Social Icons

Pages

Friday 20 September 2013

Paderi Terpaksa Buka Rahsia





Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Wednesday 18 September 2013

SMART

Assalamualaikum,

Ok, perkongsian kali ini berupa satu lagi prinsip yg boleh diamalkan dalam kerjaya atau kehidupan kita.

Seperti kata ahli bijak pandai, sama ada dlm hidup atau kerjaya must be smart!
Cuma mungkin pemahaman kita berbeza tentang maksud smart ini.

Seperti yg pernah diterapkan dlm diri, smart itu mempunyai maksud dan definisi yg tersendiri, ia merupakan satu kaedah utk kita membuat perancangan, keputusan atau mencari penyelesaian bg sesuatu isu dan cabaran.

S - specific, maksudnya cuba sedetails mungkin. Dlm apa jua situasi kita kena spesifik dan mengenali perkara tersebut. Bila dah tahu dan kenal secara spesifik, lebih mudah utk kita mencari jalan penyelesaian.

M - measureable (boleh diukur), pastikan kita tahu tahap sesuatu isu atau cabaran tersebut.

A - achieveable (boleh dicapai) - seperti kata orang-orang lama, buat apa sekalipun mesti ukur baju dibadan sendiri. Pastikan keputusan dan tindakan di dalam kemampuan kita dan diyakini boleh dicapai.

R - realistic (realistik) - ini antara perkara perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan atau tindakan. Cuba mengambil kira semua faktor, semua pilihan yg ada..then barulah kita ambil yg paling realistik dan sesuai dengan situasi kita.

T - time based (ketentuan masa) - dalam menyelesaikan isu atau cabaran, dateline antara isu kritikal yg perlu dikenalpasti. Juga bila merancang dan membuat keputusan, perlulah ada time based supaya perkara yg kita buat tue smooth dan lancar.

Ok, rasanya itu antara perkongsian buat masa ini.
Jika sudah dipraktikkan dalam hidup, alhamdulilah..mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kita membuat keputusan dan tindakan.

Wassalam..

Karenah Birokrasi

"Saya orang miskin. Terlalu lapar, bantulah saya," rayu seorang wanita yang nampak begitu daif kepada seorang pegawai perbendaharaan negara.

Pegawai yang menjaga perbendaharaan negara merenung wanita itu dari atas ke bawah. "Betulkah awak orang miskin?" tanyanya.

"Betul tuan. Lihat saja tubuh kurus ini. Cuba lihat pula pakaian saya yang buruk ini," balas wanita itu dengan hiba.

"Tapi sekarang ramai penipu, entah-entah awak salah seorang."

"Tidak tuan, tolonglah saya lapar."

Pegawai tersebut mencatat sesuatu di atas kertas. "Baiklah pada dasarnya saya terima aduan awak. Tapi saya akan hantar pegawai khusus untuk menyiasat latar belakang awak."

"Latar belakang saya?" soal wanita itu kehairanan.

"Ya. Awak tahu menulis?"

Wanita itu bertambah hairan. Kemudian dia mengangguk-angguk. "Bolehlah sikit-sikit," balasnya.

"Kalau begitu isi borang ni cepat," suruh pegawai tersebut.

"Tapi saya lapar tuan..."

"Sebab saya nak bantulah awak kena isi borang ni terlebih dulu," balas si pegawai.

Setelah borang diisi dengan keadaan terketar-ketar kelaparan, wanita itu merayu lagi, "Bolehkah berikan saya sedikit makanan?"

"Oh, belum boleh lagi. Kelulusan hanya diberikan apabila pegawai penyiasat selesai membuat laporan yang awak benar-benar miskin. Kemudian laporan itu perlu disahkan oleh ketua perbendaharaan."

"Berapa lama semuanya akan selesai tuan?"

"Terpulang pada keadaan. Jika pegawai penyiasat cepat menyerahkan laporan dan kalau ketua kami cepat membuat keputusan, bantuan akan segera diberikan."

"Bantuan dalam bentuk apa tuan?"

"Itu pihak kewangan pula akan memutuskan. Sama ada diberi dalam bentuk wang atau barang-barang keperluan. Selalunya pihak kewangan akan merujuk pula kepada operasi."

"Operasi?"

"Ya, kami takut bantuan kewangan nanti akan disalahguna. Jadi hal itu memerlukan kepastian yang lebih terperinci."

