Social Icons

Pages

Monday 12 August 2013

Fenomena Hujan Meteor

Assalamualaikum,

Nampaknya 12hb dan 13hb Ogos 2013 ini, negara kita dan seluruh dunia dilanda satu fenomena dipanggil hujan meteor. 

Bagi yg dpt melihat dgn mata kasar, bersyukurlah kerana diberi peluang melihat kekuasaan Allah.
Bagi sahabat yg kurang bernasib baik, mgkn kerana faktor cuaca spt kawasan berawan, hujan dsbnya, byk gambar dan video yg dikongsi oleh sahabat kita yg lebih bernasib baik utk perkongsian bersama. 

 Jadi, disini ingin berkongsi punca berlaku hujan meteor tersebut dan kisah disebalik fenomena alam tersebut.

Fenomena hujan meteor atau tahi bintang boleh dilihat pada 12 dan 13 Ogos 2013 di Malaysia. Pancuran Meteor Perseid daripada buruj Perseus adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. Waktu paling terbaik untuk melihat fenomena ini pada pukul 11.00 Malam 12 ogos (Isnin) hingga subuh 13 ogos (Selasa).

hujan meteor

Tarikh Fenomena Hujan Meteor 2013
Tarikh: 12 Dan 13 Ogos 2013
Masa: 11.00 Malam 12 Ogos (Isnin) hingga Subuh 13 Ogos 2013 ( Selasa)

Live Streaming Hujan Meteor 2013



Punca Fenomena Hujan Meteor

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. 

Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer. Apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. 

Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar. Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam.

W'salam


Sumber: Fenomena Meteor Perseid 12 Dan 13 Ogos 2013 Malaysia | melvister.com 

No comments:

Post a Comment