Social Icons

Pages

Tuesday 1 October 2013

Aku dan gitar

Assalamualaikum,


Alhamdulilah, diberi kesempatan sekali lagi utk menulis dlm blog yg tak seberapa nih.

Erm xtahu kenapa harini ingatan, memori..tetiba rindu ke zaman tengah aktif dengan liveband dan jamming.

Mungkin sebab dah lama tak usik dan pegang instrument favourite - gitar.

Sebenarnya panjang dan byk cerita bersama gitar nih, dari mula start belajar kt sekolah menengah sampailah ke zaman universiti. Tak pasti sama ada suratan atau kebetulan, classmate, housemate dan roomate semasa belajar juga sama aliran meminati bidang liveband dan jamming. Jadi memang menjadi-jadilah minat dan hobi nie.

Bg saya, jika ada rakan-rakan yg berminat nak bermain gitar, better belajar secara formal kt kelas or klinik gitar. Byk sebenarnya yg kita boleh belajar dlm ilmu gitar nie spt cth teknik scaling, appregios, demenish, picking yg betul, bermain dgn effect, setting amp bersama gadget dll.

Mengikut kajian juga, mereka yg didedahkan dgn muzik nie mampu mencerdaskan minda. Tak pasti fakta atau auta tapi sekadar tambah pengetahuan dan hobi waktu lapang pasti tiada salahnya. 

Yg penting jgn dilupakan kewajipan kita dlm menunaikan tuntutan agama dan sbg hamba-Nya..mungkin muda-muda dulu selalu tergelincir tapi bila semakin berusia dan matang, gunakanlah akal yg diberi sebaiknya dan diadun bersama iman dan amal.

Ok, sekian saja buat masa ini. 
Insyallah jumpa lagi.

Wassalam

No comments:

Post a Comment