Social Icons

Pages

Friday 6 September 2013

Keunikan Buah Tamar

Assalamualaikum,

Disini ingin berkongsi dengan sahabat2 tentang kisah buah tamar @ kurma. Pastinya setiap perkara yg Rasullulah suka dan sayang itu pasti ada hikmah besar di sebaliknya. Begitu juga dgn buah tamar, bila dikaji selidik ada kisah hebat disebalik asal kejadiannya.

Kebenarannya, allahualam..apabila Allah berfirman kunfayakun..maka jadilah sesuatu perkara itu.
Namun disebalik kisah ini, ada hikmah yg perlu kita renungi utk mempercayai atau tidak kebenarannya.


Asal usul kejadian buah tamar adalah daripada lebihan tanah yg Allah s.w.t menciptakan nabi adam a.s.
Maka secara tidak langsung ini bermaksud pokok tamar ini adalah saudara kita. Mari kita lihat dari segi pendebungaan pokok tamar pula ..mungkin boleh merungkai sedikit apa yg dimaksudkan.

Allah menjadikan pokok tamar itu sama seperti kita iaitu pokok tamar jantan dan pokok tamar betina.
Utk mengenali pokok tamar jantan, pohonnya lebih tinggi dan daunnya keras menjulang ke langit.
Manakala pokok tamar betina pula pohonnya lebih rendah dan daunnya melintuk ke bawah.

Ok, bila dah ada jantina maksudnya mesti ada persenyawaan..dalam istilah tumbuhan, proses pendebungaan antara betina dan debu bunga jantan. Mengikut dari sumber, pokok bunga jantan dan betina akan  berbunga setahun sekali iaitu pada bulan februari.

Bagi sebuah kebun, memadai ada beberapa batang pohon tamar jantan berbanding ratusan pohon tamar betina.Ketika musim pendebungaan, tamar jantan akan mengeluarkan debu-debu halus. Utk proses pendebungaan, pekerja-pekerja arab akan mengambil 2-3 ranting bunga jantan yang dan disapu atau di tepuk2 menggunakan tangan pada setandan bunga betina yang terkembang dari tandan nya. Bermaksud utk proses 'persenyawaan' ini perlu dilakukan dengan tangan manusia, tidak boleh dilakukan melalui binatang atau melalui angin. Buah tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak disenyawakan oleh tangan manusia.



Ok, spt diberitahu di atas, dalam satu kebun memadai hanya ada beberapa pohon tamar jantan utk ratusan pohon tamar betina kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan utk proses pendebungaaan beratus pohon tamar betina. Debu yg perlu digunakan utk setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan juga boleh disimpan ditempat kering utk digunakan berulang-ulang selagi debunya masih ada.

Antara keunikan yg Allah anugerahkan kepada buah tamar ialah tidak ada seekor binatang atau burung yg mematuk atau merosakkanya. Ini kerana buah tamar tidak berbau. Lagi satu, ia tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 darjah celsius.Dan pastinya keunikannya kerana persenyawaan dengan bantuan manusia.



Salah satu lagi keistimewaan yg ada pada buah tamar iaitu debu jantannya berbau seperti air mani. Iyup, baun debu jantannya seperti air mani manusia dan kerana itu ia diriwayatkan dicipta Allah daripada lebihan tanah nabi  adam a.s. Kerana itu Rasulullah s.a.w sgt menyukai dan menggemari buah tamar ini, dan sebaik baik buahan yg serasi dgn tubuh badan manusia kerana ia sebahagian daripada kita.

Ok, rasanya itu shj yg ingin dikongsi berkaitan buah tamar. Pastinya ia mengandungi seribu satu khasiat utk kita jika memakannya dan wajar dijadikan amalan selari dgn sunnah Rasulullah s.a.w.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment