Social Icons

Pages

Sunday 16 February 2014

Rasulullah insan istimewa - keajaiban ketika kelahiran baginda

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi ruangan ini.
Dan alhamdulilah masih diberi kesempatan utk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Sedikit perkongsian berkaitan insan hebat, iaitu Nabi Muhammad s.a.w, Rasul umat akhir zaman. Baru-baru ini kita baru sahaja menyambut sambutan maulidur Rasul, atau ulangtahun kelahiran Rasulullah untuk tahun 1435H, iaitu tanggal 14hb Jan 2014 yang lepas.

Ada sesetengah pendapat mengatakan perkara itu bida'ah kerana tidak diunjurkan masa zaman Rasulullah dan tiada dilakukan pada zaman sahabat. Namun banyak pendapat mengatakan untuk perkara yg baik, tidak salah rasanya kalau kita buat pada zaman kita. Dan jika kita menyorot kembali sejarah Rasulullah dari dalam kandungan ibunya, sehingga zaman kanak-kanak dan remajanya, pastinya sirah Rasulullah sangat hebat dan wajar dijadikan sambutan sbg contoh ikutan dan dijadikan pedoman dlm kehidupan kita.

Kehebatan Rasulullah sudah bermula ketika di dalam kandungan ibunya lagi. Ini kerana ibu Rasulullah iaitu Aminah sendiri tidak mengetahui ia sedang mengandung kerana tidak pernah mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah yg biasa dihadapi ibu mengandung. Aminah hanya mengetahui ia mengandung melalui berita yg disampaikan oleh Malaikat kepadanya ketika sedang tidur. Selain itu tanda kehamilan juga diketahui dengan terputusnya haid dan berpindahnya nur dari wajah Abdullah (ayahanda Rasulullah), ke wajah Aminah yang ketika itu mengandungkan Rasulullah.

Keadaan baginda dilahirkan juga sgt isitmewa, iaitu ibunya menyaksikan cahaya atau nur keluar dari tubuh baginda. Cahaya tersebut menerangi sehingga ke istana Busra di Syria, seolah seperti cahaya anak panah dari jauh dapat dilihat. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan cahaya tersebut datang dan menerangi sehingga ke seluruh dunia. Ketika dilahirkan, ibundanya tidak merasa sebarang kesakitan bersalin, tali pusat baginda sudah siap dipotong dan sudah siap dikhatankan.Begitulah bagaimana Allah menjaga kehormatan kekasihnya bagi mengelakkan fitnah manusia kemudian hari.  Sesetengah riwayat mengatakan baginda lahir dalam keadaan menghadap ke langit sambil mengangkat tangan seakan-akan sedang berdoa.

Antara keajaiban yang  berlaku semasa kelahiran Rasulullah dan sbg tanda baginda Rasul umat akhir zaman:

1. Berhala-berhala disekitar kaabah jatuh dari tempatnya. Lalu terdengar suara dari dinding kaabah berkata iaitu " telah lahir nabi pilihan yang membinasakan orang kafir dan mensucikanku dari berhala-berhala ini, dan memerintah penyembahan kpd Yang Maha Mengetahui.

2. Berlaku goncangan di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, dan 14 tiang serinya runtuh. Ia merupakan tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

3. Api sembahan di Parsi yang tidak pernah padam hampir seribu tahun tiba-tiba terpadam. Ia merupakan api sembahan orang Majusi dan ini benar-benar mengejutkan orang Parsi.

4. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.

5. Selepas kelahiran baginda, tembakan bintang menjadi semakin kerap. Ini menandakan bahawa pengetahuan jin dan syaitan mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Iya, itulah antara keajaiban yang berlaku semasa kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Senagai bukti Rasulullah itu insan istimewa dan membawa kebenaran bagi seluruh alam.

Dikesempatan ini juga, mohonlah sekiranya dpt meluangkn sedikit masa utk berselawat dan memuji kepada junjungan besar kita.


Di bawah juga dikongsikan antara kelebihan berselawat dan fadhilatnya..jadikanlah juga ia sbg salah satu amalan harian kita, insyaallah besar hikmahnya.


Ok, jika ada kesempatan yg lain kita akan sambung sirah Rasulullah ketika zaman kanak-kanak dan remaja baginda yg pastinya sgt menarik dan hebat.

Sekian, wassalam

1 comment:

  1. subhannalah......
    okongsian yg sngat mnarik..terima kasih ya..

    ReplyDelete