Social Icons

Pages

Wednesday 1 January 2014

Berbakti kepada ibu bapa yg telah meninggal dunia

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. 

 

Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

 

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

 

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

 

“Ya dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

 

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

 

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

 

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

 

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

 

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

 

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

 

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu:

 

1. Sembahyangkan untuk mereka.

 

2. Mohon keampunan untuk mereka.

 

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

 

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

 

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

 

6. Doakan kepada mereka. Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk mengampuni semua dosa-dosa kedua ibu bapa kita.


Insyallah, semoga sama-sama dpt kita amalkan.


Wassalam

No comments:

Post a Comment