Social Icons

Pages

Sunday 23 March 2014

Kepentingan Aktif dan Pasif Income

Alhamdulilah..

Syukur kepada Allah masih diberi peluang dan ruang untuk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Baiklah rasanya hari ini ingin menulis berkaitan tajuk kewangan pula. Sudah agak lama saya tidak menulis berkaitan kewangan, last menulis berkaitan kewangan pada 23 Dec 2013 dgn tajuk saving for ur future!

Ok, disini hanya ingin membincangkan dan memahami 2 cara untuk menjana pendapatan iaitu pendapatan aktif dan pasif. Rata-ratanya sudah arif dengan maksud kedua-duanya cuma kali ini kita refresh sahaja.


Pendapatan aktif:

Pendapatan berdasarkan masa kita bekerja dan kebanyakan kita menjana pendapatan daripada sumber ini. Mengikut statistik dalam 85-90% kita adalah golongan makan gaji dimana kita bekerja selama sebulan mengikut polisis syarikat dan dihujung bulan kita akan mendapat gaji bulanan. Sekuat mana kita kerja dalam bulan itu, bayarannya adalah tetap sama mengikut polisi dan perjanjian antara kita dan syarikat. Namun sebagai umat Islam, pekerjaan itu adalah amanah yg perlu dijalankan dengan sebaiknya dan merupakan satu ibadah jika niat dan perbuatan kita mengikut syariat , insyaallah..

Pendapatan pasif:

Pendapatan pasif ini adalah usaha yg kita buat sekali atau hanya beberapa kali namun ia terus menjana pendapatan untuk kita secara berterusan. Pelik tapi benar, dan hanya 10-15% dari golongan kita yang mempraktikkan cara ini dalam kehidupan. Dan rahsia kekayaan sebenar bagi golongan yang memberi perhatian kepada pendapatan pasif ini bukanlah dari segi wang ringgit sahaja namun kebebasan dari segi masa dan tenaga mereka. Mereka dapat meluangkan masa yg berkualiti dan wang untuk keluarga, memberikan kemudahan dan keselesaan yg terbaik untuk keluarga, dapat membantu rakan-rakan dan juga ummah islam secara amnya dan beberapa lagi kelebihan ada pada golongan ini.


Jadi tepuk dada,tanyalah iman dan hati nurani anda..bottom of your heart..=) Sejauh manakah anda sudah memberikan perhatian kepada perkara ini. Berapa peratuskah pendapatan anda mengikut aktif dan pasif ini.

Jadi sebagai pembaca dan golongan yang bijak, anda akan mula bertukar amalan dan pemikiran anda daripada bergantung kepada aktif, mula berubah dan memberi perhatian kepada pasif.

Ingat, pastikan ianya tidak menganggu jadual kerja hakiki anda kerana anda perlu menjaga reputasi dan prestasi kerja anda. Rancang dan berikan masa dengan sebaiknya bagi kedua-dua pendapatan aktif dan pasif ini.

Bagaimana nak menjana pendapatan pasif? Banyakkan membaca, cari dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan, cari mentor yang berjaya, gunakan teknik dan kaedah insan yang berjaya..insyaallah pasti ada jalannya.


Yang penting sekali, sentiasa memohon kepada Allah supaya dibukakan jalan dan pintu rezeki buat kita sebagai hamba-Nya. Kadang-kadang Allah nak beri jalan dan rezeki kepada kita tidak semestinya di pejabat atau bilik seminar sahaja, ia juga boleh berlaku di tepi jalan, ilham daripada sesuatu peristiwa, atau mungkin di kedai kopi ketika sedang minum sambil bersembang dengan sahabat atau kenalan.

Salah satu doa untuk memohon sumber rezeki yang tidak disangka-sangka; sebaiknya diamalkan ketika berdoa selepas bersolat.


Baiklah, rasanya itu sahaja perkongsian buat kali ini. Insyallah, ada kesempatan kita bertemu lagi dalam entri seterusnya.

Wassalam..

6 comments:

  1. Ya betul tu. Paling penting memohon keberkatan daripada Allah. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. Benar tu en zaki..mudah2an rezeki kita diberkati Allah..=)

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat artikel ini.. ada yang bekerjaya dan memiliki saham, rumah yang disewakan dan sebagainya.. adakah hasil itu dikira juga sebagai pendapatan pasif?

    ReplyDelete
  4. Insyallah puan aiza..jika ianya memberikan pendapatan secara senyap tanpa perlu kita selalu memberi tumpuan dan masa utk ia..

    ReplyDelete
  5. betul tu..saya sokong sgt.skrg ni kite mmg perlukan pasif income..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas sokongan tuan radin..di mana ade kemahuan insyaAllah disitu ada highway..=) keep going!

    ReplyDelete