"Bila agaknya saya boleh dapat makan tuan? Saya sudah tiga hari tak makan apa-apa."

"Ya, saya faham tetapi kita perlu mematuhi kaedah pengurusan."

"Berapa lama lagi tu tuan?"

"Paling cepat seminggu, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan..."

Wanita itu terus berlalu dengan perasaan kecewa dan hampa dengan bermacam persoalan bermain di kepala. Adakah ketika segala urusan bantuan selesai, wanita itu masih hidup untuk memperolehinya?

Tuesday 17 September 2013

Road to Kastel Ganu 2013

Tahun nie kejohanan sukan Telekom Malaysia (KASTEL) 2013 akan diadakan di negeri batu bersurat, Terengganu pada 24hb - 27hb Okt 2013.

Waa, mesti best dan seronok dpt berjalan ke ganu jika terpilih tahun ini. Nampaknya email utk latihan dan pemilihan bagi acara sukan sudah bermula. Erm, semangat nampaknya TM Melaka tahun nie. Arap2 ade lah sinar dpt ranking mcm tahun lepas. Last year Melaka tuan rumah jadi semangat pun tinggi, moga tahun nie membawa semangat yg sama.

 Ok, seperti biasa acara yg aku bleh join training hanyalah bola sepak. Sukan yg aku minat dari sek rendah, menengah, universiti hinggalah kini ke tempat kerja. Mungkin ini je sukan yg betul2 serasi dengan jiwa kot. Lain-lain sukan main juga tapi sekadar boleh main, tak sama mcm main bola.

Satu je yg takut bila nak start turun training nih..masalah pancit dan badan berat.
Erm..1st day training, memang penat dan sesak nafas juga bila dah lama tak berlari atas padang. Nak tak nak, layankan juga penat tue. Kalau tidak memang dah terbaring atas padang..he2.

Tapi biasalah, mula-mula. Hari-hari training insyallah badan boleh adapt keadaan tersebut dan ada perubahan secara tak sedar. Tak sabar nak tunggu 1 bulan lagi..

Ok lah, itu jer nak cerita pasal latihan utk kastel 2013 di ganu. Sebenarnya byk jer sukan-sukan lain mcm hoki, dart, pingpong, bola jaring, takraw, badminton, bola tampat dan lain-lain lagi.

Ape pun semoga tahun nie membawa sinar dan kegemilangan kepada team Kastel Melaka 2013.

Erm, sekadar selingan. Sebenarnya ganu nie ade kisah tersendiri juga dlm hidup aku. Inilah tempat pertama induksi batch aku tahun 2009. Hampir sebulan juga kami berkampung di kolej TMTC Marang sebelum membawa haluan posting ke tempat masing-masing.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat masa ini.

Wassalam.. 

Friday 13 September 2013

JANGAN MENCUBA, LAKUKAN!

Memetik dari perkongsian Datuk Dr Maznah Hamid melalui laman FB nya,

JANGAN HANYA MENCUBA, SEPATUTNYA ANDA PERLU LAKUKAN!

Pada mulanya saya kurang faham dan tidak dpt menerima maksudnya. Setelah dibaca dgn teliti, akhirnya barulah dapat terima dan faham apa yg datuk maznah maksudkan.

Sebenarnya tiada istilah mencuba untuk berjaya. Realitinya kita hanya ada dua pilihan iaitu sama ada lakukan atau tidak. Ini kerana dgn mencuba, kita menjurus diri ke arah kearah kegagalan.

Maksudnya lebih kurang begini,

Ok, sebenarnya ramai antara kita ada idea dan kaedah yg kita ingin lakukan utk mencapai matlamat dlm hidup. Kebiasaan kita akan berkata dalam diri, "erm yg penting aku dah mencuba..kalau tak jadi mungkin dah takdir hidup aku". Inilah yg dimaksudkan apabila dengan hanya mencuba, menjurus ke arah kegagalan.

Kita menganggap dengan mencuba kita sudah berpuas hati walaupun hasilnya belum tentu berjaya atau tidak.
Tetapi yg datuk maznah maksudkan adalah kita mesti lakukan, iaitu kita lakukan dengan sedaya upaya dan capai matlamat tersebut sehingga berjaya.

Saya ulangi sekali lagi, sebenarnya kita tiada pilihan dalam hidup, sama ada lakukan atau tidak kerana itulah resepi kejayaan. Mencuba tidak salah namun jgn terlalu lama kerana hati kita ini mudah goyah dan beralih arah. Takut jika dugaan datang dipertengahan jalan, kita mudah mengalah dan menyerah.

Jadi mulai hari in, apa sahaja yg kita impikan, marilah lakukan sehingga berjaya, insyallah.
Pastinya ia untuk kebaikan diri dan keluarga, dan juga utk bekalan dunia dan akhirat.

Wassalam

Friday 6 September 2013

Keunikan Buah Tamar

Assalamualaikum,

Disini ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang kisah buah tamar @ kurma. Pastinya setiap perkara yg Rasullulah suka dan sayang itu pasti ada hikmah besar di sebaliknya. Begitu juga dgn buah tamar, bila dikaji selidik ada kisah hebat disebalik asal kejadiannya.

Kebenarannya, allahualam..apabila Allah berfirman kunfayakun..maka jadilah sesuatu perkara itu.
Namun disebalik kisah ini, ada hikmah yg perlu kita renungi utk mempercayai atau tidak kebenarannya.


Asal usul kejadian buah tamar adalah daripada lebihan tanah yg Allah s.w.t menciptakan nabi adam a.s.
Maka secara tidak langsung ini bermaksud pokok tamar ini adalah saudara kita. Mari kita lihat dari segi pendebungaan pokok tamar pula ..mungkin boleh merungkai sedikit apa yg dimaksudkan.

Allah menjadikan pokok tamar itu sama seperti kita iaitu pokok tamar jantan dan pokok tamar betina.
Utk mengenali pokok tamar jantan, pohonnya lebih tinggi dan daunnya keras menjulang ke langit.
Manakala pokok tamar betina pula pohonnya lebih rendah dan daunnya melintuk ke bawah.

Ok, bila dah ada jantina maksudnya mesti ada persenyawaan..dalam istilah tumbuhan, proses pendebungaan antara betina dan debu bunga jantan. Mengikut dari sumber, pokok bunga jantan dan betina akan  berbunga setahun sekali iaitu pada bulan februari.

Bagi sebuah kebun, memadai ada beberapa batang pohon tamar jantan berbanding ratusan pohon tamar betina.Ketika musim pendebungaan, tamar jantan akan mengeluarkan debu-debu halus. Utk proses pendebungaan, pekerja-pekerja arab akan mengambil 2-3 ranting bunga jantan yang dan disapu atau di tepuk2 menggunakan tangan pada setandan bunga betina yang terkembang dari tandan nya. Bermaksud utk proses 'persenyawaan' ini perlu dilakukan dengan tangan manusia, tidak boleh dilakukan melalui binatang atau melalui angin. Buah tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak disenyawakan oleh tangan manusia.



Ok, spt diberitahu di atas, dalam satu kebun memadai hanya ada beberapa pohon tamar jantan utk ratusan pohon tamar betina kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan utk proses pendebungaaan beratus pohon tamar betina. Debu yg perlu digunakan utk setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan juga boleh disimpan ditempat kering utk digunakan berulang-ulang selagi debunya masih ada.

Antara keunikan yg Allah anugerahkan kepada buah tamar ialah tidak ada seekor binatang atau burung yg mematuk atau merosakkanya. Ini kerana buah tamar tidak berbau. Lagi satu, ia tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah celsius.Dan pastinya keunikannya kerana persenyawaan dengan bantuan manusia.



Salah satu lagi keistimewaan yg ada pada buah tamar iaitu debu jantannya berbau seperti air mani. Iyup, baun debu jantannya seperti air mani manusia dan kerana itu ia diriwayatkan dicipta Allah daripada lebihan tanah nabi  adam a.s. Kerana itu Rasulullah s.a.w sgt menyukai dan menggemari buah tamar ini, dan sebaik baik buahan yg serasi dgn tubuh badan manusia kerana ia sebahagian daripada kita.

Ok, rasanya itu shj yg ingin dikongsi berkaitan buah tamar. Pastinya ia mengandungi seribu satu khasiat utk kita jika memakannya dan wajar dijadikan amalan selari dgn sunnah Rasulullah s.a.w.

Wassalam..

Kontraktor2..

Wahai kontraktor,

Aku gunakan kepakaran utk membuat kerja yg di dlm bidangmu,

Persetujuan juga telah dicapai hasil rundingan dan sepakatan bersama,

Harga yg dibayar adalah mengikut apa yg dipersetujui dan mengikut kehendak kami sbg customer..

Tapi..

Tak kiralah kontraktor utk ape sekalipun, mengapa kau selalu membuat perkara yg menaikkan darah kami,

Mengapa hasil yg kau buat tidak sama dengan yang kita persetujui,

Kalau bab deposit dan claim memang engkau orang yg pantas sekali,

Memang dalam jiwa aku dah diterap oleh senior2 utk tidak mempercayai mu walaupun sekali, walaupun kau kontraktor apa sekalipun..

Sori, spesifikasi tetap di tangan kami,

Kau salah buat kau tanggunglah sendiri, dari nak untung, padan muka sendiri yg rugi,

Sekarang kau buat apa yg kita persetujui kalau tidak payment ko jgn harap aku nak bagi,

Harap2 pasni tak jadi lagi cmnie..biar lah ade kesudahan yang baik dalam kisah kita ini..

Wassalam..

Tuesday 3 September 2013

Kuasa Minda - Positif

Gunakan kuasa minda kita utk mencorakkan diri n masa hadapan.

Spt pernah diulas sblm ini, salah satu kaedah yg boleh digunakan adalah kaedah set, tulis dan baca..insyallah pasti membawa perubahan dlm diri kita.


Wassalam..

Monday 2 September 2013

Susu ibu yg terbaik utk anak anda




Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada ibu:

-membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
-menjarakkan kehamilan secara semulajadi
-mengurangkan risiko kanser payudara, ovary dan uterine
-mengurangkan risiko osteoporosis
-membantu ibu kembali kepada berat badan asal sebelum bersalin

Kebaikan / kelebihan susu ibu kepada bayi:

-    sumber imunisasi pertama bayi
-    mengurangkan masalah elergi dan masalah system penghadaman
-    -membekalkan zat zat dan sumber nutrisi untuk bayi


Bagaimana susu ibu terhasil / terjadi / terbentuk?

Dari darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah ibu bercampur dengan zat zat makanan dari usus, kemudian diproses di kilang yang amat kecil iaitu kelenjar-kelenjar di payu dara ibu , seterusnya berupaya menghasilkan nutrisi yang sangat hebat sekali. Subhanallah.

Perbezaan susu ibu dengan susu formula ?

1- ANTIBODI

Susu ibu adalah satu-satunya makanan yang ada antibodi. Menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang bakal menyerang bayi . Antibodi-antibodi ini terhasil dengan sangat banyak dalam susu ibu teruatama antara hari awal kelahiran . Manfaat yang diterima bayi akan terserlah dari hari ke hari .

2. KASEIN

Dalam susu formula , akan ada kandungan kasein yang tinggi.  Ia adalah bahan yang dijumpai dalam susu basi yang berketul. Bahan ini akan mengurai kepada partikel-partikel yang besar di dalam perut dan akan menyudahkan penghadaman . Itu akan buat bayi tak selesa dan kembang perut.

3.  KANDUNGAN GULA

Susu ibu mengandungi kandungan gula yang jauh lebih tinggi iaitu 7gm/l berbanding 4.8gm/l dalam susu formula. Ini sangat penting bagi badan bayi yang mempunyai simpanan gula yang sedikit. Gula membekalkan tenaga dan buat bayi kita .

4. GARAM MINERAL

Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan  bayi terdedah dengan risiko  tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. ZAT BESI

Susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi sebanyak 50%. Oleh kerana susu ibu mengandungi zat besi yang tinggi, bayi kurang terdedah kepada penyakit anemia (kekurangan darah)

Dan , kenapa susu ibu ada bila time pregnant / mengandung  je?

Susu ibu ditentukan sejenis hormon dinamakan prolaktin. Ia dirembes oleh kelenjar pituitari di otak yang akan meransang payudara untuk menghasilkan susu. Semasa mengandung , hormon-hormon mengandung seperti progesteron dan estrogen yang dihasilkan oleh plasenta akan menghalang penghasilan hormon prolaktin. Sebaik sahaja selepas bersalin, plasenta akan dikeluarkan dan menyebabkan hormon progesteron dan estrogen akan menurun dan hormon prolaktin akan terus meningkat . Peningkatan hormon prolaktin ini seterusnya memulakan penghasilan susu yang banyak untuk seorang bayi.