Social Icons

Pages

Thursday 15 August 2013

Harta dan Rezeki

Seringkali kita tertanya-tanya bagaimana mahu mengumpulkan harta dan hendak dimurahkan rezeki dalam kehidupan.

Selari dengan peningkatan kos hidup dan keperluan masa kini yg tinggi, isu ini seringkali bermain di fikiran kita. Memang harta bukanlah segalanya tp harta adalah keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup. 

Islam juga menyuruh umatnya berusaha bersungguh-sungguh dlm mencari rezeki dibumi Allah ini.

Melalui pembacaan, dan perkongsian ilmu yg tidak seberapa, mungkin tips dibawah dpt membantu utk dijadikan panduan dlm kehidupan.

1. Mengumpulkan harta

Pegangan dipegang mungkin tidak menepati kehendak soalan secara terus. Pandangan saya cara utk mengumpulkan harta adalah dengan amalan bersedekah atau berinfaq di jalan Allah. 

Bagaimana? 

Erm..konsep yg dipegang, harta kita sebenarnya belum tentu adalah harta kita, kerana harta spt wang simpanan, kereta, rumah, tanah dll adalah pinjaman semata-mata didunia dan ada hak orang lain di dalamnya. Jadi bagi memastikan ia menjadi harta kita adalah dgn bersedekah atau berinfaq kerana itu sudah pasti menjadi hak dan milik kita. Hasilnya insyallah akan dituai di akhirat kelak.


Dalam al-quran juga ada disebutkan mengenai fadhilat sedekah boleh menambahkan harta dan rezeki kita;

Siapakah yg mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yg baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.
Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya lah kamu dikembalikan.
(Surah Al Baqarah: Ayat 245)

Di dlm al-quran sendiri telah diberi jaminan bahawa setiap yg kita sedekah atau infaq akan dilipat gandakan semula oleh Allah. Itulah hebatnya fadilat yg dijanjikan kepada kita.

Perumpaan yg lain juga disebut dlm ayat di bawah:

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti dengan sebiji @ sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulir), pada tiap-tiap tangkai  pula ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui"
(Surah Al Baqarah: Ayat 261)

Masyaallah, beruntungnya mereka yg sedar akan peluang yg Allah janjikan kepada hamba-Nya.
Sudah byk kita lihat mereka yg berjaya dalam kehidupan mempunyai sifat mulia tersebut.

2. Dimurahkan rezeki


Solat sunat dhuha; pegangan kita bagi jawapan utk dimurahkan rezeki. Pastinya agak berat pada permulaan, tapi kita cuba sedikit-sedikit hingga insyallah, boleh istiqamah dlm amalan seharian.

Tatacara dan waktu utk mengerjakan solat dhuha rasanya sahabat sudah tahu; jika yg belum saya sertakan link utk panduan solat sunat dhuha

http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

Disamping itu, solat dhuha pada waktu pagi pastinya dpt memberikan kita kekuatan dan energi positif bagi memulakan hari tersebut, disamping ganjaran-ganjaran lain yg telah dijanjikan.

Ok, sekian perkongsian utk kaedah mengumpulkan harta dan dimurahkan rezeki dlm kehidupan. Jika ada pandangan dan pendapat lain mohon sahabat2 dpt dikongsikan utk panduan bersama.

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment