Social Icons

Pages

Wednesday 31 July 2013

Kajian saintifik - Air zam zam

   Seorang Profesor yg bernama Dr. Masaru Emoto yang merupakan pakar tentang air dari Jepun datang ke satu seminar tentang air. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin sekalian. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut, perigi dan bermacam lagi).
 
   Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi samar-samar,  tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar, bertanduk dan sebagainya) rupa yang menggerunkan dan menakutkan.

   Lalu Profesor itu berkata "Banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi".

               Molekul air zam-zam

Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. 

   Lalu profesor bertanya "Siapakah diantara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini".

   Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab "Saya rasa itu adalah sampel air zam-zam". Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air zam-zam. "Kerana air zam-zam adalah air yang paling mulia di dunia ini" Jawab Pensyarah tersebut. Lantas Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air zam-zam."

  Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu di dalam dewan itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata dapat menpengaruhi rupa bentukmolekul-molekul air. Semua hadirin dikehendaki membaca sesuatukepada air mineral masing-masing. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, nampak molekull air membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut yg buncit).

   Bila tiba giliran Ustaz, air tersebut yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau.

Subhanallah, wassalam

sumber: mindahikmah.blogspot.com

Tuesday 30 July 2013

Doa ibu bapa

Merekalah permata hati jiwa dan raga kita dunia akhirat.

Kasih sayang mereka terhadap kita dibawa hingga ke syurga. Ketaatan selepas Allah dan rasulullah adalah kepada kedua ibu bapa.

Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita yg masih hidup atau sedekahkan doa dan al-fatihah bg yg telah meninggal dunia.


Bagi yg telah menjadi ibu bapa, mungkin kita sedari betapa hebatnya pengorbanan dan jasa ibu bapa kita dlm membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa.

Insyallah, wassalam

Al-fatihah buat arwah ayahanda;
Abd Latif Bte Halimah
1956-2013


Di penghujung Malaysia

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, dpt sehari lagi kita bersama di bulan Ramadhan yg penuh mubarakah ini. 

Di sini ingin berkongsi pengalaman saya berada di penghujung semenanjung Malaysia - jeti tg pengelih, pengerang johor.

Masyallah, bila tgk google map memang berada kt hujung Malaysia..seberang sana dh dekat daratan Singapura.



Disini disediakan juga perkhidmatan feri utk ke indonesia. Lokasinya tak berapa pasti coz tak tgk kt kaunter, mgkn boleh refer mr google..=)


Ok,mgkn sahabat juga ada tempat menarik yg ingin dikongsi, boleh tinggalkan pengalaman tuan2 dibhgn comment.

Insyallah,boleh dijadikan panduan kpd sahabat2 yg lain.

Wassalam..




Pasar Ramadhan

Berjaga-jaga di pasar ramadhan.
Kurangkan juadah,tingkatkan ibadah..:-)

Monday 29 July 2013

Amalan bersedekah

Amalan bersedekah sgt dituntut di dlm agama islam kerana rezeki setiap manusia itu ada hak orang lain di dalamnya. 

Islam juga mengajarkan kpd umatnya beberapa amalan utk menyucikan harta spt membayar zakat fitrah, harta, emas, ternakan dan juga amalan sedekah.

Utk kaedah dan penjelasan lebih lanjut, tuan2 boleh rujuk kepada org yg lebih alim dan juga melalui pembacaan kitab dan buku2 ilmiah.

Disini disertakan beberapa petikan ayat al-quran dan hadis berkaitan amalan sedekah atau berinfaq ke jln Allah.

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi) 

Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah
(QS.Al-Baqarah 2:245) 

Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya 
(HR.Muslim) 

Perbanyaklah sedekah, karena di dalamnya terdapat khasiat:

- Menyembuhkan berbagai penyakit.
- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.
- Diselamatkan dari segala keburukan.
- Menenangkan hati dan jiwa.
- Melapangkan rezeki.

Jadi tuan2 sama-samalah kita menyuburkan sifat bersedekah dlm diri, dan jadikan amalan bersedekah sbg tabiat harian kita, insyallah.

Wassalam..

Menutup aurat vs membalut aurat

Assalamualaikum,

Mungkin entri kali ini sudah biasa dilihat dlm laman sesawang atau blog2 yg lain.
Namun sbg manusia atau al-insan memang sudah fitrah dgn kealpaan. 

Jadi di sini ingin mengingati kita sesama insan supaya sama2 menjadi lebih baik disisi Allah.

" dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; danjanganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; danjanganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.."

(Surah an-Nur ayat 31 )


Sama2lah kita memahami perbezaan antara membalut dan menutup aurat. Jika menutup kita tidak tahu apa disebalik hijab tersebut namun jika sekadar membalut, pelbagai fitnah dunia boleh muncul, masyallah.

Sekian perkongsian buat kali ini, semoga bermanfaat. Insyaallah.

Wassalam..




Sunday 28 July 2013

Keutamaan Solat Berjamaah

Umum mengetahui solat merupakan tiang agama. Bagi lelaki muslim, solat secara berjemaah sangatlah dituntut. Nabi sendiri pernah bersabda di dalam suatu hadis bahawa solat secara berjemaah lebih utama berbanding solat secara bersendirian dengan perbezaan sebanyak 27 darjat.

Namun begitu, ramai lelaki muslim di luar sana yang rasanya mengambil mudah akan tuntutan solat secara berjemaah ini. Buktinya, masjid lengang pada hari-hari biasa (terutamanya waktu subuh) dan hanya penuh ketika solat jumaat atau solat hari raya.


Alangkah ruginya orang yang tidak solat secara berjemaah kerana banyak sekali kelebihan solat secara berjemaah yang diriwayatkan dalam hadis-hadis. Salah saut hadis yang menceritakan fadhilat solat berjemaah ialah daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :

Solat seorang yang dikerjakan secara berjemaah pahalanya melbihi solat yang dikerjakan secara bersendirian di rumah atau di pasar dengan perbezaan pahala sebanyak 25 darjat. Yang demikian itu boleh diraih jika dia berwuduk dengan sempurna, lalu keluar menuju masjid yang tujuannya hanya untuk mengerjakan solat. Tidaklah dia melangkah kakinya (ketika menuju ke masjid) melainkan darjatnya akan ditingkatkan dan dosanya akan diampunkan. Jika dia telah mengerjakan solat, para malaikat akan tetap berselawat kepadanya selama mana dia masih berada di tempat solatnya dan belum berhadas. Para malaikat berucap, "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keampunanmu kepadanya. Ya Allah, kasihilah dia". Dan dia akan dianggap mengerjakan solat selama dia menunggu untuk mengerjakan solat.   (Hadis riwayat al-Bukhari).

Rasulullah sangat menekankan solat secara berjemaah. Pernah datang seorang lelaki buta kepada Nabi SAW meminta keringanan untuk solat dirumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, "Adakah engkau mendengar laungan azan ?". Lelaki itu menjawab, "Ya". Nabi kemudiannya bersabda, "Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah)".


Kalau lelaki buta pun Rasulullah SAW menganjurkan supaya bersolat secara berjemaah, inikan pula kita yang celik matanya dan mendengar azan hampir setiap hari. Kekerasan Rasullulah SAW dalam bab solat secara berjemaah ini juga dapat dilihat di dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):

Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat penyayang dan pentingkan umatnya, pernah terlintas untuk membakar rumah mereka yang tidak solat secara berjemaah. Bayangkahlah betapa pentingnya solat secara berjemaah sehingga Nabi SAW sanggup untuk berfikir sedemikian rupa.

Oleh itu, sedarlah wahai sekalian lelaki muslim. Penuhkanlah masjid untuk solat secara berjemaah. Tidak rugi kalau kita berjalan, menaiki motosikal atau kereta untuk ke masjid. Luangkanlah sedikit masa (dalam 10-15 minit) untuk solat di masjid. Insya-Allah, segala usaha kita untuk solat secara berjemaah akan dibalas sebaiknya dengan ganajaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT. 

sumber: http://syedzai.blogspot.com

Memasang meter elektrik dan air

Assalamualaikum dan slm sejahtera,

Ok, rasanya disini ingin berkongsi dgn sahabat2 tentang tatacara dan prosedur bagi pemasangan meter elekrik dan air rumah dibeli dari pemaju atau atas tangan orang lain.

