Social Icons

Pages

Friday 13 September 2013

JANGAN MENCUBA, LAKUKAN!

Memetik dari perkongsian Datuk Dr Maznah Hamid melalui laman FB nya,

JANGAN HANYA MENCUBA, SEPATUTNYA ANDA PERLU LAKUKAN!

Pada mulanya saya kurang faham dan tidak dpt menerima maksudnya. Setelah dibaca dgn teliti, akhirnya barulah dapat terima dan faham apa yg datuk maznah maksudkan.

Sebenarnya tiada istilah mencuba untuk berjaya. Realitinya kita hanya ada dua pilihan iaitu sama ada lakukan atau tidak. Ini kerana dgn mencuba, kita menjurus diri ke arah kearah kegagalan.

Maksudnya lebih kurang begini,

Ok, sebenarnya ramai antara kita ada idea dan kaedah yg kita ingin lakukan utk mencapai matlamat dlm hidup. Kebiasaan kita akan berkata dalam diri, "erm yg penting aku dah mencuba..kalau tak jadi mungkin dah takdir hidup aku". Inilah yg dimaksudkan apabila dengan hanya mencuba, menjurus ke arah kegagalan.

Kita menganggap dengan mencuba kita sudah berpuas hati walaupun hasilnya belum tentu berjaya atau tidak.
Tetapi yg datuk maznah maksudkan adalah kita mesti lakukan, iaitu kita lakukan dengan sedaya upaya dan capai matlamat tersebut sehingga berjaya.

Saya ulangi sekali lagi, sebenarnya kita tiada pilihan dalam hidup, sama ada lakukan atau tidak kerana itulah resepi kejayaan. Mencuba tidak salah namun jgn terlalu lama kerana hati kita ini mudah goyah dan beralih arah. Takut jika dugaan datang dipertengahan jalan, kita mudah mengalah dan menyerah.

Jadi mulai hari in, apa sahaja yg kita impikan, marilah lakukan sehingga berjaya, insyallah.
Pastinya ia untuk kebaikan diri dan keluarga, dan juga utk bekalan dunia dan akhirat.

Wassalam

No comments:

Post a Comment