Social Icons

Pages

Monday 12 August 2013

Lemang - warisan kita

Assalamualaikum w.b.t dan salam lebaran.

Alhamdulilah, selesai sudah kita menunaikan rukun islam ke-3 kita sebagai umat islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Akhirnya hari yg dinantikan iaitu hari kemenangan telah diraikan pada 1 syawal 1434 Hijriah, khamis, 8hb Ogos 2013 yg lalu.

Disini hanya ingin berkongsi pengalaman yg telah dilalui sebelum menjelang hari raya yg lepas. Sudah menjadi tradisi belah keluarga mentua di belah Perak, membuat dan membakar lemang sempena juadah di hari lebaran.



Disini saya ingin berkongsi serba sedikit proses tersebut.

1st sekali kenalah sediakan bahan-bahannya dulu. Utk ramuan kita perlukan beras pulut, santan serta garam secukup rasa. Bagi acuannya kita sediakan buluh beserta daun pisang yg telah siap dipotong. (buluh abg ipar dan kwnnya yg carikan)

Proses dier, memula kita rendam beras pulut yg telah ditoskan dengan santan. Kemudian kita taburkan garam secukup rasa dan biarkan dahulu agar air rendaman meresap ke dalam beras pulut.

Sambil2 itu, sediakan juga buluh yg ingin digunakan dengan memasukkan daun pisang ke dalamnya. Nak masukkan nampak mcm senang tapi memerlukan org yg berpengalaman. So, org yg berpengalaman yg akan buat dan masukan daun pisang ke dlm buluh lemang.


Bila semua dah ready, kita masukan beras pulut ke dalam buluh tadi. Sambil ketuk kt lantai biar beras betul2 masuk hingga ke dasar buluh. Agak dah nak penuh, curahkan air santan sampai ke level beras dan dah ready pun utk di bakar. Sudah boleh pass utk proses pembakaran pula.

Erm, kebiasaannya proses bakar lemang dalam 2-3 jam, penunjuk paling baik adalah melihat pada warna buluh lemang. Warna hijau buluh lama kelamaan akan bertukar kekuningan dan kehitaman sedikit kesan bakaran api. Bila dah berubah warna, alihkan bahagian yg hijau pula ke arah bakaran api.

Api kena selalu jaga dan hentak bawah lemang pada permukaan yg rata semasa tgh membakar. Jaga-jaga, kerana air santan yg panas boleh terpercik keluar dari buluh semasa hentak lemang. Jadi buang sedikit lebihan air tadi. Konsepnya sama spt masak nasi, bila beras dah semakin kembang, air boleh membuak naik ke atas.

Last sekali, halakan bara yg tingal ke kaki lemang tersebut. Ini bagi pastikan bahagian bawah lemang betul2 masak.



Rasanya itu serba-sedikit proses yg perlu dilalui utk membuat lemang. Agak memenatkan tapi pasti berbaloi. Terutama bila dapat merasa lemang yg dah siap tu dan bole di mkn time panas2.



Ok, itu sahaja yg ingin dikongsi buat masa ini. Rasanya mkgn terdapat kaedah lain dlm penyediaan lemang, dan terpulang kpd cara dan selera masing-masing.

Senoga orang-orang lama dpt mewariskan penyediaan juadah istimewa ini kepada orang-orang muda supaya makanan warisan kita ini tak lapuk dek ujan..tak lekang dek panas.

Insyallah.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

No comments:

Post a Comment