Social Icons

Pages

Wednesday 2 July 2014

Madrasah Ramadhan Al-Karim

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, bulan Ramadhan tiba lagi dan bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk menikmati bulan yang penuh indah dan barakah ini.

Baiklah, tajuk ini pernah saya kongsikan dalam bulan Ramadhan tahun lepas..juz nak refresh sahaja tentang hikmah dan kenapa bulan Ramadhan dipanggil madrasah @ dalam bahasa mudahnya 'sekolah'..iaitu tempat kita belajar dan menuntut ilmu @ bulan mendidik diri dengan sifat-sifat yg baik & mulia.


Ok, antara point yang kita perlu faham mengapa Ramadhan adalah madrasah @ tempat kita mendidik dan mempersiapkan hati untuk bulan-bulan seterusnya selepas Ramadhan:

1. Amalan bersahur ---> bangun untuk solat Subuh

Iya, amalan bersahur sangat dituntut bagi orang yang berpuasa kerana di dalam bersahur itu penuh dengan keberkatan. Jika kita melihat waktu sahur itu sendiri, waktu imsak kebiasaannya 10 minit sblm masuk waktu Subuh. Jika kita boleh bangun untuk bersahur setiap hari di dalam bulan Ramadhan, ini bermakna kita juga mampu bangun pada waktu yang sama untuk bulan-bulan seterusnya untuk menunaikan ibadah solat Subuh tepat pada waktunya. Ini adalah antara madrasah Ramadhan yang perlu kita hayati dan fahami.

2. Amalan membaca Al-Quran --> bertadarus dan khatam Al-Quran

Sudah menjadi kebiasaan pada bulan Ramadhan, ramai yang ingin mengejar kelebihan membaca Al-Quran pada bulan ini dengan bertadarus dan khatam Al-Quran. Jika pada bulan ini, kita mampu untuk membaca setiap hari dan khatam sekurangnya sekali, maka ini juga bermakna amalan ini boleh di bawa untuk bulan-bulan yang seterusnya dengan sekurang-kurangnya membaca 1 helai @ 1 mukasurat sehari.


3. Amalan Bersedekah ---> sunnah Rasulullah s.a.w

Menurut riwayat dan hadis-hadis Sahih, Rasulullah s.a.w itu seorang yang pemurah, pada bulan Ramadhan baginda menjadi seorang yang sangat pemurah. Ia, mungkin akhlak dan ibadah kita tidak sehebat baginda Rasulullah s.a.w, namun sekurang-kurangnya kita cuba mencontohi dan mengikuti sunnah baginda dalam kehidupan kita. Jadi gunakan peluang dan rezeki yang ada untuk bersedekah dan kongsikan bersama mereka yang lebih memerlukan.

4. Qiam di waktu malam ---> Lailatul Qadar

MasyaAllah..di dalam bulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dan pahala ibadah pada malam ini bersamaan dengan 1000 bulan. Iya, itulah malam Lailatul Qadar.
Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memperhebatkan ibadah dan bangun malam (qiammullail) pada 10 malam yang terakhir.  Semoga apa yang dihajati oleh setiap umat Islam ini akan dapat kita merasainya untuk Ramadhan kali ni.

5. Mengawal hawa nafsu --->  syaitan dibelenggu sepanjang Ramadhan

Menurut hadis sahih, apabila masuk sahaja bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu-pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dibelenggu. Jadi ini bermakna sepanjang bulan Ramadhan, tiada syaitan yang akan menghasut kita untuk melakukan kejahatan. Apa yang tinggal adalah hawa nafsu di dalam diri manusia itu sendiri. Maka sepanjang bulan Ramadhan ini, adalah masa terbaik untuk kita belajar mengawal hawa nafsu supaya tidak menguasai diri kita. Antara sifat hawa nafsu yang boleh cuba dikawal spt sifat amarah, boros ketika membeli juadah berbuka, berkata perkara yang sia-sia dll.


Itu adalah antara Madrasah Ramadhan yang boleh kita amalkan dan amalan tersebut boleh di bawa untuk bulan-bulan seterusnya selepas Ramadhan. Banyak lagi perkara boleh dibincangkan namun perkara di atas adalah sebagai contoh.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat masa ini. Semoga berjumpa dalam entri seterusnya.

Selamat berpuasa dan selamat berbuka.

Sambil2 itu rajin2 ler klik iklan nuffnang kt blog saya ini ye..kan amalan sedekah itu dituntut dlm bulan Ramadhan..^_^

Wassalam..