Social Icons

Pages

Sunday 22 December 2013

Family Gathering @ Melaka - 21 & 22 Dec 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, sekali lagi diberi kesempatan utk berkongsi dan menulis di ruangan yg tidak seberapa ini.

Akhirnya, azam 2013 saya telah ditunaikan oleh Allah s.w.t iaitu membawa family saya dari n9 berjalan2 sambil makan2 sambil buat aktiviti ala2 family gathering.

Mungkin bagi sebahagian dari kita perkara itu sudah biasa, namun bagi saya amat besar maknanya.
Al maklum, bila sudah terikat dgn komitmen kerja dan ada kehidupan sendiri..masa berkualiti bersama keluarga agak terbatas..jadi kesempatan yg diberikan itu hendaklah digunakan sebaiknya.

Terima kasih diucapkan kpd mak, ayong dan malin, ajim, atin & ijat kerana sudi berkunjung dan menziarah angah dan keluarga di Melaka.

Ok, agenda kami bermula pada hari Sabtu, 21hb Dec 2013.

Oleh kerana diorg ada komitmen pada sebelah pagi, jadi mak dan family dari kg juaseh bertolak waktu tengahari ke Melaka.Ayong dan malim juga bertolak dari Seremban pada waktu tengahari.

Masing2 sampai lebih kurang dlm pukul 3 ptg. Alhamdulilah, semua selamat sampai dan lancar dlm perjalanan. Saya dan isteri telah menyediakan juadah utk keluarga tercinta bg santapan tengahari.
Walaupun agak lewat tapi it's ok..dpt juga kami makan bersama. Juadahnya ikan keli masak sambal, sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin.

Then, lepas rehat sebentar dan menunaikan solat asar, maka agenda pertama pun bermula.Berjalan santai ke pantai klebang. Jalan agak sesak, biasa lah musim cuti sekolah dan kebetulan baru lepas gaji..cadangan utk pekena coconut shake klebang terpaksa dibatalkan kerana org terlalu ramai. Jadi kami pun terus menuju ke pantai.


Suasana disana pada waktu petang memang best dan santai. Dengan angin sepoi2 bahasa dan juga kemeriahan dari org ramai yg datang membawa keluarga masing-masing. Sempatlah kami minum2 dan makan buah rambutan yg dibawa oleh mak, khas dari belakang rumah di kg..he2.

Ok, bila senja sudah mula kunjung tiba. Kami pun berangkat menuju ke destinasi seterusnya.

Destinasi seterusnya adalah medan ikan bakar terapung, umbai. Tempahan telah dibuat awal, jadi tidaklah terlalu terkejar-kejar. Biasa kalau walk-in, orang pasti ramai dihari minggu dan mgkn tempahan makanan agak lewat. Oleh kerana waktu maghrib telah masuk, kami bersolat dahulu di masjid semasa dlm perjalanan shj.

Dalam setengah jam, kami pun sampai ke tempat yg dituju. Alhamduilah, menu yg ditempah telah tersedia di meja santapan. Jadi masing2 pun ambil port dan bermula lah acara yg ditunggu2..makaaaannnn..!!! he2.
Syukur ya-Allah atas rezeki yg kau curahkan berikan kami dan juga kpd hamba-hamba Mu yg lain.




Syukur ya-Allah..inilah yg aku impikan iaitu dpt membawa keluarga makan2 di medan ikan bakar. Jadi kesempatan yg ada ini, dipergunakan sebaiknya.

Setelah memasing tersandar kekenyangan, badan pun mula memberi signal memerlukan rehat..hu2. Jam pun telah menunjukkan hampir 10.30 pm, maka kami berangkat pulang ke rumah.
Masing2 telah kepenatan2, tak sabar utk berehat dan mempersiapkan diri utk agenda esok hari.

Ahad, 22hb Dec 2013

Selepas menunaikan solat Subuh, kami pun membuat persiapan utk menyediakan sarapan. Menu pada pagi itu adalah nasi goreng. Sambil2 itu ada juga menu sampingan seperti nugget, karipap dan samosa segera.

Selepas selesai bersarapan, maka agenda seterusnya adalah mandi-manda ke Melaka Wonderland, Ayer Keroh. Dalam 9.30 am, kami bertolak ke sana. Perjalanan  memakan masa dlm 10-15 minit shj kerana jarak rumah ke sana tidak terlalu jauh.

Disini juga nk ucapkan terima kasih tak terhingga kepada adik ipar sblh wife iaitu fariz dan syila kerana sponsor tiket promosi ke Melaka Wonderland. Dptlah kami menumpang masuk free. Dgr2nya pasni org Johor plak nk turun ye..enjoy ur time wif family nnti.


Erm, hampir kesemua permainan air yg ada disini kami cuba. Memang best dpt mandi manda bersama keluarga. Tapi gamba time mandi xde lah..tak sempat nk snap masa tengah mandi. Hanya disimpan rapi dalam memori kami sebagai kenangan bersama. Kami disini sehingga pukul 1.30 pm.


Gambar yg diambil ini selepas selesai sesi bermandi manda..sebelum kami check-out dari Melaka Wonderland.

Selepas manda, perut pun dah lapar. Maka selepas itu kami pun pergi lunch di kedai makan area MITC.

Selepas lunch, ayong dan malim meminta diri kerana sudah ada program dan agenda lain. Maka kami yg tinggal ini pun meneruskan agenda yg dirancang iaitu menuju ke zoo Melaka. Sebenarnya segan juga nk bgtau, tapi hampir 4 tahun duduk di Melaka..inilah kali pertama saya dan isteri menjejakkan kaki ke zoo Melaka..he2.Nampaknya nk tunggu keluarga dtg juga baru nak masuk..ha2.

Ok lah, apa yg saya boleh komen..keadaan zoo Melaka agak best juga. Walaupun kepenataan kerana nak pusing berjalan kaki dlm tue makan masa hampir 2 jam juga. Lenguh2 kaki dibuatnya..tapi sepanjang perjalanan dalam zoo itu, byk kedai menjual makan dan minuman disediakan dan juga public toilet. Jadi utk kemudahan kepada pengunjung boleh dikatakan pada tahap yg baik.



Kami di sini sehingga pukul 5.30 pm. Memang best dpt melihat haiwan2 yg rare secara live. Biasanya kita tgk dlm national geographic aje.

Ok, bila kunjungan ke zoo Melaka ini berakhir bermakna sampai sinilah agenda kami utk kali ini. Byk tempat plan nak pergi, tapi kerana batasan masa..mgkn ada next trip..insyallah.
Selepas itu, kami pun pulang ke rumah utk minum ptg dan berehat selepas seharian diluar.

Selepas minum ptg dan menunaikan solat maghrib, keluarga pun meminta diri utk pulang ke kg.
Sedih dan sebak juga rasanya..2 hari yg dilalui terasa sekejap shj..tup2 dah nak pulang, baru shj rasanya mereka dtg ke Melaka.

Ok lah, itulah rasanya yg ingin dicoretkan dan dikongsikan kali ini. Terima kasih tak terhingga sekali lagi kepada semua..mak, ayong dan malim, ajim, atin, dan ijat..kerana sudi datang dan menjenguk kami di sini dan meluangkan hujung minggu bersama.

"kalau ada sumur di ladang,
bole kita menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
insyallah next trip..pasti ada lagi"

Ok, sekian..wassalam.

No comments:

Post a Comment