Social Icons

Pages

Friday 2 August 2013

Tazkirah Ramadhan

Ketika kita sering membincangkan dan mengatakan pasal isu syiah, pembebasan palestin dan masjidil aqsa, penggulingan al-hafiz morsi di mesir dan lain-lain perkara yg menimpa umat islam seluruh dunia.

Namun, hikmah yg perlu kita kaji. Adakah kita sedar bahawa negara kita cukup aman utk beribadah dan menjadi muslim yg hebat. tiada halangan dan cabaran besar utk kita beribadah melainkan kekhilafan dalam fahaman politik dan lain-lain perkara remeh yg menjadi isu besar di media sosial dan massa.
 
Adakah kita sedar masjid n surau byk dibina di sekitar kita. Adakah kita berjuang di media sosial dan massa tapi cukupkah masa utk berjuang menyahut seruan lima waktu di masjid atau surau berhampiran.

Adakah kita selalu memperkatakan berkenaan jihad n infaq, tp cukupkah sumbangan yg dihulur kepada pihak yg memerlukan tanpa meminta balasan dan nama samada dari segi tenaga, keringat dan wang ringgit.

Adakah kita yakin perlembagaan Allah di dalam al-quran tapi berapa kali diselak utk dibaca dan difahami ataupun sekadar menjadi hiasan wajib setiap muslim. Tp perlembagaan manusia dihafal dan diagungkan dimana-mana.

Adakah kita mengakui setiap umat islam adalah bersaudara tp adakah kita cukup menghormati dan sayang sesama saudara islam kita, dan apa yg kita lakukan utk mengeratkan hubungan tersebut.

Masyaallah,banyak lagi yg kita perlu insafi..kerana kita cukup selesa dimalaysia utk beribadah dan berusaha menjadi muslim yg hebat. Tiada ancaman musuh islam yg secara terang-terangan menghalang kita ke masjid, tiada ancaman utk membaca dan mendalami al-quran dll lain2 kecuali diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah iman.

Sekadar renungan bersama terutama diri saya sendiri.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment