Social Icons

Pages

Wednesday 21 May 2014

Waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum,

Ya-Allah..dah lama tak update blog ku ini. Sori ye, sedang mengkaji sumthing sebulan dua nie, so terlebih fokus kt sana plak..=)

Nway, terima kasih kepada yg masih sudi membaca coretan diruangan tidak seberapa ini.

Ok, kali ini ingin berkongsi sedikit waktu-waktu doa yang mustajab. Erm..sememangnya kita tahu doa itu adalah senjata orang mukmin so pastikan kita gunakan senjata itu dengan sebaiknya.

Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Mu'minun (ayat 60):


Mintalah kepada Allah s.w.t, nescaya akan diperkenankan. Sama ada cepat atau lambat, Allah lebih Maha Mengetahui yang terbaik utk hamba-Nya. Juga jika tidak diberikan di dunia, pastinya nikmat yang lebih besar menanti di akhirat yg kekal selamanya.

Baiklah berbalik kepada tajuk iaitu waktu-waktu doa mustajab, saya kongsikan sedikit utk panduan dan manfaat bersama, insya Allah.

1. Dipertiga malam hingga ke waktu sahur.

Iya, setiap pertiga malam hingga ke waktu sahur Allah s.w.t akan turun ke langit yg paling rendah utk mendengar doa dan permintaan hamba-Nya. Ketika manusia sedang lena diulit mimpi, usahakan diri untuk bangun dan bersolatlah malam. Panjatlah doa dan puji-pujian kepada-Nya.

2. Antara waktu azan dan iqamat;

Erm..ambillah peluang utk berdoa ketika ini. Walaupun jangka masa waktu ini adalah singkat namun pastinya antara waktu yg mustajab utk berdoa.

3. Ketika bersujud di dalam solat.

Masyallah..inilah waktunya kita paling hampir dengan Maha Pencipta, iaitu ketika sedang bersujud di dalam solat. Mintalah kepada-Nya ketika sedang bersujud, merendahkan diri sehina-hinanya sebagai hamba.

Namun, berdoa dalam hati ye. Jangan terkeluar lafaz di mulut, terbatal pula solat kita nanti..=)

4. Waktu Dhuha

Waktu Dhuha juga antara waktu yg mustajab berdoa. Sebaiknya berdoa selepas menunaikan solat sunat waktu Dhuha. Rahsia solat sunat Dhuha ini amatlah besar (boleh try google sendiri) ..^_^ dan pastinya kita sering mengaitkan Dhuha ini dengan kurniaan rezeki daripada Allah s.w.t. Terdapat doa khas yang diajarkan utk diamalkan selepas solat sunat Dhuha tersebut.


Ok, insyaAllah sama-sama kita amalkan..^_^

Iklan sat, pernah dengar berkenaan amalan 5D?

- Dhuha
- Doa
- Dagang (berniaga)
- Dzikir
- Derma

Peganglah amalan tersebut, insyaAllah dimurahkan rezeki kita di dunia dan juga mendapat manfaat di akhirat. Jika ditanya kepada hartawan-hartawan yang berjaya, pastinya antara rahsia mereka adalah mengamalkan 5D ini.

Jika tidak dapat diamalkan semuanya, peganglah satu atau dua amalan tersebut dalam kehidupan harian dan teruskan dalam beristiqamah.

Ok, sekian sahaja perkongsian buat masa ini.
Insya Allah kita bertemu dalam entri seterusnya.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment