Social Icons

Pages

Tuesday 17 September 2013

Road to Kastel Ganu 2013

Tahun nie kejohanan sukan Telekom Malaysia (KASTEL) 2013 akan diadakan di negeri batu bersurat, Terengganu pada 24hb - 27hb Okt 2013.

Waa, mesti best dan seronok dpt berjalan ke ganu jika terpilih tahun ini. Nampaknya email utk latihan dan pemilihan bagi acara sukan sudah bermula. Erm, semangat nampaknya TM Melaka tahun nie. Arap2 ade lah sinar dpt ranking mcm tahun lepas. Last year Melaka tuan rumah jadi semangat pun tinggi, moga tahun nie membawa semangat yg sama.

 Ok, seperti biasa acara yg aku bleh join training hanyalah bola sepak. Sukan yg aku minat dari sek rendah, menengah, universiti hinggalah kini ke tempat kerja. Mungkin ini je sukan yg betul2 serasi dengan jiwa kot. Lain-lain sukan main juga tapi sekadar boleh main, tak sama mcm main bola.

Satu je yg takut bila nak start turun training nih..masalah pancit dan badan berat.
Erm..1st day training, memang penat dan sesak nafas juga bila dah lama tak berlari atas padang. Nak tak nak, layankan juga penat tue. Kalau tidak memang dah terbaring atas padang..he2.

Tapi biasalah, mula-mula. Hari-hari training insyallah badan boleh adapt keadaan tersebut dan ada perubahan secara tak sedar. Tak sabar nak tunggu 1 bulan lagi..

Ok lah, itu jer nak cerita pasal latihan utk kastel 2013 di ganu. Sebenarnya byk jer sukan-sukan lain mcm hoki, dart, pingpong, bola jaring, takraw, badminton, bola tampat dan lain-lain lagi.

Ape pun semoga tahun nie membawa sinar dan kegemilangan kepada team Kastel Melaka 2013.

Erm, sekadar selingan. Sebenarnya ganu nie ade kisah tersendiri juga dlm hidup aku. Inilah tempat pertama induksi batch aku tahun 2009. Hampir sebulan juga kami berkampung di kolej TMTC Marang sebelum membawa haluan posting ke tempat masing-masing.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat masa ini.

Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment