Social Icons

Pages

Friday 21 February 2014

Kiki dan Lala - ikan puyu

Alhamdulilah..

Itu je yg mampu terucap apabila melihat ikan puyu belaan kami dah kembali sihat..=)

Erm..kalo nak ikutkan sudah lama juga ikan puyu yg diberi nama Kiki dan Lala ini tinggal bersama kami. Kalau tidak silap semenjak awal tahun 2012 sudah mula membela 2 ekor ikan puyu yg masih kecil ketika itu. Kami sudah berpindah 3 kali dari 2 rumah sewa ke kediaman kekal sekarang, maksudnya 3 kali jugalah mereka mengikut kami. Dan Kiki Lala ini juga sudah merentasi 3 negeri, dimana asalnya kami ambil dari rumah mertua di Perak, ke kediaman ketika itu di Shah Alam, dan sekarang mengikut kami menetap di Melaka. Sekarang nie dah besarlah juga dua-duanya dan syg ler juga kt diorg nig..hu2.

Kisahnya malam smlm si Kiki macam tak berapa sihat dan warnanya pudar dan pucat aje. Berenang pun tak selincah biasa dan kejap-kejap kelihatan nak rebah ke sisi. Nampak gaya seperti seruan Ilahi semakin hampir. Yang lagi sedihnya bila melihat kawannya si Lala tahu Kiki tak sihat dan sentiasa support dan berenang di sebelahnya. Bila si Kiki nie senyap dan badannya nak rebah, Lala pun berenang ke arah Kiki dan tolak kawannya dengan kepala supaya badannya tegak dan boleh berenang semula. Aduh, touching la kejap tgk gelagat 2 ikan puyu nih..hebat nilai persahabatan mereka.

Erm..jika itulah takdirnya kami redha dan merelakan...setelah diberi makan, kami biarkan 2 sahabat itu bermain dan meluangkan masa bersama..mudah-mudahan pagi esok mereka masih bermain dan berenang bersama.

Pagi sblm pergi kerja tgk semula, erm..nampak makin ok dan baik dari mlm tadi..perlu segera menuju ke tempat kerja so tinggalkan mereka dulu..harap tiada apa-apa berlaku..

Sepulangnya dari kerja..alhamdulilah, lega rasanya. Nampaknya kami masih diberi peluang utk membela Kiki dan Lala..warnanya kembali segar dan kembali lincah berenang seperti biasa. Mungkin Kiki tidak sihat malam tadi, tapi manalah kita nak tahu kan..

So, back to normal..=) 

Ok, itu sahaja rasanya berkaitan ikan puyu belaan kami, Kiki dan Lala..


Bermain bersama dalam besen..Kiki dan Lala..=)

No comments:

Post a Comment