Social Icons

Pages

Thursday 8 August 2013

Mengapa nyamuk suka gigit manusia

Menurut satu artikel drpd Pakar Kesiahatan Amerika, Lisa Colliner Cool terdpt 7 sebab utama kenapa nyamuk gemar hinggap pada tubuh kita.

1. Nyamuk lebih tertarik pada manusia berdarah O

Berdasarkan kajian di Jepun, nyamuk 2 kali ganda lebih suka menghisap darah imdividu jenis ini kerana lebih lazat berbanding darah jenis lain.

2. Nyamuk tertarik kepada peminum arak

Drpd jurnal persatuan kawalan nyamuk amerika (AMCA), lebih byk nyamuk akan hinggap kepada individu yg baru lepas minum arak.

3. Nyamuk aktif ketika bulan penuh

Kajian AMCA juga, nyamuk 500 kali lebih aktif menggigit mangsa ketika bulan penuh. Nyamuk juga boleh terbang sejauh 60km utk mencari mangsa.

4. Nyamuk suka pada individu kaki berbau

Saintis Jerman menemui nyamuk suka pada bau busuk kaki manusia. Jika kaki berbau, nyamuk akan gigit arah kaki dahulu. Selepas dicuci dan disapu wangian, barulah nyamuk akan gigit bhgn lain.

5. Bersenam meningkatkan risiko gigitan nyamuk sehingga 50 kali kerana peningkatan karbon dioksida dan peluh yg keluar ketika bersenam. 

Peluh yg mengandungi asid latik menarik perhatian nyamuk

6. Nyamuk suka kpd wanita mengandung

Nyamuk tertarik kpd kulit wanita mengandung yg lembap dan suam. 

7. Nyamuk tertarik pakaian wanita gelap

Memakai pakaian berwarna merah dan hitam meletakkan anda risiko kepada gigitan nyamuk.

Memakai pakaian terang spt hijau dan kuning mengurangkan risiko gigitan nyamuk.

Ok, semoga info ini berguna kpd kita utk mengurangkan risiko gigitan nyamuk.
 
Wassalam..

sumber: Berita Harian, 8hb ogos 2013


No comments:

Post a Comment