Social Icons

Pages

Tuesday 15 October 2013

Dimanakah kita ketika azan berkumandang

Assalamualaikum, 

Alhamdulilah, diberi peluang sekali lagi utk berkongsi sedikit dari perkongsian ilmu di radio ketika sedang memandu.

Dimanakah kita ketika azan berkumandang. Ustaz tersebut memberikan kita kpd 5 golongan semasa azan berkumandang.

1. Kita mendengar azan tetapi tetap meneruskan kerja yg sedang dibuat.

2. Mendengar azan dan berhenti dari kerja yg dibuat demi menghormati azan. Tapi selepas azan meneruskan kerja yg dibuat.

3. Mendengar azan, berhenti dari sbrg pekerjaan dan terus melakukan solat secara bersendirian.

4. Mendengar azan, berhenti dari sbrg pekerjaan dan terus menuju ke masjid atau surau utk menunaikan solat berjemaah.

5. Ini adalah paling baik, ketika azan berkumandang kita sudah berada dan bersedia di masjid atau surau.

Sama-sama kita muhasabah diri dan melihat dimana tahap kita ketika ini.

Semoga berjumpa utk perkongsian seterusnya.

Wassalam

2 comments:

  1. Salam,
    Nak minta izin, copy & share info ini ke facebook saya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. W'salam sis..silakan share..=)..come again..

    ReplyDelete