Social Icons

Pages

Wednesday 24 December 2014

Skill Skala @ Saving - Emas dan Ar-Rahnu



Assalamualaikum..

Alhamdulilah, disini ingin berkongsi sedikit tentang ilmu simpanan emas - skill skala by Tok Belagak.

Pandangan saya yg naif ini, skill ini secure jika dibuat mengikut kaedah dan disiplin yg betul - sama ada utk saving @ juga utk jual beli secara berkala.

Nilai gram di atas sebagai cth. Jika tak mampu beli 5 @ 10 gram setiap bulan, belilah sekadar termampu cth gold bar 1 gram atau cincin. Banyak dalam pasaran online sekarang dan harganya jauh lebih murah berbanding dari kedai emas. Nasihat saya juga lebih baik membeli secara COD atau jika yakin dengan penjual boleh membeli secara kiriman pos.

Baiklah, jom kita studi sikit2 graf kt atas. 

Jika dilihat pada jadual tu, bulan 1 hingga ke-5 kita hanya ambil 50% daripada nilai marhun ar-rahnu.

Cmne nak kira nilai marhun ye..ok cthnye begini. 
Andaikan kita ada 10gram dan rujuk pada nilai ar-rahnu utk emas 999.9 @ 24.0k pada 24-12-2014

HARGA PASARAN BARANG KEMAS PADA 24-12-2014
KARAT% EMASHARGA SEMASA (RM)
24.0K99.99151.48
22.8K95.00143.91
22.0K91.60138.86
21.0K87.50132.55
20.0K83.50126.23
18.0K75.00113.61

Nilai marhun (ar-rahnu) yg kita layak ambil 75% (0.75) daripada nilai harga semasa.

10gram x RM151.48 x 0.75 = RM1,136.10

Tapi spt kita bincang di atas, utk bulan 1-5 hanya ambil 50% shj so...

10 gram x RM151.48 x 0.50 = RM757.40 - simpan @ boleh dijadikan modal utk pembelian bulan seterusnya

Upah simpan sebulan: (10g x RM151.48)/100 x 0.70 = RM10.60

* Dalam masa yg sama, boleh promote @ menjual barang di dalam ar-rahnu tersebut. Ambil gambar siap2 termasuk ukuran berat, panjang dll sblm masuk ar-rahnu. 
* Jual mengikut harga pasaran semasa 

Ok, apa jadi jika anda tidak ingin menjual barang yg di dalam.

* Anggap nilai marhun masih sama (utk tujuan pemahaman). 
In reality nilai marhun berubah setiap hari.

Pada bulan ke-6, anda naikkan nilai marhun pada 55% (0.55);

10 gram x RM151.48 x 0.55 = RM833.14

Tebus barang bulan 1 tadi, RM757.40 + (RM10.60 x 5 bulan) = RM810.40 (ada baki RM22)

Ar-Rahnukan semula pada nilai marhun 55% = RM833.14 - simpan @ buat modal utk pembelian seterusnya.

Utk bulan ke-7, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-2.
Utk bulan ke-8, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-3.
Utk bulan ke-9, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-4.
Utk bulan ke-10, ulang semula dengan tebus barang bulan ke-5

Salah satu kelebihan skala ini, upah simpan sudah dapat cover setiap kali anda naikkan nilai marhun.

Secara puratanya akan ambil masa 2 1/2 tahun utk lengkapkan cycle sehingga nilai marhun 75% dan ketika ini anda akan rasa terkejut dengan nilai saving + gram emas anda dalam ar-rahnu.

Then, boleh lah reset game. Jual emas anda dalam ar-rahnu mengikut harga semasa @ pasaran.

Dalam tempoh itu juga anda boleh menjual brg2 dalam ar-rahnu. Ikut mood anda utk menjual.

Ok, rasanya itu sahaja perkongsian buat masa ini.
Mudah2an memberi sedikit ilmu dan pemahaman dlm skill skala ini.

Ada masa nanti kita cerita skill lain pulak, insyaAllah.

Wallahualam

Tuesday 23 December 2014

Pray For Pantai Timur




Ya Allah, redakanlah bencana alam yang saudara kami sedang alami di sana.

Lindungilah mereka ya-Allah..kasihanilah mereka ya-Allah.

Sesungguhnya kepada Engkau lah tempat kami memohon perlindungan dan setiap yang berlaku adalah atas ketentuan-Mu ya-Allah.

Bantulah saudara kami yg mengalami banjir dan bencana alam di sana. Sesungguhnya Engkaulah lah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Makbulkanlah doa kami ya-Allah..

Amin Ya-Rabbal Alamin