Social Icons

Pages

Monday, 28 September 2015

Akhirnya aku terjebak dgn Tone Excel!

Assaamualaikum w.b.t,

Alhamdullllilah, masih diberi masa & kesempatan menulis diruangan yg tidak seberapa ini.
Dan terima kasih bebanyak kpd sahabat2 yg masih sudi singgah dan membaca di blog ini.

Juz nk sharing..erm, tgk tajuk pun dah tau nak cite ape kan..

Iya, sedar tak sedar..aku pun dah terjebak dgn tone excel nie..upline yg promote tone excel nih bos kt tempat aku kerja..hu2.

Bukanlah paksaan tp dgn rela hati..*_*


Ok, kalo nak cerita pro & con program nih rasanya aku bukan yg terbaik utk bercerita coz masih hijau & setahun jagung lagi dlm penggunaan simcad tone excel nih.

Cuma apa salahnya mencuba..even kate org ratenya mahal ckit, tp die ada referral program utk menjana pasif income.

Dan jika dilihat 5 tahun kebelakang (2010-2015) aku guna pakej postpaid dari celcom dgn monthly commitment RM100 (lebih tak lebih aku bayar takat itu je)..dan secara jujurnya aku amat berpuas hati dgn plan postpaid celcom tersebut.

Jadi secara kasarnya aku dah spend RM100 x 12 bulan x 5 tahun = almost RM6,000.00 utk bill phone selama 5 tahun ini.

Maybe dgn same amount & commitment aku boleh capai something dgn pelan pemasaran tone excel nih utk  5 tahun ke depan..^_^ mudah2an insyaAllah..!!

Bila dtg plan marketing yg menarik mcm nie..why not kita cuba kan? dan berapa lama ketahanan (sustainable) syarikat & program nih..wallahualam..tp pastinya selagi ada supply & demand, bisnes & produk itu akan berterusan.

Dan utk makluman juga, network tone excel ini akan pickup coverage celcom..itu mungkin salah satu sebab confident sikit nk join kerana experience dgn coverage celcom sblm ini amat memuaskan.



Apa, kena cari downline? Iya, lagi satu katanya kena cari downline..baru boleh pergi jauh dalam bis tone excel nih..

Erm..maybe betul coz itu selari dgn tagline simcad itu sendiri --> prepaid that pays! (korang kena clear betul2 sblm subscribe simcad & pelan nih).

tapi buat masa nie..target aku nk cuba try pakai dan tgk feel die dulu mcm mane..if ok, baru boleh cite kt orang lain..kalo tak ok, nak cite pun segan beb!

Kalo korang nak study apa itu tone excel, cuba2 lah jenguk link di bawah ye:

Klik disini -->  Tone Excel

Ok lah, itu shj coretan buat masa ini..insyaAllah jumpa lagi dlm entri yg seterusnya.

Wassalam..

Friday, 24 July 2015

Bagaimana Melatih Penggunaan Otak Kanan Anak --> Shichida Method

 Baru-baru ini ada terbaca berkenaan satu kaedah utk melatih anak kita menggunakan otak kanan mereka dan kaedah tersebut dgrnya diuruskan & diperkenalkan daripada negara matahari terbit Jepun..

Erm..kalau dari Jepun mesti kita terbayang negara & penduduknya yg berdisiplin, kuat semangat, pembersih, tepati masa, mata sepet, kulit putih, comey2 dll..

Oklah, kaedah tersebut dikenali sbg Sichida Methods --> melatih anak2 berfikir menggunakan otak sebelah kanan. 

Mengikut kajian mereka, penggunaan otak kanan nih sebenarnya  lebih efektif dari otak sebelah kiri..latihan dan praktis kaedah yg betul amat penting sejak dari kecil..^_^ Dan lebih hebat kalau anak2 kita ini mampu mengimbangi otak kanan & kiri mereka..mereka akan jadi anak yg genius, insyaAllah. 

Menjadi tanggungjawab kita sbg ibu bapa untuk mengembangkan potensi yg ada dalam diri anak dan membantu mereka membuat persiapan terbaik untuk menghadapi masa hadapan..bak kata org dulu2, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya"..kalau udah jadi buluh, ape nak buat lagi yob..

Baiklah jika ingin pembacaan lanjut boleh melayari websitenya: http://www.shichidamethod.com
Step kt bawah ini merupakan antara perkongsian daripada mereka2 yg pernah pergi kelas Sichida Method ini.. Sila2 kan  membaca, hadam & mula praktis kt anak2 kita..^_^

1. Bercakap sepenuh hati perkara positif ketika anak nak tidur..
                                  
Sewaktu anak dah mula mamai nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die dgn sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb --> semua perkara  yg baik2 dan mahmudah..^_^
Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur.  Tapi ingat, kena buat dgn seikhlas hati. Jgn sesekali buat ketika tgh marah @ geram dgn anak. Biar perkataan itu lahir dari hati kita yg bersih dan ikhlas, insyaAlah..
Kalau anak kita tu dah tidur , ramas-ramaslah sedikit jari atau tangan dia, macam picit2 supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. 

2. Start guna cards untuk ajar anak.
Beli flash card kat kedai atau buat card banyak-banyak dan tunjuk kat anak dengan cepat2.
Contoh flash card yg ada dipasaran --> ABC, 123 dll
InsyaAllah, anak2 akan lebih cepat dapat sebab bila kita tunjuk kad secara laju atau cepat2, otak kanan mereka akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu.
Sori mama, saya tgh lapo nie..saya mamam dulu flash card nie ye.

3. Gerak kerja tangan anak.
Gerak kerja tangan anak adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak2 main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. 
Memang rumah bersepah sikit dan kite yang kene mengemas balik tapi biasa lah tu kan..^_^
Satu lagi cuba kita lukis gambar, contohnye rama-rama, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi, kaedah ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

                              

4. Jgn marah-marah atau tengking anak
Apabila kita marah @ tengking anak, ikut kajian anak boleh simpan semuanya dalam otak kiri. kalau kita termarah @ tergeram dan segala terrrr kt anak..minta ler maaf semula dengan seikhlas hati..tak rugi pun minta maaf dan turunkan ego ckit, anak2 tentu akan lebih sayang & hormat kepada kita..insyaAllah


5. Ajar anak berimaginasi
Berbual selalu dengan anak walaupun kita sendiri tak berapa nak faham apa die cakap atau sambung apa kita cerita..
Cth kita buat @ reka2 cerita, biarkan mereka sambung..apa pun yg mereka cakap kita iyakan shj. habis shj mereka cakap, kita sambung balik cerita itu..layan anak2 mcm teman & kawan.. 
                       

6. Main teka-teki ngan anak
Contohnya letak barang dalam kotak and suruh anak teka apa benda tu. 
First few times boleh bagi hint sedikit2 macam bagi tau colour, bunyi, bentuk dlm kotak itu.
Lama-lama anak kita boleh develop sixth sence by concentrating. Anak boleh teka apa benda dlm kotak tu. 
                      
Ini semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat, semua game yg kita main dengan dia hanya dalam tempoh setengah jam shj, tak perlu lama2.
Pesanan ikhlas
Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks. 
Buat kena ikhlas , kena buat dengan sabar. Jika Allah s.w.t izin anak kite jadi pandai, Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..
Lagi satu apabila berkata kepada anak2, kena sentiasa keluarkan perkataan yang positif..contoh..”jangan bising” kepada “tolong senyap”

Dlm Islam sendiri pun menggalakkan kita ibubapa bercakap2 @berdoa perkara yg baik2 kepada anak-anak.

Ok, rasanya itu shj sedikit berkongsian buat masa ini. Jika rasa bermanfaat mohon sebarkan dan kongsi kepada sahabat2 yg lain.

Wassalam.  

Saturday, 11 July 2015

Hidup Luar Biasa

Assalamualaikum..

Apa kaba kawan2 semua..harap semua sihat hendaknya..

Terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah di ruangan saya yg tak seberapa ini. Sambil2 singgah tue jemput2 ler membaca ape yg patut ye..sambil2 tu..cer klik kt iklan nuffnang kt atas, tepi & bawah tue..haa, besor pahalanya kalo niat sedekah kt org lain bulan2 puasa nie..^_^

Ok, hari ini rasenya ingin berkongsi sedikit ilmu yg dikutip dalam seminar Hidup Luar Biasa, Dr Azizan Osman pd bulan Mei 2015 yg lepas. Bak kata Dr, hidup ini kena bermanfaat kpd org lain dan sampaikan manfaat sebanyak mane yg kita mampu..so, ape salahnya saya share sedikit tips & ilmu utk info kawan2 semua.



Ok, nota kt atas tue adalah point yg saya nak sharekn dgn kawan2 hari ni. Kita start dengan yg paling bawah dulu bawa ke atas..ok bole eh?

So, kt bawah sekali kita start dengan:

SUASANA / HASIL / OUTCOME:

--> Suasana atau hasil tersebut menggambarkan siapa diri kita hari ini. So, pls check diri masing2..mungkin hari ini kita adalah seorang engineer yg berjaya, seorang peniaga online, usahawan, seorang student, suri rumah, mempunyai kereta yg hebat, mempunyai rumah banglo dll lagi..so, semua itu menggambarkan suasana @ hasil diri kita pada hari ini..

TINDAKAN / KEPUTUSAN:

--> Baik,  jika kita dah check suasana @ hasil diri kita hari ini.....semuanya berpunca daripada tindakan & keputusan yg telah kita buat sebelum2 ini.

Maksud Dr Azizan, jika kita bekerja makan gaji hari ini, pastinya sebab dulu kita yg membuat keputusan & tindakan utk memohon kerja, menghantar resume, pergi inteview dan akhirnya diterima bekerja.

Cth yg lain spt kita memiliki sebuah kereta Myvi..pastinya kita sendiri yg membuat tindakan & keputusan utk membeli kereta jenis Myvi, dan kita yg apply loan bank utk kereta tersebut.

So, SUASANA / HASIL / OUTCOME kita hari ini berpunca daripada KEPUTUSAN & TINDAKAN kita sebelum ini

Kita tak perlu salahkan ibu bapa, jiran2, kawan2, kerajaan dan sesiapa sahaja atas diri kita..sebab kita yg bertangungjawab..^_^ (mcm serius lah plak bunyinya)

Orait, kita pergi ke next point..


KEINGINAN (DESIRE)

Tindakan  & keputusan tadi dipengaruhi oleh --> EMOSI atau lebih mudah kita fahami sebagai KEINGINAN (DESIRE).

Baik, ambil cth pasal kereta Myvi tadi..dari awal lagi anda telah mempunyai keinginan (desire) utk memiliki kereta Myvi tersebut, so anda membuat keputusan & tindakan  utk apply loan bank dan membeli kereta tersebut..*_*

Bagitu juga dgn pekerjaan, setiap kita mempunyai cita-cita dan impian tersendiri, so keinginan (desire) dalam diri tersebut akan mendorong keputusan & tindakan anda utk mendapatkan pekerjaan itu.

Sama juga spt usahawan2 yg ingin memulakan perniagaan, keinginan (desire) yg kuat mendorong mereka utk membuat keputusan & tindakan yg berani untuk berniaga.

Orait, kita pergi ke last point..alhamdulilah..

MINDA

Keinginan (desire) tadi sebenarnya berpunca daripada MINDA kita. Ini merupakan sebenarnya kunci kepada siapa diri kita hari ini.

Menurut Dr Azizan, minda kita ini ibarat sebuah powerfull software dan kita boleh programkan mengikut apa yg kita inginkan.

Dats y kita kena selalu masukan segala yg positif dan mahmudah dalam hati & minda kita. Barulah nanti hasilnya juga akan menjadi baik..insyaAllah

Jika kita set MINDA kita utk menjadi seorang usahawan berjaya dlm 10 tahun lagi, insyaAllah keinginan (desire), keputusan dan tindakan kita bermula dari sekarang akan membawa hasil ke arah itu.

Begitu juga jika kita telah set minda utk bekerja sehingga umur persaraan, keinginan (desire), keputusan, tindakan, dan hasil yg berlaku juga akan mengikuti apa telah diprogramkan oleh minda kita.

Ingat semula, kita yg bertangungjawab atas diri kita sendiri..

Dan, akhir sekali bagi memacu minda kita utk menuju ke arah kejayaan dan luar biasa, itulah pentingnya ilmu @ konwledge @ information..!! sebelum memulakan sesuatu pastikan kena ada persiapan & ilmu. 

Jika ingin berniaga, pastikan anda telah ada maklumat secukupnya berkaitan perniagaan tersebut, siapa mentor yg ingin diikuti, kelas apa yg perlu dihadiri untuk perniagaan tersebut, siapa rakan networking yg boleh kita percayai dan lain-lain lagi..^_^

Akhir kata, jika ingin menjadi hidup luar biasa..teruskan mencari dan mencari..!! Jatuh dan naik itu lumrah kehidupan..namun pengalaman yg dirasai sepanjang jatuh dan bangun itu yg mahal harganya..dan ketika anda bangkit kembali dan berjaya..itulah selayaknya dipanggil HIDUP LUAR BIASA

Dan jgn lupa carilah bersama keredhaan Allah s.w.t dalam kehidupan ini,  dan semoga kita semua mendapat kejayaan di dunia & akhirat..insyaAllah.

Wassalam..

Wednesday, 8 July 2015

Cara Menjana Income Melalui Blog - Program Affiliate - Kitab SEO Merah jambu

Assalamualaikum..w.b.t

Hi, ape kabo sahabat2..terima kasih kerana sudi dtg dan singgah di ruangan yg tidak seberapa ini.

Iya, baiklah..kali ini ingin membincangkan tentang salah satu cara bagaimana kita boleh menjana pendapatan melalui alam maya --> lebih tepat lagi melalui blog @ media sosial yg kita ada (facebok, twitter, instagram dll).

Antara kaedah yg kita boleh cuba adalah program AFFILIATE

Mungkin agak asing pada mulanya, tp secara ringkasnya affiliate itu bermaksud lebih kurang begini..

Kita bantu promosi sesuatu produk dlm blog atau media sosial kita, apabila produk itu terjual maka kita akan dpt komisen..=)

Ok, ambil cth satu   kita mendaftar dalam satu program affiliate ini (www.ashadee.com) --> daftar free jer

Then, lepas register die akan bagi kita link utk promote produk yg ingin dijual (setiap org ada link tersendiri & unik) dan apabila customer masuk dan membeli melalui link tersebut kita akan dpt komisen.

Ok, utk lebih faham..apa kata korang cuba dptkn e-book Kitab SEO Merah Jambu dgn menekan link di bawah ini.




E-book ini ditulis oleh seorang otai affiliate di Malaysia yg bernama Ahmad Faizal, dan di sini beliau akan berkongsi dgn kita tips2 dan teknik yg beliau telah gunakan selama beliau berblog dan telah menjana income puluhan ribu ringgit..!! dari program AFFILIATE

Harganya, kalo bagi e-book nmpk mcm mahal iaitu RM120, namun bagi saya contentnya sgt bagus dan insyaAllah boleh membuka minda dan jalan bagi mereka yg berminat utk pergi lebih jauh dlm bidang blog dan affiliate ini.

Sahabat2, sebenarnya jika igin menempuh dan mendapat pengalaman tersebut sendiri..kita perlu melalui tempoh yg panjang &sukar (lebih 10 tahun), dan pastinya byk perkara perlu dikorbankan spt keringat, masa dan wang ringgit utk mendapat tahap spt beliau.

Namun berita baiknya, dgn membeli e-book Kitab SEO Merah Jambu yg berharga rm120 ini, beliau sudi berkongsi segala pengalaman, tips & teknik yg telah beliau gunakan selama ini..malahan dlm e-book tersebut beliau memberi keizinan utk copy paste ayat2 tak terkalah dlm blog beliau..dan ayat2 yg telah menarik ribuan pengunjung & pembeli selama ini.

Ok, sekian sahaj buat kali ini.

InsyaAllah setiap tindakan yg berlandaskan ilmu akan lebih mudah menghadapai cabaran dan dugaan yg mendatang..=)

Wassalam

Wednesday, 1 April 2015

Mengubah Huruf Kecil dan Besar Dalam Microsoft Word, Power Point & etc

Assalamualaikum..

Juz nak share satu perkara berkaitan masalah bentuk tulisan dalam word, power point dll..bagi yg biasa buat paperwork @ report mungkin pernah jumpa masalah ini.

Jika kita mendapat raw data yg bercampur tulisan kecil dan besar..dan kemudian ingin transfer data atau membuat buat report yg kemas tulisannya..

Mungkin ini sedikit sebanyak dapat membantu:

 
Jika sahabat melihat pada tab home, pasti akan jumpa ikon di atas.
So, kat ikon tue boleh pilih kesesuaian bentuk tulisan yg kita inginkan..

Sentence case: Huruf besar pada permulaan ayat shj
lower case: semua tulisan huruf kecil
UPPERCASE: SEMUA HURUF DALAM HURUF BESAR
Capitalize Each Word: Huruf Besar Pada Setiap Awal Perkataan
tOGGLE cASE: hURUF kECIL pADA sETIAP aWAL pERKATAAN

Ok, sekian perkongsian buat masa ini.

Semoga membantu dan memberi manfaat.
Jumpa lagi dlm entri seterusnya.

Wassalam..    

Thursday, 19 March 2015

Support My New Blog! Impi & Harap

Assalamualaikum..

Erm..just nak share my new blog..=)


Tajuknya impi & harap..membawa maksud tersendiri dan juga impian & harapan dalam kehidupan ini..insyaAllah!

Linknya: http://impiharap.blogspot.com/

Ok, jemput singgah ye..like juga kt fb utk news feed update..he2.

& rerajin ler komen ye..give some opinion & support

Wassalam

Friday, 6 March 2015

PA System - 28hb Feb & 1hb Mac 2015 - Family Day Pengkalan Balak

Alhamdulilah..

Baru-baru ini di Pengkalan Balak turut serta  menjayakan program family day department sebuah syarikat korporat.

Mereka menggunakan PA system untuk 2 hari sabtu & ahad iaitu pada 28hb Feb & 1hb Mac 2015.

Kami menggunakan kekuatan speaker baru Behringer 1000 watt perchannel..kire event ini sbg medan test power juga sebenarnya..dan kami sgt berpuashati dgn output dan sound speaker tersebut.

Yg penting sekali semestinya kepuasan customer..=)

Terima kasih diucapkan kepada sahabat2 yg recommend. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.

Berposing di meja pa system..partner saya Que sedang menjalankan tugas sbg MC.

Ok, rasenya itu shj perkongian buat masa ini. 
Jika ada yg berminat area Melaka..boleh hubungi no di bawah ye.

Zam: 013-3888637
Que: 013-3103241

Sekian, wassalam..  

Saturday, 7 February 2015

PA System & Liveband - Melaka

Assalamualaikum,

Iklan sat ya..

Sesiapa yg berminat menggunakan perkhidmatan PA system area Melaka


Bolehkah hubungi no di bawah ya..=)



TQ

Thursday, 5 February 2015

Keberkatan Waktu



Keberkatan waktu..

Mudah2an kita tergolong dari golongan yg mendapat keberkatan waktu..

Setiap insan dikurniakan masa yg sama 24 jam sehari oleh Allah s.w.t..

Tp bagaimana kita memenuhi masa kita seharian..dan adakah kita merasakan masa itu cukup utk kita memenuhi tuntutan kehidupan kita..

Wallahualam..tepuk dada tanyalah iman

Keberkatan waktu..

Semoga kita dikurniakan oleh Allah s.w.t salah seorang hamba-Nya yg mendapat nikmat keberkatan waktu.

Wassalam..=)

Wednesday, 7 January 2015

Mukjizat Al-Quran


Assalamualaikum..

Subhanallah..

Gambar di atas sekali lagi menceritakan kebesaran Allah s.w.t kepada kita sbg hamba-Nya.

Al-Quran yg dijumpai oleh sukarelawan banjir di Kelantan masih cantik dan indah apabila di buka. 

Allahuakbar..!!

Wassalam..=)