Social Icons

Pages

Monday 22 July 2013

Madrasah Ramadhan

Ramadhan kareem

Alhamdulilah..hari ini masuk Ramadhan yg ke-13..berjaya kita harungi nampaknya kem rohani yg Allah wajibkan kepada kita hamba-Nya..

Topik ini mungkin sudah biasa kita dengar pada sesi kuliah dan tazkirah di tv, surau masjid dll.
Cuma yg penting kita fhm tentang madrasah Ramadhan dan hikmahnya.

Selama ini kita berpuasa kerana tuntutan agama dan menahan diri dari tuntutan nafsu spt mkn,minum, bersembang perkara lagha dll tp sbnrnya byk lagi hikmah jika dikaji pada bulan puasa.

Cth yg kita perlu ambil perhatian dlm hidup kita:

1. Amalan bersahur - jika selama sebulan pada bulan Ramadhan kita boleh bgn bersahur, selepas Ramadhan sepatutnya tiada masalah utk kita bgn awal menunaikan solat subuh.

2. Amalan membaca al-quran - jika dlm bulan Ramadhan kita berlumba2 bertadarus dan khatam al-quran sepatutnya selepas Ramadhan tiada masalah kita meneruskan amalan tersebut. Sekurang-sekurangnya satu muka al-quran setiap hari.

3. Amalan bersedekah - jika bulan Ramadhan kita berlumba2 bersedekah dan memberi makan kepada golongan yg fakir,miskin n anak yatim. Amalan tersebut patut diteruskan selepas bulan Ramadham, imsyallah.

4. Qiam waktu malam - Allah menyembunyikan satu mlm yg besar dlm Ramadhan iaitu lailatulqadar dan kita berusaha mencari mlm tersebut. Amalan qiam boleh diteruskan selepas bulan Ramadhan kerana waktu itu Allah sgt hampir dgn hamba-Nya.

Ok lah rasenya byk lagi hikmah Ramadhan yg boleh dibincangkan lagi disini.
Cuma yg penting kita faham, jika sbg pekerja syarikat akan hantar kita berkursus utk menambah knowledge,skills n softskills dlm tugas harian kita..

Begitu juga Allah telah beri kemuliaan pada bulan Ramadhan utk hamba-Nya mentarbiah diri dan meningkatkan iman dan taqwa utk dipraktiskan dlm mengharungi bulan2 seterusnya..semoga kita bertemu dalam Ramadhan yg seterusnya..insyallah.

Jazakumullahulkhair..=)

No comments:

Post a Comment