Social Icons

Pages

Wednesday 30 April 2014

Happy Anniversary - thanks for everything

Assalamualaikum,

Alhamdulilah..masih diberi kesempatan utk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Dan terima kasih juga kepada sahabat yg sudi singgah dan membaca diruangan tidak seberapa ini.


Tanggal 30hb April 2011, alhamdulilah 3 tahun sudah berlalu dan tanggal itu memberi makna yg mendalam dan memori yg indah dalam hidup yg sementara ini.

Iya, itulah tarikh akad secara sahnya Suryati binti Mohamed Nor menjadi isteriku dunia dan akhirat. 

Erm..benar kata orang tua-tua, kehidupan berumahtangga ini penuh dengan hikmah dan mematangkan kita sbg insan.

Dan syukur kepada Allah apabila dikurniakan seorang isteri yg amat memahami dan sanggup berkorban untuk suaminya.

Sbg cth tahun pertama perkahwinan kami sebagai weekend husband n wife. Memang tinggi cabarannya, kepada sahabat yg ada pengalaman tersebut pasti memahaminya. Apatah lagi jika kedua-dua sudah memiliki kerjaya serta persekitaran yang baik dan stabil. 

Iya, itulah antara pengorbanan besar yg dilakukan oleh isteriku dan pastinya akan dikenang. Sanggup mengorbankan kerjaya utk berada di sisi suami dan kami yakin bahawa rezeki Allah s.w.t terhadap hamba-Nya ada di mana-mana.

Dan, alhamdulilah..doa kami dimakbulkan dan apabila duduk bersama, keberkatan berumahtangga itu lebih di rasai. Kini isteriku telah memiliki kerjaya yang baik di tempat baru dan banyak lagi rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t tanpa disangka-sangka. Alhamdulilah..=) 

Dikesempatan ini, just nak wish kepada isteriku tersayang, happy 3rd anniversary utk perkahwinan kita dan mudahan diberi keberkatan till jannah..=)


Bersama cahaya mata pertama. 
Insya Allah, jika diberikan rezeki akan bertambah lagi ahli keluarga kami tahun ini..=)

Rasanya itu sahaja coretan buat masa ini.
Moga bertemu lagi dlm entri seterusnya.

Wassalam..

Saturday 26 April 2014

Berseminar - Tambah Ilmu

Assalamualaikum..

Waa, macam tak sangka plak ye. First outside seminar aku selain dari seminar @ kursus melibatkan kerja.
Di hari sabtu, cuti weekend plak tue..he2 =)

Erm..seminar pasal ape ye? Cukuplah sekadar memberitahu utk menambah ilmu pengetahuan dalam perjalanan kehidupan di dunia ini.


Kerana apa pentingnya?

Jika anda kemahuan utk memajukan diri, pastinya pelaburan pertama kita adalah dengan menambah ilmu pengetahuan. Dari situ barulah kita kembangkan kepada perkara-perkara lain yang kita hajati. Insyallah..=)

Kerana dengan ilmu, pastinya langkah lebih yakin dan ada halatuju yg dituju lebih jelas.
Ini juga sebagai inside motivation dalam diri.

Yeah, itu sahaja nak share..maybe sebab teruja..=)

Ok, sekian..wassalam

Saturday 19 April 2014

9 mimpi Rasulullah s.a.w


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan”

1-Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2-Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3-Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4-Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5-Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6-Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka dengan MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA membolehkan dia menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku.

7-Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8-Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9-Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu terbentenglah muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sabda Rasulullah SAW yang mulia, “sampaikanlah pesananku kepada umatku yang lain walaupun dengan sepotong ayat”

Monday 7 April 2014

Tinggalkan Jejak Anda

Assalamualaikum,

Jika anda singgah di blog ini, "Tinggalkan Jejak Anda" diruangan disediakan..=)


Sudah menjadi kebiasaan blogger akan sering blogwalking (bw) ke blog-blog yg lain kan. Mungkin utk mencari, berkongsi idea ataupun mencari maklumat-maklumat tertentu yg diperlukan.

