Social Icons

Pages

Monday 16 December 2013

PA system dan karaoke - Durian Tunggal

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, bertemu lagi kita dalam ruangan yang tidak seberapa ini.

Hanya ingin berkongsi berkaitan rezeki di musim cuti sekolah. Especially banyak kenduri-kendara dijalankan pada musim cuti2 sekolah ini.

Terutama sekarang byk bidang dan lapangan sebagai hobi, namun dalam masa yang sama boleh menjana sedikit ekonomi kita sebagai pendapatan sampingan.

Ok, bagi yang sememangnya meminati bidang seni muzik ini mungkin sudah sedia maklum tentang kepentingan Public Address (PA) system dalam majlis2 keramaian seperti majlis pernikahan dll.

Alhamdulilah, tanggal 14hb dan 15hb Dec 2013 yg lepas, kami diberi kepercayaan untuk menjadi juruacara bagi satu majlis pernikahan di Taman Cempaka 2, Durian Tunggal.

Pada malam 14hb Dec, diadakan malam berinai besar dimana pengantin dengan persalinan yg berseri duduk bersanding di pelamin yg tersergam indah. Diselang-selikan juga dengan upacara tepung-tawar dari keluarga dan saudara-mara terdekat.


Hari langsung besar adalah pada keesokannya, iaitu 15hb dec 2013 di mana majlis bermula dari 11 pagi, sehinggalah membawa ke pukul 4 petang. Alhamdulilah, cuaca meyebelahi tuan rumah pada hari tersebut. Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t yg menurunkan rahmat kepada hamba-Nya.

Kami pun turut menamatkan tugas pada hari tersebut pada waktu yg dijanjikan iaitu sehingga pukul 4 petang.





Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada DJ Naz yg berjaya menghiburkan tetamu dengan jayanya.

Saya hanya sebagai pembantu dan trainee aje. Belum boleh berdikari lagi, masih byk ilmu yg perlu dicari dan bakat kendiri @ kemahiran yg perlu digilap. Moga sifu saya DJ Naz, dapat memimpin dan memberi tunjuk ajar sebaiknya kepada saya, insyallah.

Matlamat itu sentiasa ada dalam diri. Jika sudah bersedia, pasti akan melangkah dengan kaki sendiri. Doakan hari itu akan tiba, cuma cepat atau lambat..sama2 kita usahakan.

Ok, sekian sahaja pertemuan buat kali ini.
Moga berjumpa dlm entri seterusnya.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment