Social Icons

Pages

Thursday 2 October 2014

Biar sedikit namun berkat dan jiwa tenang..=)

Assalamualaikum..

Alhamdulilah, syukur pada mu ya-Allah..

Dapat sekali lagi kita bertemu di alam maya ini.

Lama saya tidak menziarahi blog saya ini. Maybe kerana komitmen kerja yang padat disamping urusan2 lain yg perlu diselesaikan. Setiap manusia tidak dapat lari dari tanggungjawab dan amanah..=)

Baiklah ingin berkongsi sedikit tentang pentingnya keberkatan rezeki.


Selama beberapa bulan ini mengkaji sesuatu yg boleh mendatangkan rezeki dari segi wang ringgit yg banyak. MasyaAllah...sesuatu yang diluar jangkaan jika dilihat dari segi pulangannya NAMUN selama beberapa bulan ini juga saya mengkaji dari segi hukum dan syariah utk perkara tersebut.

Alhamdulilah..setelah dikaji secara mendalam dan bertanya kepada mereka yg lebih ahli, akhirnya..segala kegusaran dalam hati telah dapat dirungkaikan dan mendapat kesimpulan.

Sememangnya rezeki setiap manusia itu telah ditentukan oleh Allah, namun dari mana sumber rezeki itu dan ke mana ia dibelanjakan bergantung kepada pilihan dan iman manusia itu sendiri.

Ingatlah soalan di mahkamah Allah sw.t, di padang mahsyar nanti;

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal:
- tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan
- tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan
- tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan 
- tentang tubuh badannya dimanfaatkan sewaktu mudanya

Kesimpulannya biarlah sedikit namun yang lebih penting keredhaan Allah dan ketenangan jiwa.

InsyaAllah semoga usaha dan amalan kita yang tidak seberapa di dunia yg fana ini diterima oleh Allah.

Amin..=)

No comments:

Post a Comment