Social Icons

Pages

Wednesday 30 April 2014

Happy Anniversary - thanks for everything

Assalamualaikum,

Alhamdulilah..masih diberi kesempatan utk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Dan terima kasih juga kepada sahabat yg sudi singgah dan membaca diruangan tidak seberapa ini.


Tanggal 30hb April 2011, alhamdulilah 3 tahun sudah berlalu dan tanggal itu memberi makna yg mendalam dan memori yg indah dalam hidup yg sementara ini.

Iya, itulah tarikh akad secara sahnya Suryati binti Mohamed Nor menjadi isteriku dunia dan akhirat. 

Erm..benar kata orang tua-tua, kehidupan berumahtangga ini penuh dengan hikmah dan mematangkan kita sbg insan.

Dan syukur kepada Allah apabila dikurniakan seorang isteri yg amat memahami dan sanggup berkorban untuk suaminya.

Sbg cth tahun pertama perkahwinan kami sebagai weekend husband n wife. Memang tinggi cabarannya, kepada sahabat yg ada pengalaman tersebut pasti memahaminya. Apatah lagi jika kedua-dua sudah memiliki kerjaya serta persekitaran yang baik dan stabil. 

Iya, itulah antara pengorbanan besar yg dilakukan oleh isteriku dan pastinya akan dikenang. Sanggup mengorbankan kerjaya utk berada di sisi suami dan kami yakin bahawa rezeki Allah s.w.t terhadap hamba-Nya ada di mana-mana.

Dan, alhamdulilah..doa kami dimakbulkan dan apabila duduk bersama, keberkatan berumahtangga itu lebih di rasai. Kini isteriku telah memiliki kerjaya yang baik di tempat baru dan banyak lagi rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t tanpa disangka-sangka. Alhamdulilah..=) 

Dikesempatan ini, just nak wish kepada isteriku tersayang, happy 3rd anniversary utk perkahwinan kita dan mudahan diberi keberkatan till jannah..=)


Bersama cahaya mata pertama. 
Insya Allah, jika diberikan rezeki akan bertambah lagi ahli keluarga kami tahun ini..=)

Rasanya itu sahaja coretan buat masa ini.
Moga bertemu lagi dlm entri seterusnya.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment