Social Icons

Pages

Tuesday 21 January 2014

Bacaan Harian

Assalamualaikum,

Alhamdulilah kerana berpeluang menulis dalam ruangan tidak seberapa ini. Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi ruangan tidak seberapa ini.

Saya percaya ramai antara kita yang minat membaca dan menjadikan ia satu hobi sampingan..antaranya membaca novel, majalah hiburan, buku-buku ilmiah, kewangan, motivasi dan lain-lain lagilah.

Iyup, kecenderungan kita membaca bergantung kepada apa yang kita minat dan apa yg kita ingin ketahui sebagai ilmu tambahan.

Dan kebiasaannya kita ada pelbagai koleksi bacaan harian dan kadang kala membeli e-book melalui internet. Apabila dah beli dan dptkan buku yang kita inginkan, kalau boleh nak cepat-cepat habis baca. Begitulah ''eager'' kita apabila ingin menggali sesuatu yang bernilai dalam sebuah buku tersebut..

Namun disebalik buku-buku ilmiah dan santai yang dijadikan bacaan harian itu..kita sering terlupa, ada sebuah ''buku'' yang sepatutnya dijadikan bacaan harian. Bukan sekadar dibaca, namun perlu difahami nilai kandungannya yang sangat tinggi.

Iya, ramai yang sedar dan tahu kehebatan ''buku'' itu. Cuma mungkin tiada kesempatan dan batasan waktu yg menyebabkan waktu tertentu sahaja dibuka dan di baca.

Kadang-kadang terfikir sejenak, alangkah ruginya jika dalam hayat ini kita tidak membaca dan memahami keseluruhan ''buku'' itu dari awal hingga akhir.


Seperti kita membaca novel, diawalnya ada intro, kemudian perkembangan watak dan plot, konflik, dan happy ending. Setiap kali beralih mukasurat pasti kita teruja untuk mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya.

Iya, mengapa kita tidak menjadikan keterujaan itu seperti mana kita membaca dan memahami ''buku'' diturunkan sendiri oleh Maha Pencipta melalui perantaraan Rasul-Nya.


Maksudnya:

"Kami turunkan kepada mu (wahai Muhammad) kitab (Al-Quran) untuk menerangkan bagi tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta pembawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam'.

 (Surah An-Nahl: ayat 89)

Amalan membaca Al-Quran merupakan amalan utama dan sangatlah dituntut dalam Islam, kerana ia berkait rapat keimanan seorang hamba kepada penciptanya, dan juga tanda kerendahan hati seorang hamba yang mencari keredhaan tuhannya.

Kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai 'teman hidup'  juga boleh dirujuk kepada wasiat terakhir Rasulullah; selagi umatku berpegang kepada 2 perkara ini insyallah mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Sedikit sejarah penurunan Al-Quran, menurut kesepakatan ulama' melalui 3 peringkat:

1. Penurunan Al-Quran dari Allah s.w.t ke Luh Mahfuz

2. Penurunan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia)

3.  Penurunan Al-Quran dari Baitul Izzah kepada Rasulullah s.a.w; secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.

Perisitwa agung penurunan Al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w berlaku pada 17hb Ramadhan tahun 610M, ketika baginda berusia 40 tahun dan ketika sedang berkhulwah di Gua Hira'.

Malaikat Jibril telah datang dan memeluk baginda dan menyuruhnya membaca namun setiap kali disuruh baginda s.a.w menjawab ''aku tidak tahu membaca''.
Akhirnya Malaikat Jibril mengajarkan kepada baginda Rasulullah s.a.w kalam Allah dan menandakan permulaan tugas baginda sebagai utusan Allah.

Ayat Al-Quran pertama yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dari Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang menyeru untuk membaca dengan nama Allah yang menciptakan:


Marilah sama-sama kita menjadikan membaca Al-Quran itu sebagai amalan bacaan harian.
Jika siang hari kita bekerja, jadikan malam selepas maghrib atau isya' untuk membaca dan sebaiknya beserta terjemahan. Jika tiada kesempatan juga, sebelum tidur bukalah sebentar sebagai bacaan sampingan sebelum tidur. Yang pastinya, mulakan amalan tersebut.

Kemudian barulah dikemaskan dengan sebutan dan makhraj yang tepat, hukum bacaan dan tajwid yang betul, memahami tafsir ayat dll. Banyak yang perlu dicari dan dipelajari, dan mudah-mudahan kita mendapat rahmat Allah di dunia dan akhirat yang abadi.


Buku-buku ilmiah yang lain juga perlu dibaca untuk menambahkan ilmu dan memantapkan pemikiran, kerana menuntut ilmu itu fardhu ain bagi setiap umat islam. Namun kitab Allah haruslah diutamakan, bukan dijadikan sampingan atau dipinggirkan di atas rak buku.

Semoga kita bersama-sama terus berusaha dan menggali kandungan Al_Quran tersebut bagi mendapatkan hikmah di dalamnya.

Sekian, wassalam..

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini. Menarik penulisan ni. Follow blog ni. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete