Social Icons

Pages

Sunday 29 December 2013

Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang

Assalamualaikum,


Ketahuilah hanya dengan mengingati (berzikir) kepada Allah, hati menjadi tenang. (Ar-Ra'd: ayat 28)

Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas dengan ujian dan dugaan dari Allah berdasarkan tahap keimanan masing-masing.Dan seringkali juga kita terpengaruh dengan hasutan syaitan dan perasaan sendiri, seolah-olah tiada jalan keluar apabila kita ditimpa musibah atau masalah.

Dan ingatlah, bahawa di dalam Al-Quran Allah telah berpesan kepada hamba-Nya iaitu jadikan amalan berzikir kepada-Nya bagi menenangkan jiwa dan perasaan kita.

Setiap masalah atau penyakit pasti ada ubatnya kecuali maut. Jadi kepada sahabat, marilah sama-sama kita perbanyakkan zikir dan ditambah selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Insyallah, pasti diberikan jalan dan petunjuk kepada kita bagi mengatasi seiap ujian yg datang. Sesungguhnya dari Allah ia datang, dan kepada Allah juga ia kembali. Jadi mohonlah kepada-Nya.

Kaedah terbaik adalah selepas bersolat, jgn terus berdoa dan bergerak utk menyambung tugas harian kita.
Berikanlah masa sebentar utk istighfar, berzikir dan berselawat. Kemudian barulah diikuti dgn berdoa.

Juga jadikanlah waktu-waktu lapang spt sedang drive, tgh buat kerja depan bc..selit2 kan dengan amalan istighfar, zikir dan selawat.

Insyallah, jika dijadikan amalan pasti bertukar menjadi tabiat dlm kehidupan kita.
Jadi mari kita mulakan sekarang.

Selamat beramal..=)

No comments:

Post a Comment