Sebelum ini ada konfius juga pasal perkara ini, so cari kt google n forum yg berkaitan.
Erm, rasanya tak susah nak settlekan perkara just bergantung kepada kita. Kalau cepat kita proses cepatlah settle. Kalau slow n steady, resultnya pun sama..=)

1. Meter Elektrik

Utk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada 2 kategori:

Kes 1: Membeli rumah dari pemaju;

Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara bundle kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dgn TNB terdekat dan minta borang apply meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen spt dibawah:

sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon utk dihubungi (belakang) - 1 copy
deposit pemasangan meter - RM240 (Melaka)
setem hasil - RM10

Kes2: Membeli rumah dari orang lain;

i. Jika kita memohon dlm tempoh 6 bulan atau kurang dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor berlesen. Boleh terus pergi ke TNB dan prepare dokumen spt di atas.

ii. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter lebih dari 6 bulan, kita perlu lantik kontraktor berlesen utk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor berlesen , kita just bayar dan beri dokumen yg diperlukan:

sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon utk dihubungi (belakang) - 1 copy
deposit pemasangan meter - RM240 (Melaka)
setem hasil - RM10
Kontraktor - RM120


* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat utk dptkan contact kontraktor berlesen yg berhampiran.
* Pemasangan meter dlm tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.

2. Meter Air

Utk meter air rasanya lagi mudah. Just pergi terus ke syarikat air negeri yg berhampiran dan dia akan bagi borang utk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah:

sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon - 1 copy
deposit meter- RM100 + pemasangan RM10
setem hasil - RM10

* Pemasangan meter dlm tempoh 3-7 hari bekerja

Ok, rasanya sampai itu aje nak dikongsikan. Mungkin sahabat lain yg ada pengalaman dan cerita tersendiri semasa membuat pemasangan dirumah masing2. Boleh dikongsikan pada bghn comment utk manfaat kita bersama-sama.

Insyallah, wassalam..


  

Masjidil-aqsa yg sebenarnya

aqsaAl-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:

وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:   لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي   متفق عليه، واللفظ للبخاري

Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.

Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

aqsa 1

Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar

Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute. Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.

PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA

Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:

حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM

Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:

1. Lokasi.

2. Sempadan.

3. Qiblah.

4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.

Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.

LOKASI AL-AQSA

Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.

aqsa 2

Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa

PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM

Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:

aqsa 3

BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR

Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.

aqsa 4

Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:

1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.

2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.

3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.

aqsa 5

4. Memang benar Saidina Umar seakan marah dan tidak bersetuju dengan cadangan Ka’ab al-Ahbar mengenai lokasi di mana perlunya dibina bangunan masjid di dalam al-Aqsa. Ka’ab mencadangkan di lokasi Dome of the Rock sekarang. Umar tidak bersetuju kerana lokasi itu adalah lokasi paling suci dalam agama Yahudi, dan keduanya bangunan utama yang menempatkan Imam sembahyang, perlulah berada di tempat paling hampir dengan qiblat/Ka’bah. Maka dibinalah bangunan masjid kecil di selatan sempadan pagar al-Aqsa yang betul-betul dibina oleh nabi Adam menghadap ke arah Ka’bah. Masjid asal yang dicadangkan saidina Umar itu dikenali penduduk tempatan sebagai Jami’ Qibli atau Jami’ al-Aqsa. Adapun sekiranya menyebut al-Masjid al-Aqsa, maka ianya merujuk kepada semua yang berada di dalam pagar sempadan al-Aqsa tadi, termasuklah Jami’ Qibli, Masjid Buraq, pelbagai masjid kecil di dalamnya, beberapa bilik perpustakaan, pejabat dan kelas pengajian, Dome of the Rock, Dome of Ascension, Dome of Chain, tanah lapang, dan lain-lain.

aqsa 6

Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa


KESIMPULAN

1. Al-Aqsa ialah kawasan yang  meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.

3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.

sumber: abidfana.com

Saturday 27 July 2013

Payung Gergasi - Masjid Nabawi

Masjid Nabawi di Madinah merupakan masjid kedua mulia disisi agama islam.

