Social Icons

Pages

Tuesday 6 August 2013

Pandu Cermat Jiwa Selamat

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini, 6hb Ogos 2013 bersamaan 28 Ramadhan 1434H., pasti ramai dikalangan kita tidak sabar hendak pulang meraikan hari lebaran bersama keluarga tercinta.

Disini hanya ngin mengingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua yang akan pulang beraya ke kg halaman masing-masing supaya sentiasa mengawal diri dan kenderaan, agar semua selamat sampai ke destinasi yg dituju.

Apabila hendak memulakan perjalanan, kita mulakan dulu dgn doa menaiki kenderaan:


dan juga doa mohon dijauhkan dari kemudaratan dlm perjalanan:


Bila dah minta perlindungan Allah s.w.t, barulah kita lebih yakin utk memulakan perjalanan tersebut.

Dibawah ini disenaraikan beberapa tips keselamatan di jalan raya, antara panduan dari pihak jabatan keselamatan jalan raya (JKJR) utk kita sbg pengguna jalan raya:


1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

2. Sentiasa ikut had laju yg ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sis dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

5. Elakkan mengekori kenderaan lain sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamtan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jgn memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

8 .Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.


Ok sahabat2, ini antara tips yg ingin dikongsi, tapi saya percaya anda semua pemandu yg baik dan cekap di jalan raya. Cuma yg penting kita berhati dan beringat-ingat. Insyallah, pandu cermat, jiwa pun selamat..=)

Selamat berhari raya dan selamat pulang ke kg halaman masing-masing. Panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi.

Wassalam..



No comments:

Post a Comment