![]() |
Wednesday, 31 July 2013
Kajian saintifik - Air zam zam
Tuesday, 30 July 2013
Doa ibu bapa
Di penghujung Malaysia
Monday, 29 July 2013
Amalan bersedekah
Menutup aurat vs membalut aurat
Sunday, 28 July 2013
Keutamaan Solat Berjamaah
Namun begitu, ramai lelaki muslim di luar sana yang rasanya mengambil mudah akan tuntutan solat secara berjemaah ini. Buktinya, masjid lengang pada hari-hari biasa (terutamanya waktu subuh) dan hanya penuh ketika solat jumaat atau solat hari raya.
Alangkah ruginya orang yang tidak solat secara berjemaah kerana banyak sekali kelebihan solat secara berjemaah yang diriwayatkan dalam hadis-hadis. Salah saut hadis yang menceritakan fadhilat solat berjemaah ialah daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :
Solat seorang yang dikerjakan secara berjemaah pahalanya melbihi solat yang dikerjakan secara bersendirian di rumah atau di pasar dengan perbezaan pahala sebanyak 25 darjat. Yang demikian itu boleh diraih jika dia berwuduk dengan sempurna, lalu keluar menuju masjid yang tujuannya hanya untuk mengerjakan solat. Tidaklah dia melangkah kakinya (ketika menuju ke masjid) melainkan darjatnya akan ditingkatkan dan dosanya akan diampunkan. Jika dia telah mengerjakan solat, para malaikat akan tetap berselawat kepadanya selama mana dia masih berada di tempat solatnya dan belum berhadas. Para malaikat berucap, "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keampunanmu kepadanya. Ya Allah, kasihilah dia". Dan dia akan dianggap mengerjakan solat selama dia menunggu untuk mengerjakan solat. (Hadis riwayat al-Bukhari).
Rasulullah sangat menekankan solat secara berjemaah. Pernah datang seorang lelaki buta kepada Nabi SAW meminta keringanan untuk solat dirumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, "Adakah engkau mendengar laungan azan ?". Lelaki itu menjawab, "Ya". Nabi kemudiannya bersabda, "Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah)".
Kalau lelaki buta pun Rasulullah SAW menganjurkan supaya bersolat secara berjemaah, inikan pula kita yang celik matanya dan mendengar azan hampir setiap hari. Kekerasan Rasullulah SAW dalam bab solat secara berjemaah ini juga dapat dilihat di dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):
Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya, aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat penyayang dan pentingkan umatnya, pernah terlintas untuk membakar rumah mereka yang tidak solat secara berjemaah. Bayangkahlah betapa pentingnya solat secara berjemaah sehingga Nabi SAW sanggup untuk berfikir sedemikian rupa.
Oleh itu, sedarlah wahai sekalian lelaki muslim. Penuhkanlah masjid untuk solat secara berjemaah. Tidak rugi kalau kita berjalan, menaiki motosikal atau kereta untuk ke masjid. Luangkanlah sedikit masa (dalam 10-15 minit) untuk solat di masjid. Insya-Allah, segala usaha kita untuk solat secara berjemaah akan dibalas sebaiknya dengan ganajaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
sumber: http://syedzai.blogspot.com
Memasang meter elektrik dan air
Ok, rasanya disini ingin berkongsi dgn sahabat2 tentang tatacara dan prosedur bagi pemasangan meter elekrik dan air rumah dibeli dari pemaju atau atas tangan orang lain.
Sebelum ini ada konfius juga pasal perkara ini, so cari kt google n forum yg berkaitan.