Disini terdapat pelbagai hikmah dan rahmat yg Allah sediakan buat hamba-Nya. Disini juga disemadikan makam Rasulullah s.a.w dan juga sahabat, Abu Bakar as-siddiq r.a dan Umar ibnu al-khattab r.a

Disini ingin berkongsi tentang payung gergasi di masjid nabawi. Ia merupakan satu keindahan seni islam dan juga kehebatan teknologi yg digunapakai pada masjid tersebut.


Disini disertakan beberapa gambar utk tatapan bersama.

       payung gergasi ketika menguncup

            Payung ketika mengembang 



Semoga kita diberi peluang utk menjadi tetamu Allah dan dpt menjejakkan kaki ke tanah suci.

Insyallah,wasslam..

7 nama syaitan dalam al-fatihah

Al-fatihah adalah surah wajib dibaca dlm setiap solat. Maka adalah sgt penting membaca surah tersebut dgn tajwid dan makhraj yg betul, insyallah.


Tanpa kita sedari ada 7 nama syaitan yg terdapat dlm surah al-fatihah. Jika terdapat kesilapan, akan larilah makna bacaan dlm solat kita, naizubillahiminzalik.

Maka wajiblah kita mencari ilmu kerana itu adalah kewajiban dan tuntutan agama islam terhadap umatnya.

Nama-nama syaitan di dlm surah al-fatihah:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

7. AMIN ……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat, MIN..3 harakat.

Semoga kita sentiasa membaiki bacaan dari masa ke semasa, insyallah

Wassalam..moga bermanfaat dan disebarkan kepada sahabat2 yg lain.

Insyallah..

Friday 26 July 2013

Memancing - kolam kalumpang

22hb julai 2013, sabtu yg lepas berpeluang utk mengisi masa lapang dgn aktiviti memancing bersama abg ipar, tunang adik ipar dan 3 org kawan mereka di kolam kalumpang,tg malim perak.

Walaupun agak penat kerana berpuasa tapi tidak mematahkan semangat utk memancing pada petang tersebut.


Sekitar jam 5.30 ptg joran mula dilontar ke dlm kolam mengunakan umpan dedak dan umpan perut ayam.

Spt biasa kolam air tawar,talapia adalah pengacau sejak zaman kurun ke-15 lagi..abis umpan kena ngap ngn talapia nie. Niat dihati dpt laa patin ke, baung ke, jelawat ke..he2. tp simpan juga la boleh buat lauk kt rumah nnti..=)

Yg lain2 nampaknya ade mula mengena..ade yg kena baung, patin, rohu..jgn terkejut haruan pun dapat. 

            Antara mangsa ptg tersebut

Oklah, rasenya itu saje coretan ptg ini. Ade masa insyallah pastu kembali ke kolam ini. Tempatnya bersih, tuannya peramah, ikan pun byk cuma rezeki masing-masing nk kena ke tidak..

Ok,wasslam..


Pasar Ramadhan

Jaga adab dan penglihatan di pasar Ramadhan.

Kurangkan juadah,tingkatkan ibadah.
Insyallah..=)

Thursday 25 July 2013

Ikrar - Doa Iftitah

Doa Iftitah:

               اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.

Masyallah sgt mendalam maknanya, kerana itu merupakan ikrar kita kepada Allah swt, sekurangnya 5 kali sehari setiap solat fardhu.

Jadi utk renungan diri saya n sahabat, marilah kita tunaikan ikrar tersebut dgn sebaik-baiknya.

Moga kita menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan ibadah kita diterima oleh-Nya.

Wassalam..



Dakwah islamiah


Berdakwah walau siapa pun kita di muka bumi Allah..sampaikanlah walaupun sepotong ayat.

Moga usaha dan niat kita diberkati dan mendapat keredhaan Allah..=)

Wednesday 24 July 2013

Duit Raya - ibadah atau budaya

Alhamdulilah, masih diberi nafas dan kesempatan utk berpuasa pada Ramadhan ke-16.

