Social Icons

Pages

Tuesday 24 December 2013

Donate some of ur money..=)

Assalamualaikum..

Selari dgn tajuk di atas..just nk menyeru kenkawan yg ada duit lebih tue ringan-ringankan lah tangan utk memberi kepada saudara yg lebih memerlukan.

Di dalam harta kita itu ada hak org lain di dalamnya..maka tunaikanlah hak tersebut.

Insyallah, apa yg diberi tidak akan menyebabkan harta @ wang @ simpanan kita berkurang.
Malah, rasanya jika kita selalu memberi akan dtg rezeki dari punca yg tidak disangka-sangka.


Allah itu Maha Kaya. Jika kita yakin dgn Allah, masakan kita risau utk memberi @ infaq sebahagian drpd harta kita..=)

Antara salah satu yg boleh kita hulurkan sumbangan adalah membantu saudara-saudara muslim kita di Palestin.

AMAN PALESTIN

Aman Palestin mula beroperasi akhir 2004 sbg inisiatif utk membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin.
Aman Palestin sentiasa berusaha memastikan setiap ringgit yg didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai malah kesemua bantuan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.

Pd 3hb Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yg tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang dan berterusan dan berkesan.

Semenjak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dlm bentuk projek-projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan orang ramai.

Semoga rakyat Malaysia akan terus prihatin dlm menyalurkan bantuan dan memberikan sinar harapan bagi meringankan beban dan penderitaan ditanggung rakyat Palestin.




Utk details, boleh layari: http://www.amanpalestin.net

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Ok, satu lagi badan yg membuat kerja-kerja amal secara aktif dimana kita boleh membuat sumbangan ikhlas juga adalah;

Islamic Relief asalnya adalah satu badan antarabangsa; dan di Malaysia dikenali sebagai Islamic Relief Malaysia (IRM) yg menyediakan bantuan kemanusiaan dlm pelbagai bidang spt perubatan, membangunkan komuniti dan pendidikan.

Matlamat IRM adalah utk membantu dan mengurangkan penderitaan rakyat  miskin, disamping memberi respon dan bantuan kepada rakyat yg mengalami kecemasan atau bencana alam. Utk IR Malaysia, kumpulan target mereka adalah golongan miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, golongan kurang upaya dan lain-lain yg memerlukan.

Utk lebih maklumat, boleh baca di website: http://islamic-relief.org.my/

Insyallah, teruskan menderma dan membantu saudara kita di sana yg lebih memerlukan.

Sekian, wassalam..

No comments:

Post a Comment