Social Icons

Pages

Friday 24 July 2015

Bagaimana Melatih Penggunaan Otak Kanan Anak --> Shichida Method

 Baru-baru ini ada terbaca berkenaan satu kaedah utk melatih anak kita menggunakan otak kanan mereka dan kaedah tersebut dgrnya diuruskan & diperkenalkan daripada negara matahari terbit Jepun..

Erm..kalau dari Jepun mesti kita terbayang negara & penduduknya yg berdisiplin, kuat semangat, pembersih, tepati masa, mata sepet, kulit putih, comey2 dll..

Oklah, kaedah tersebut dikenali sbg Sichida Methods --> melatih anak2 berfikir menggunakan otak sebelah kanan. 

Mengikut kajian mereka, penggunaan otak kanan nih sebenarnya  lebih efektif dari otak sebelah kiri..latihan dan praktis kaedah yg betul amat penting sejak dari kecil..^_^ Dan lebih hebat kalau anak2 kita ini mampu mengimbangi otak kanan & kiri mereka..mereka akan jadi anak yg genius, insyaAllah. 

Menjadi tanggungjawab kita sbg ibu bapa untuk mengembangkan potensi yg ada dalam diri anak dan membantu mereka membuat persiapan terbaik untuk menghadapi masa hadapan..bak kata org dulu2, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya"..kalau udah jadi buluh, ape nak buat lagi yob..

Baiklah jika ingin pembacaan lanjut boleh melayari websitenya: http://www.shichidamethod.com
Step kt bawah ini merupakan antara perkongsian daripada mereka2 yg pernah pergi kelas Sichida Method ini.. Sila2 kan  membaca, hadam & mula praktis kt anak2 kita..^_^

1. Bercakap sepenuh hati perkara positif ketika anak nak tidur..
                                  
Sewaktu anak dah mula mamai nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die dgn sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb --> semua perkara  yg baik2 dan mahmudah..^_^
Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur.  Tapi ingat, kena buat dgn seikhlas hati. Jgn sesekali buat ketika tgh marah @ geram dgn anak. Biar perkataan itu lahir dari hati kita yg bersih dan ikhlas, insyaAlah..
Kalau anak kita tu dah tidur , ramas-ramaslah sedikit jari atau tangan dia, macam picit2 supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. 

2. Start guna cards untuk ajar anak.
Beli flash card kat kedai atau buat card banyak-banyak dan tunjuk kat anak dengan cepat2.
Contoh flash card yg ada dipasaran --> ABC, 123 dll
InsyaAllah, anak2 akan lebih cepat dapat sebab bila kita tunjuk kad secara laju atau cepat2, otak kanan mereka akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu.
Sori mama, saya tgh lapo nie..saya mamam dulu flash card nie ye.

3. Gerak kerja tangan anak.
Gerak kerja tangan anak adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak2 main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. 
Memang rumah bersepah sikit dan kite yang kene mengemas balik tapi biasa lah tu kan..^_^
Satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnye rama-rama, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi, kaedah ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

                              

4. Jgn marah-marah atau tengking anak
Apabila kita marah @ tengking anak, ikut kajian anak boleh simpan semuanya dalam otak kiri. kalau kita termarah @ tergeram dan segala terrrr kt anak..minta ler maaf semula dengan seikhlas hati..tak rugi pun minta maaf dan turunkan ego ckit, anak2 tentu akan lebih sayang & hormat kepada kita..insyaAllah


5. Ajar anak berimaginasi
Berbual selalu dengan anak walaupun kita sendiri tak berapa nak faham apa die cakap atau sambung apa kita cerita..
Cth kita buat @ reka2 cerita, biarkan mereka sambung..apa pun yg mereka cakap kita iyakan shj. habis shj mereka cakap, kita sambung balik cerita itu..layan anak2 mcm teman & kawan.. 
                       

6. Main teka-teki ngan anak
Contohnya letak barang dalam kotak and suruh anak teka apa benda tu. 
First few times boleh bagi hint sedikit2 macam bagi tau colour, bunyi, bentuk dlm kotak itu.
Lama-lama anak kita boleh develop sixth sence by concentrating. Anak boleh teka apa benda dlm kotak tu. 
                      
Ini semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat, semua game yg kita main dengan dia hanya dalam tempoh setengah jam shj, tak perlu lama2.
Pesanan ikhlas
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks. 
Buat kena ikhlas , kena buat dengan sabar. Jika Allah s.w.t izin anak kite jadi pandai, Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..
Lagi satu apabila berkata kepada anak2, kena sentiasa keluarkan perkataan yang positif..contoh..”jangan bising” kepada “tolong senyap”

Dlm Islam sendiri pun menggalakkan kita ibubapa bercakap2 @berdoa perkara yg baik2 kepada anak-anak.

Ok, rasanya itu shj sedikit berkongsian buat masa ini. Jika rasa bermanfaat mohon sebarkan dan kongsi kepada sahabat2 yg lain.

Wassalam.  

No comments:

Post a Comment