Hanya utk peringatan diri sendiri dan sahabat2.
Amalan duit raya nie ada yg berkata dtgnya dari budaya bangsa cina memberi angpau.

Tidak dinafikan seratus peratus budaya memberi angpau itu budaya bangsa cina tapi...
jgn dilupakan tuntutan agama kita dan pesanan Rasulullah s.a.w supaya bykkan amalan bersedekah kerana dalam rezeki kita itu terdapat hak orang lain.




Jadi anggaplah memberi duit raya itu sbg satu sedekah dan ibadah, insyallah. Moga-moga amalan kita diterima Allah.

Ok sahabat, jgn lupa tukar duit raya awal2. Takut nnti congest ramai nak tukar last minute.
Ada yg tukar beratus2, beribu2 puan ada..maklumlah anak buah, sedara sepupu sepapat ramai dan berkumpul time hari raya. Yg penting ikut kemampuan masing-masing, serta tidak membazir dan membebankan kita kemudian hari.




Pasti seronok melihat keceriaan pada wajah anak2 kecil apabila mendapat duit raya.
Kita pernah melalui zaman itu so..bg peluang adik2 dan anak2 kita pula merasai zaman tersebut..=)

Insyallah, wassalam.






Pesanan buat sahabat

Slmt menunaikan isya dan bertarawikh, moga bersama mendapat keredhaan-Nya

Iftar Ramadhan

Selamat berbuka kepada semua sahabat n muslimin yg berpuasa.

Mudahan2 puasa kita hari ini diterima n mendapat keredhaan-Nya

Blog for mobile

Mudahan-mudahan dgn adanya 'blog for mobile' memudahkan urusan kita utk saling mengingati antara satu sama lain..😊


Tuesday 23 July 2013

Tip-tips Dan Panduan Khusyuk Dalam Solat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Khusyuk Solat
.
Khusyuk dalam solat itu merupakan antara kunci yang penting untuk memberi kesan yang baik secara efektif kepada orang yang mendirikannya. Allah Ta‘ala menggelar mereka sebagai orang mukmin yang berjaya. Allah Ta‘ala berfirman:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”  
(Surah al-Mukminun, ayat 1-2)
.
‘Khusyuk’ ialah hati sentiasa hidup, manakala khusyuk dalam solat adalah menghadirkan hati kepada Allah SWT di dalam solat. Ia merupakan hakikat batin yang sebenar-benar bagi suatu solat. Hakikat zahirnya pula adalah perbuatan anggota seperti berdiri, membaca, rukuk, sujud, duduk dan sebagainya. Kedua-duanya mestilah dilaksanakan dengan sempurna.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam:

الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ وَتَمَسْكَنُ…… (رواه الترمذي)

“Solat itu dua-dua rakaat, terdapat tasyahhud pada setiap dua rakaat, kekhusyukan hati, bersungguh-sungguh memohon dan merendah diri serta ketenangan hati……..” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
.
Melihat kepada kepentingan khusyuk dalam solat, maka dikemukakan di sini sebahagian tip atau panduan yang boleh diguna-pakai sebagai panduan ke arah perlaksanaan ibadat solat yang khusyuk.
Untuk mendapatkan khusyuk dalam solat hendaklah sentiasa membuat persediaan awal yang rapi dari aspek fizikal dan rohani. Persediaan tersebut sebenarnya bermula di luar solat, sebelum seorang itu mendirikan solat.
.
.

Tips Dan Panduan Khusyuk Solat

Perkara-perkara berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap mukmin bagi mengekalkan solat yang khusyuk:

.

1. SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT:

.
i)  Menjaga makanan, minuman dan pemakaian.
Khusyuk itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain hendaklah datang dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.”  (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
ii)  Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.”(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 .
iii)  Wudhuk yang sempurna
Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan solat juga terletak kepada kesempurnaan wudhuk.
Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.”  (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
.
iv)  Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
.
v)  Jangan solat dalam keadaan lapar.
Sebolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan solat.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
.
vi)  Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “…dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
.
vii)  Pilih tempat solat yang menenangkan

Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat.
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan solat di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma: “Bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menegah mendirikan solat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.”  (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
.
iix)  Gunakan Sejadah Tidak Mengganggu
Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Saidatuna ‘Aisyah RadhiAllahu ‘anha bahawa Nabi ShallAllahu ‘alaihi wasallam pernah mendirikan solat di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan, lalu Baginda bersabda: “Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran.” (Hadits riwayat Muslim)
.
ix)  Pastikan tiada gangguan
Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah RadhiAllahu ‘anhu: “Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang solat.”  (Hadits riwayat Abu Daud)
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati dari khusyuk ketika mendirikan solat.
Tersebut di dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat solatnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
.
x)  Solat Di Awal Waktu
Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
.
.

2. KETIKA HENDAK MENUNAIKAN SOLAT

.
i)  Azan dan iqamah
Kumandangkan Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
 .
ii)  Lakukan Solat Secara Berjemaah
Berusahalah melakukan solat secara berjemaah kerana iaadalah suatu tuntutan dan syi‘ar agama Islam. Selain pahala solat berjemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang solat berjemaah itu akan memperolehi kekhusyukan ketika bersolat dan terselamat daripada perkara yang lagha dan boleh melalaikannya.
.
iii)  Menghadirkan Hati.
Maksudnya ialah sebelum mendirikan solat kosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat solat yang dikerjakan.
Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan solat supaya dia masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
.
iii)  Mengingatkan Mati
Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah amat hampir dengan kita dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup kita dan perlulah dijadikan yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Hatim al-Asham RadhiAllahu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya tentang solatnya, beliau beliau menjawab: “Apabila tiba waktu solat aku menyempurnakan wudhuk dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan solat. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan solatku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka solat ini adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada solatku diterima atau tidak?”
.
iv)  Membaca Zikir
Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan.
Umpamanya seperti membaca:
a.)  Surah an-Nas
b.)  Ta‘awudz
c.)  Tahlil:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

“Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
d.)  Zikir:

امنا با الله و برسوله

 “Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.”
.
v)  Berusaha Melawan Gangguan Syaitan
Antara tipu daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa solat. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu boleh menjadi ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan solat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.”  (Hadits riwayat Muslim)
.
.

3. KETIKA MENUNAIKAN SOLAT

.
i)  Meneliti Dan Memahami Bacaan Solat
Meneliti bacaan-bacaan dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam solat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
.
ii)  Merendahkan Diri
Salurkan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan tempoh masa rukuk dan sujud.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim)
.
iii)  Mengagungkan Allah SWT
Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam solat. Timbulkan Rasa Malu (Haya’) iaituperasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
.
iv)  Menghindari Dari Memikirkan Hal Keduniaan
Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
.
v)  Tumpuan Penuh Pada Solat
Segala perhatian dalam solat itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali. Rukun-rukun solat perlu dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih) sambil menyedari bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan solat itu.
.
vi)  Mengurangkan Pergerakan Anggota Badan
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
.
vii)  Sentiasa Melihat Tempat Sujud
Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
.
iix)  Lakukan Solat Dengan Thuma’ninah
‘Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi‘li’ (perbuatan) di dalam solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “سبحان الله” (SubhanAllah).
Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda: “Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua solat kamu.”  (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
.

PENUTUP

Begitulah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat. Memang tidak dinafikan, terdapat setengah orang masih tidak mampu memperolehi khusyuk di dalam solatnya walaupun dengan mengamalkan bermacam-macam tip atau panduan.
Yang penting tidak mudah berputus asa dan sentiasalah gerakkan diri kita berusaha untuk mendapatkannya. Jangan lupa juga untuk banyak-banyak memohon doa kepada Allah Ta‘ala supaya dikurniakan kepada kita hati yang bersih dan khusyu‘ dalam beribadat kepadaNya.
Orang-orang yang takut kepada Penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah SWT:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿٤٦

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”
(Surah Al-Baqarah : ayat 45-46).
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

Sumber: shafiqolbu.wordpress.com