Malah sahabat-sahabat yg lain yg bukan blogger juga boleh tinggalkan jejak anda dan menyapa di ruangan tersebut.

So, tinggalkan jejak anda di sini..insyallah saya akan membalas kunjungan semula ke blog anda bagi yg tinggalkan link anda.

Dan sambil menyinggah itu, pastinya kita akan menabung sekali di blog kawan-kawan blogger yg lain.
Ya, memang dah tertanam sifat brotherhood dalam jiwa antara blogger..saling bantu-membantu utk meningkatkan ekonomi sesama blogger..=)

Ok, just nak share berkaitan perkara tersebut sahaja. So, rajin-rajinkan diri anda utk meninggalkan jejak di ruangan ini.

Insyallah, moga bertemu lagi dalam entri seterusnya.

Wassalam.

Friday 4 April 2014

Soalan Di Padang Mahsyar

Assalamualaikum, 

Alhamdulilah, masih diberi kesempatan utk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Dan jutaan terima kasih juga kepada sahabat yg sudi singgah di ruangan ini.

Baiklah, di sini hanya ingin berkongsi kandungan khutbah Jumaat tengahari tadi dan pastinya sedikit sebanyak meninggalkan kesan utk kita fikirkan dan hayati:

Soalan Allah Kepada Hamba-Nya di Hari Akhirat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Setiap hamba pada hari Kiamat tidak akan mengorak langkah ke mana-mana selagi belum selesai disoal tentang empat perkara:

Pertama: Tentang bagaimana umurnya dihabiskan sewaktu di dunia dahulu? 

Kedua: Masa remajanya, bagaimana ia menghadapi ujian di masa remajanya? 

Ketiga : Dari mana hartanya diperolehi dan bagaimana dia membelanjakan hartanya? 

Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?" 

(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)

Apabila mengetahui tentang soalan Allah s.w.t di padang mahsyar nanti, adakah iman dan amal kita setakat ini mampu menjawab semua soalan tersebut. Tepuk dada tanyalah iman kita.

Dan pastinya sebelum kita menghadapi sesuatu ujian tersebut, kita akan membuat persediaan sebaik mungkin utk lulus dgn cemerlang dan mampu menjawab sebaik mungkin.

Nabi Muhammad s.a.w telah diutuskan sebagai pemberi peringatan dan menyampaikan kpd kita apakah persediaan utk menghadapi soalan di akhirat nanti. 

Dan seluruh umur kita di dunia ini adalah medan utk beribadah, menuntut ilmu, beramal dan membuat segala persediaan-persediaan tersebut.

Ayuhlah, mari buat persediaan yg terbaik utk diri kita di dunia ini..=)

Semoga bertemu lagi dlm entri seterusnya.

Wassalam..

Wednesday 2 April 2014

Laluan Zuhud Bagi Insan

ZUHUD 1

- Meninggalkan segala perkara dan perbuatan yang haram 
- Kekalkan diri dalam suasana kehidupan yang serba halal atau patuh syariah.

ZUHUD 2

- Meninggalkan segala perkara atau perbuatan yang berlebih-lebihan seperti di dalam makanan, pakaian walaupun ianya yang halal.
- Amalkan sikap jimat cermat dan perbelanjaan berhemah serta mengeluarkan sebanyak mungkin sedekah di sepanjang hayat.

ZUHUD 3

- Meninggalkan segala perbuatan dan pekerjaan yang melalaikan diri daripada ingat pada Allah.
- Dengan mewujudkan perhubungan intim bersama Allah Swt di sepanjang masa dan di dalam semua keadaan.

Mengapa 3 laluan?

- Kerana kita sentiasa ada pilihan dan bukan semua orang mampu untuk mengamalkan ketiga-tiganya.
- Jika salah satu dari 3 laluan itu mampu diamalkan, kita sudah makin menghampiri ZUHUD, insyaallah.. 

Wassalam..=)