Social Icons

Pages

Tuesday 6 August 2013

Mengapa keyboard standard menggunakan format QWERTY

Terima kasih diucapkan kepada page anak-anak negeri sembilan, kerana bertanyakan satu soalan yg agak menarik, dan sebenarnya perkara itu digunakan dlm kehidupan seharian ketika bekerja atau dirumah

Kenapa keyboard standard menggunakan format QWERTY..


Slps sedikit research, beberapa info ditemui dan disusun semula utk mudah difahami..=)

Keyboard pertama dicipta pada tahun 1860-an oleh Scholes dan Dunsmore. Pada ketika itu keyboard utk kegunaan mesin taip. Asalnya mereka membuat mengikut susunan abjad sebenar, ABCDEF.

Lama-kelamaan bila orang dah biasa dan mampu utk menaip laju, sering berlaku masalah mekanikal pada tombol huruf dan keyboard tersebut. Ini agak menggangu tugasan kerja ketika itu.

Akhirnya design susunan keyboard tersebut diubah semula supaya kelajuan menaip menjadi perlahan dan kurang efisien. Itulah susunan QWERTY yg kita gunakan sekarang. Design itu kemudian dijual kepada Remington utk dikomersilkan pada tahun 1873. Kesan dari perubahan susunan tersebut, masalah mekanikal pada keyboard berjaya diatasi.

Selepas itu, muncul beberapa keyboard alternatif di pasaran. Salah satu yg cukup popular adalah DVORAK Simplified Keyboard (DSK) yg dibuat August Dvorak pada tahun 1936.

American Nasional Standard Institute (ANSI), telah mengeluarkan pengakuan pada tahun 1970 yg keyboard Dvorak adalah lebih bagus dan efisien dari qwerty, namun semua itu tidak merubah penggunaan keyboard qwerty yg telah meluas ke seluruh dunia dan di gunakan organisasi penting seluruh dunia.

Perbezaan keyboard qwerty dan dvorak


Qwerty mempunyai beberapa kelemahan spt tangan kiri akan overload, terutama ketika menulis dlm english. 

Qwerty juga membuat jari kelingking overload dan penaburan huruf tidak sekata menyebabkan jari terpaksa menyeberang jauh ckit. Menurut kajian, jarak jari akan berjalan lebih 20 mil perhari bagi qwerty dibandingkan Dvorak yg hanya 1 mil perhari.

Design qwerty akhirnya digazetkan menjadi International Standard Organisation (ISO) sekitar tahun 70-an.

Ok, itu shj perkongsian buat masa ini berkaitan mengapa susunan keyboard qwerty tidak mengikut susunan abjad.

Harap memberi info tambahan utk kita, insyallah.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment