah satu atau dua amalan tersebut dalam kehidupan harian dan teruskan dalam beristiqamah.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat masa ini.
Insya Allah kita bertemu dalam entri seterusnya.

Wassalam..

Sunday, 23 March 2014

Kepentingan Aktif dan Pasif Income

Alhamdulilah..

Syukur kepada Allah masih diberi peluang dan ruang untuk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Baiklah rasanya hari ini ingin menulis berkaitan tajuk kewangan pula. Sudah agak lama saya tidak menulis berkaitan kewangan, last menulis berkaitan kewangan pada 23 Dec 2013 dgn tajuk saving for ur future!

Ok, disini hanya ingin membincangkan dan memahami 2 cara untuk menjana pendapatan iaitu pendapatan aktif dan pasif. Rata-ratanya sudah arif dengan maksud kedua-duanya cuma kali ini kita refresh sahaja.


Pendapatan aktif:

Pendapatan berdasarkan masa kita bekerja dan kebanyakan kita menjana pendapatan daripada sumber ini. Mengikut statistik dalam 85-90% kita adalah golongan makan gaji dimana kita bekerja selama sebulan mengikut polisis syarikat dan dihujung bulan kita akan mendapat gaji bulanan. Sekuat mana kita kerja dalam bulan itu, bayarannya adalah tetap sama mengikut polisi dan perjanjian antara kita dan syarikat. Namun sebagai umat Islam, pekerjaan itu adalah amanah yg perlu dijalankan dengan sebaiknya dan merupakan satu ibadah jika niat dan perbuatan kita mengikut syariat , insyaallah..

Pendapatan pasif:

Pendapatan pasif ini adalah usaha yg kita buat sekali atau hanya beberapa kali namun ia terus menjana pendapatan untuk kita secara berterusan. Pelik tapi benar, dan hanya 10-15% dari golongan kita yang mempraktikkan cara ini dalam kehidupan. Dan rahsia kekayaan sebenar bagi golongan yang memberi perhatian kepada pendapatan pasif ini bukanlah dari segi wang ringgit sahaja namun kebebasan dari segi masa dan tenaga mereka. Mereka dapat meluangkan masa yg berkualiti dan wang untuk keluarga, memberikan kemudahan dan keselesaan yg terbaik untuk keluarga, dapat membantu rakan-rakan dan juga ummah islam secara amnya dan beberapa lagi kelebihan ada pada golongan ini.


Jadi tepuk dada,tanyalah iman dan hati nurani anda..bottom of your heart..=) Sejauh manakah anda sudah memberikan perhatian kepada perkara ini. Berapa peratuskah pendapatan anda mengikut aktif dan pasif ini.

Jadi sebagai pembaca dan golongan yang bijak, anda akan mula bertukar amalan dan pemikiran anda daripada bergantung kepada aktif, mula berubah dan memberi perhatian kepada pasif.

Ingat, pastikan ianya tidak menganggu jadual kerja hakiki anda kerana anda perlu menjaga reputasi dan prestasi kerja anda. Rancang dan berikan masa dengan sebaiknya bagi kedua-dua pendapatan aktif dan pasif ini.

Bagaimana nak menjana pendapatan pasif? Banyakkan membaca, cari dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, cari mentor yang berjaya, gunakan teknik dan kaedah insan yang berjaya..insyaallah pasti ada jalannya.


Yang penting sekali, sentiasa memohon kepada Allah supaya dibukakan jalan dan pintu rezeki buat kita sebagai hamba-Nya. Kadang-kadang Allah nak beri jalan dan rezeki kepada kita tidak semestinya di pejabat atau bilik seminar sahaja, ia juga boleh berlaku di tepi jalan, ilham daripada sesuatu peristiwa, atau mungkin di kedai kopi ketika sedang minum sambil bersembang dengan sahabat atau kenalan.

Salah satu doa untuk memohon sumber rezeki yang tidak disangka-sangka; sebaiknya diamalkan ketika berdoa selepas bersolat.


Baiklah, rasanya itu sahaja perkongsian buat kali ini. Insyallah, ada kesempatan kita bertemu lagi dalam entri seterusnya.

Wassalam..

Sunday, 12 January 2014

Liveband Kalimaya + DJ Karaoke - Melaka area

Assalamualaikum,

Just nak tlg promote kepada kenkawan yg berminat utk menggunakan khidmat liveband + DJ karaoke bagi majlis kahwin atau seumpamannya.

Buat masa ini cover area Melaka shj.

Band mereka dikenali sebagai KALIMAYA. Terdiri daripada 6 orang line-up.
Diketuai oleh drummer mereka a.k.a Along

Bermula 2014 ini, pakej mereka akan termasuk sekali DJ dan set karaoke utk diselang-selikan bersama persembahan liveband.

Satu tawaran yg cukup hebat..dan pastinya harga yg diberikan berpatutan.

                         
Band Kalimaya sedang beraksi

                         
Photoshoot bersama pengantin sebagai kenangan;
Along yang paling kanan sekali, yg pegang stick drum







DJ yg akan mengiringi sesi karaoke disamping liveband mereka

Jika berminat atau ingin mengetahui lebih lanjut..bolehlah menghubungi melalui call, sms @ whatsapp:

1. Along (Kalimaya) : 017-3584692
2. Zam (DJ) : 013-3888637

Ok, TQ..

Peace no war..=)

Sunday, 18 August 2013

PA System, DJ & Set Karaoke

Assalamualaikum,

Pihak kami ada menawarkan kepada yg berminat membuat tempahan set PA system, beserta DJ atau set karaoke bagi majlis spt: majlis kahwin, bertunang, open house, aqiqah anak, ceramah, atau majlis yg sewaktu dgnnya...

Buat masa ini cover area Melaka shj.


Bagi sebarang tempahan, pertanyaan atau ada sebarang kemusykilan, bolehlah menghubungi melalui call, sms, whatsapp, atau fb spt dibawah:

Mohd Shafizam Bin  Abd Latif

Phone: 013-3888637 ( call, sms, whatsapp)
Facebook: https://www.facebook.com/mohdshafizam.abdlatif

Antara majlis yg pernah kami bekerjasama antaranya:

1. Hari Keluarga Telekom Malaysia Melaka, A'Famosa Waterworld




2. Majlis Perkahwinan - kolaborasi bersama DJ Naz


3. Malam Akustik - Selamatkan Gaza di Kaizen Music Studio



Ok, itu di antara rentetan peristiwa kami dlm 2 tahun kebelakangan ini. Moga kami akan mencipta sejarah baru seterusnya bersama tuan2.

Sebarang pertanyaan akan kami cuba layan dgn segera dan sebaik mungkin.
Yang baik itu dari Allah dan yg buruk itu atas kelemahan saya sendiri sbg manusia biasa.

Wassalam.