Social Icons

Pages

Sunday 4 August 2013

Me & Myself - Home

Assalamualaikum w.b.t,

Erm..entri nie hanya utk pengenalan diri dan blog shj. 

Tiada yg istimewa atau hebat utk insan bergelar manusia ini melainkan sedang berusaha utk mencari keredhaan, jalan yg terbaik dan juga memperbetulkan diri dlm perjalanan yg tidak diketahui hujungnya. Hanya Allah yg maha mengetahui tentang diri kita.

Utk permulaan, rasenya ingin memperkenalkan diri sebagai shafizam, atau mesra dipanggil p-jam atau zam..alhamdulilah telah berkeluarga dimana dikurniakan isteri yg terbaik dan melengkapkan hidup saya, Suryati Mohamed Nor dan juga cahaya penyeri hidup kami, Amirul Asyraf. Insyallah ada rezeki akan bertambah lagi keluarga kami pada tahun2 mendatang..=) tambah anak, bukan ehem ehem..jgn salah fhm ye.

Background / Profile:

Buat masa ini bertugas di satu syarikat swasta telekomunikasi, based di Melaka. Mohon Allah dpt panjangkan kehidupan kami disini kerana persekitaran yg indah dan tenang, juga rakan, sahabat dan jiran yg baik2. 

Sebelum ini belajar dari sek rendah - ipt..bukan student yg pandai atau dean list jauh sekali..hanya pelajar yg biasa. Kdg2 naik tapi slalunya di bawah..itulah namanya pengalaman jadi student. 

Byk pengalaman yg boleh kita bawa dlm kehidupan semasa study, bukan sekadar imu dlm kelas tp juga softskills dm diri perlu dikuasai utk survive dlm alam sebenar selepas habis study..insyallah.

Biz background:

1. Dulu masa jadi student ipt, dah mula pandai start biz kecilan. Walaupun tak serius mana..iyelah student, modal ciput je. Kisahnya aku dulu ahli CNI, yg MLM tue..tp aku tak pandai cari org join jadi downline..serius aku failed bab tue sampai ke sudah, kwn2 serumah pun tak berjaya nk hasut masuk..he2.

Tapi yg bagusnya aku boleh menjual produk CNI cth mcm tongkat ali CNI. Bab jual itu ok ckit..so, pernah satu-satu masa itu aku supply dkt 4-5 warung area tempat belajar. Biasa tempat student byk warung naik so alhamdulilah..dpt gk rasa pengalaman tersebut walaupun tak bertahan lama, dlm 2 sem je..stokisnya jauh kt bandar, time tue pakai motor, jenuh juga nk berulang ke bandar..kelas lagi..assignment lagi..he2..biasa laa alasan time tue.

2. Lepas pengalaman jual tongkat ali, persepsi aku utk biz nie perlukan tempat dan lokasi yg tetap, baru boleh maju dlm perniagaan. Bila dah kerja di Melaka, dtg satu peluang utk takeover studio music, ex-sham kamikaze studio. Ibarat orang mengantuk disorongkan batal, kami 3-4 kawan opismate berpakat utk jalankan biz studio tersebut.

Sesuai dg minat dan jiwa muzik yg ada, biz ini agak best dan memberi satu pengalaman baru kerana tidak menjual produk tp lebih memberi service kpd customer spt studio jamming, pa system & karaoke, liveband, gig place dll. 



Adalah dlm setahun lebih beroperasi, dec 2012 hingga feb 2013, studio tersebut telah ditutup dan dipulangkan kepada owner atas kelemahan kami dlm menguruskan perniagaan tersebut. 

Seperti kata otai dan orang-orang lama, nak berniaga perlu ilmu dan bisnes plan yg betul.
Perlu persiapkan diri dgn short, medium and long target, juga mahirkan budget management, overhead cost, staff dll.

Seronok coz kita belajar secara tak langsung selok belok perniagaan..tp mengenangkan diri tak sekuat superman, maka berundurlah utk kali ini..rest for a while, cari idea baru dan lesson well learn. 
Insyallah ada jalannya.

3. PA system dan karaoke

Jadi buat masa ini, barang-barang studio telah pun dijual kepada seorang bro di Subang, yg membeli barangan studio terpakai.

Jadi yg tinggal hanya barang-barang PA (public address) system dan set karaoke. Bolehlah jika ada yg berminat utk jemputan utk memeriahkan majlis sekitar Melaka.


Boleh contact utk deal. Semua perkara boleh dibawa berbincang..jgn risau..=)

Newbie in Blogger World

Erm..rasanya still newbie dlm perkara ini. Baru bermula sebenarnya bulan July tempoh hari. Wow, sgt menarik dan rasanya skop dan bidang bagi seorang blogger ini sgt luas jika dikaji.

Seperti kata imam as-syafie;

'Semakin bertambah ilmuku, maka semakin aku tahu akan kebodohanku:

Lebih kurang begitulah ceritanya..bila kita mengkaji sesuatu, maka makin kita sedar kejahilan kita.
Orang lain dah jauh ke depan, awak nie masih tercari-cari..hu2.

Ok, rasenya cukup stkt itu shj. Doakan yg terbaik buat diri kita bersama.

Insyallah, rezeki ada dimana-mana dan bertebaranlah kita dibumi Allah ini utk mencari keredhaan dan jalan menuju kepada-Nya.

Wassalam.. 

No comments:

Post a Comment