Social Icons

Pages

Thursday 15 August 2013

Mesir - 14 Ogos 2013

Allahuakbar..allahuakbar..allahuakbar.

Sungguh pedih dan hiba melihat saudara kita di Mesir sedang mengalami satu dugaan yg maha hebat. Mereka berjuang menuntut demokrasi adil yg dicanangkan oleh kerajaan sebelum ini, dan terus berjuang utk menuntut semula pemimpin mereka yg dipilih secara adil, yg berjuang menegakkan agama Allah, dan menjunjung tinggi al-quran dan sunnah.

Tanggal 14hb Ogos, kegilaan tentera dan polis di bawah kerajaan tidak sah, Adli Mansour sudah sampai ke tahap melampaui batasan. Mereka melancarkan serangan ganas dan besar-besaran kepada mereka yg berhimpun secara aman di dataran Rabaah dan dataran Nahdhah bermula pagi 14hb Ogos 2013.

Kegembiraan umat islam yg baru beberapa hari menyambut eidul fitri telah diragut oleh manusia bertopengkan syaitan dgn tindakan persis haiwan yg dicuck hidungnya oleh yahudi, zionis dan US.

Selang beberapa mingu sebelumnya, daripada sumber yg dipercayai beberapa wakil US telah melawat kerajaan yg tidak sah di bawah Adli Mansour. Kehadiran mereka utk menunjukkan keprihatinan palsu terhadap isu di Mesir dan cuba menawarkan penyelesaian diplomasi terhadap kedua-dua pihak, dan memberi amaran bahaya jika demonstrasi terus berlarutan.

Ini bagi menipu dunia dan media seolah-olah mereka tidak terlibat dan bukan dalang dalam isu Mesir sebenar. Moga Allah membalas dan menghancurkan semua pakatan jahat yg menjadi dalang dlm isu Mesir ini.

Namun mereka terlupa dlm kalamullah, ada disebut bahawa Allah memberi jaminan kemenangan semakin hari semakin hampir kepada  Islam.

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tapi Allah menyempunakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membenci."
(As-saff: ayat 8)


Berbahagialah mereka yg syahid dlm menegakkan agama Allah

Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi juga dalam penyataan rasminya di tayangkan televisyen al-jazeera, menyeru rakyat Mesir untuk turun menentang pihak yg membuat keganasan dan kekerasan ke atas rakyat Mesir.

"Fardhu 'ain bagi seluruh rakyat Mesir untuk turun ke jalan menentang pembunuhan dan kekerasan"

Jadi kita sebagai umat islam yg prihatin, marilah kita menyumbangkan apa yg termampu utk saudara kita dan juga demi agama Islam tercinta.

Dan jgn lupa senjata kita adalah berdoa. Mohon dpt panjatkan kepada Allah s.w.t selepas solat agar diberi jalan dan kemenangan kepada mujahidin islam di Mesir dan juga di seluruh dunia.

Wassalam.








No comments:

Post a Comment