Erm, rasanya tak susah nak settlekan perkara just bergantung kepada kita. Kalau cepat kita proses cepatlah settle. Kalau slow n steady, resultnya pun sama..=)
1. Meter Elektrik
Utk meter elektrik ini kita boleh bahagikan kepada 2 kategori:
Kes 1: Membeli rumah dari pemaju;
Biasanya pemaju akan menghantar lakaran pendawaian secara bundle kepada pihak TNB apabila projek perumahan sudah siap, jadi tuan rumah boleh direct berurusan dgn TNB terdekat dan minta borang apply meter. Tuan rumah juga perlu sediakan dokumen spt dibawah:
sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon utk dihubungi (belakang) - 1 copy
deposit pemasangan meter - RM240 (Melaka)
setem hasil - RM10
Kes2: Membeli rumah dari orang lain;
i. Jika kita memohon dlm tempoh 6 bulan atau kurang dari tarikh tuan rumah asal tamatkan akaun meternya, kita tak perlu lantik kontraktor berlesen. Boleh terus pergi ke TNB dan prepare dokumen spt di atas.
ii. Jika tuan rumah asal sudah tamatkan akaun meter lebih dari 6 bulan, kita perlu lantik kontraktor berlesen utk uruskan hal tersebut. Semua akan diuruskan oleh kontraktor berlesen , kita just bayar dan beri dokumen yg diperlukan:
sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon beserta fon (depan), serta nama waris dan fon utk dihubungi (belakang) - 1 copy
deposit pemasangan meter - RM240 (Melaka)
setem hasil - RM10
Kontraktor - RM120
* Kita boleh hubungi branch TNB terdekat utk dptkan contact kontraktor berlesen yg berhampiran.
* Pemasangan meter dlm tempoh 2 hari selepas borang permohonan dihantar.
2. Meter Air
Utk meter air rasanya lagi mudah. Just pergi terus ke syarikat air negeri yg berhampiran dan dia akan bagi borang utk diisi lengkap. Juga bawa dokumen dibawah:
sales and purchase agreement (SnP) - 1 copy
ic pemohon - 1 copy
deposit meter- RM100 + pemasangan RM10
setem hasil - RM10
* Pemasangan meter dlm tempoh 3-7 hari bekerja
Ok, rasanya sampai itu aje nak dikongsikan. Mungkin sahabat lain yg ada pengalaman dan cerita tersendiri semasa membuat pemasangan dirumah masing2. Boleh dikongsikan pada bghn comment utk manfaat kita bersama-sama.
Insyallah, wassalam..
Masjidil-aqsa yg sebenarnya
Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.
Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Bersabda nabi Muhammad SAW di dalam sepotong hadith:
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام، والمسجد الأقصى، ومسجدي متفق عليه، واللفظ للبخاري
Daripada Abi Sa’id al-Khudri R.A. Rasulullah SAW dilaporkan berkata: Janganlah bersungguh-sungguh/bersusah-payah pergi berjalan melainkan ke tiga masjid, al-Masjid al-Haram (Makkah), al-Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Masjidku (Masjid Nabi di Madinah) - Muttafaqun alaihi dengan lafaz daripada Bukhari.
Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab. Sekatan serta fatwa pengharaman menziarahinya oleh Mufti Palestin yang turut disokong ramai ulamak kerana perlu membayar wang yang banyak kepada penjajah Zionist, menyebabkan hanya sedikit daripada kita yang mengenali bangunan al-Aqsa yang sebenarnya.
Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.
Gambar yang kerap disebarkan untuk menunjukkan al-Aqsa yang sebenar
Dalam artikel ini, saya akan cuba berkongsi maklumat yang sebenar mengenai bangunan al-Masjid al-Aqsa seperti yang dikenali penduduk Palestin. Saya perlu memberikan kredit kepada pensyarah Universiti al-Najah, Dr Haithem F. al-Ratrout yang telah melakukan kajian perkembangan senibina al-Aqsa di dalam kajian PhD semasa menuntut di Al-Maktoum Institute. Saya telah mendapat keizinan beliau untuk menyebarkan maklumat kajiannya, kerana menurut beliau ini merupakan tanggungjawab Muslim bagi memperkenalkan bangunan al-Aqsa yang sebenarnya. Anda boleh membeli buku beliau daripada laman ini untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.
PEMBINA AL-AQSA YANG SEBENARNYA
Untuk mengetahui al-Aqsa, kita terlebih dahulu perlu mengetahui siapakah pembinanya. Menurut ulamak, tidak ada satu nas yang amat sahih menyatakan secara jelas siapakah pembina al-Aqsa. Cuma terdapat sepotong hadith sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:
حديث سليمان بن مهران الأعمش، عن إبراهيم بن يزيد التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله أي مسجد وضع أول؟ قال: المسجد الحرام. قلت: ثم أي؟ قال: المسجد الأقصى. قلت: كم بينهما؟ قال: أربعون سنة
Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….
Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.
Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ
Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).
Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.
Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.
Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.
KONSEP BINAAN MASJID DI DALAM ISLAM
Untuk mengetahui bangunan al-Aqsa, kita juga perlu untuk mengetahui konsep binaan masjid di dalam fiqh Islam. Secara ringkasnya, yang dinamakan masjid itu perlulah mempunyai empat elemen:
1. Lokasi.
2. Sempadan.
3. Qiblah.
4. Aktiviti, termasuklah ritual ibadah dan juga segala aspek kehidupan yang membawa kesejahteraan akhirat.
Gabungan lokasi dan sempadan, menurut ulamak, tidak membawa maksud yang masjid itu perlu berada di dalam satu bangunan. Masjid di zaman nabi Muhammad pun tidak mempunyai bangunan. Yang paling penting ialah, pembina masjid tersebut perlu menentukan lokasi dan sempadannya. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita memahami yang masjid itu perlu dibuat di dalam bangunan.
LOKASI AL-AQSA
Dalam peta politik moden, al-Aqsa terletak di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Pekan Lama atau Old City of Jerusalem, Tebing Barat (West Bank). Semasa zaman nabi, banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kawasan ini, seperti Eiliya’, Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Old City of Jerusalem dikelilingi oleh pagar. Di dalamnya terletak kawasan petempatan lama. Ianya agak padat. Dahulu Muslim Arab merupakan majoriti, akan tetapi selepas penjajahan, orang Yahudi semakin ramai menguasai kawasan petempatan di dalam Old City of Jerusalem. Turut berada di dalam pagar Old City berkenaan, ialah Holy of Sepulchre, gereja utama agama Kristian. Al-Masjid al-Aqsa terletak di tenggara pagar Old City.
Pandangan udara Old City of Jerusalem dan al-Aqsa
PLAN KA’BAH DI AL-MASJID AL-HARAM
Selain itu, kita juga perlu mengetahui bagaimanakah plan asal Ka’bah yang telah dibina oleh nabi Adam. Ini adalah kerana kita telah faham bahawa pembina kedua-dua bangunan ini kemungkinan besar adalah orang yang sama berdasarkan hadith Abu Dzar tadi. Ramai yang memahami Ka’bah sebagai bangunan berbentuk kiub yang dilitupi oleh kain kiswah hitam. Fakta ini kurang tepat, kerana sebenarnya kawasan Hijir Ismail adalah juga sebahagian Ka’bah berdasar pandangan ramai ulamak. Jika diteliti laporan daripada al-Azraqi (meninggal 222 H), beliau telah melakarkan plan Ka’bah seperti yang telah direnovasi oleh nabi Ibrahim seperti imej berikut:
BANGUNAN AL-AQSA YANG SEBENAR
Antara gambar terbaik untuk melihat pandangan udara al-Aqsa ialah seperti berikut.
Secara ringkas, al-Masjid al-Aqsa yang sebenar ialah meliputi semua monumen bangunan dan tanah lapang di sekitar pagar empat segi di atas. Hujjahnya ialah seperti berikut:
1. Nabi Muhammad diisra’ ke al-Aqsa. Kemudian dimikrajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju yang nabi dinaikkan ke langit daripada lokasi Dome of the Rock sekarang yang letaknya di bukit paling tinggi di dalam pagar di atas. Justeru tidaklah tepat sekiranya Dome of the Rock dikatakan bukan sebagai al-Aqsa.
2. Masjid tidak semestinya berada di dalam satu bangunan. Ianya boleh jadi di atas tanah lapang, atau dalam bangunan, atau gabungan tanah lapang dan bangunan, selagi mana ditentukan lokasi dan sempadannya.
3. Al-Aqsa mempunyai hubungan dan persamaan dengan Ka’bah. Tidak mustahil, kerana pembinanya adalah orang yang sama. Bahkan jika dibesarkan plan Ka’bah, kita akan dapati yang plannya adalah sama dengan pagar sempadan al-Aqsa. Dengan erti kata lain, sudut bukaan setiap hujung empat seginya adalah sama. Penjelasan lanjut boleh diperolehi daripada buku Dr Haithem yang sebenarnya merupakan thesis PhD beliau.
Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah al-Masjid al-Aqsa
1. Al-Aqsa ialah kawasan yang meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.
2. Umat Islam perlu menghentikan penyebaran maklumat salah yang kononnya Dome of the Rock bukan sebahagian daripada al-Aqsa. Sasaran Zionist sekarang ialah membina Haikal Sulaiman di atas tapak Dome of the Rock, yang dianggap sebagai The Holiest of Holy oleh orang Yahudi. Sekiranya kita membiarkan fokus kita daripada mempertahankan Dome of the Rock, maka mudahlah orang Yahudi merampas al-Aqsa.
3. Saya amat mencadangkan rakan-rakan pembaca untuk membeli buku Dr Haithem, serta membaca kajian lanjut mengenai pembinaan Ka’bah, pembinaan Jami’ Qibli, Dome of the Rock dan kubah-kubah lain, sejarah pemerintah yang menguasai dan memakmurkan al-Aqsa dan lain-lain.
sumber: abidfana.com
Saturday, 27 July 2013
Payung Gergasi - Masjid Nabawi
7 nama syaitan dalam al-fatihah
Al-fatihah adalah surah wajib dibaca dlm setiap solat. Maka adalah sgt penting membaca surah tersebut dgn tajwid dan makhraj yg betul, insyallah.
Tanpa kita sedari ada 7 nama syaitan yg terdapat dlm surah al-fatihah. Jika terdapat kesilapan, akan larilah makna bacaan dlm solat kita, naizubillahiminzalik.
Maka wajiblah kita mencari ilmu kerana itu adalah kewajiban dan tuntutan agama islam terhadap umatnya.
Nama-nama syaitan di dlm surah al-fatihah:
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNA’K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA’K
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6. SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7. AMIN ……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat, MIN..3 harakat.
Semoga kita sentiasa membaiki bacaan dari masa ke semasa, insyallah
Wassalam..moga bermanfaat dan disebarkan kepada sahabat2 yg lain.
Insyallah..
Friday, 26 July 2013
Memancing - kolam kalumpang
Pasar Ramadhan
Thursday, 25 July 2013
Ikrar - Doa Iftitah
Doa Iftitah:
اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
Masyallah sgt mendalam maknanya, kerana itu merupakan ikrar kita kepada Allah swt, sekurangnya 5 kali sehari setiap solat fardhu.
Jadi utk renungan diri saya n sahabat, marilah kita tunaikan ikrar tersebut dgn sebaik-baiknya.
Moga kita menjadi hamba Allah yg bertaqwa dan ibadah kita diterima oleh-Nya.
Wassalam..
Dakwah islamiah
Wednesday, 24 July 2013
Duit Raya - ibadah atau budaya
Hanya utk peringatan diri sendiri dan sahabat2.
Amalan duit raya nie ada yg berkata dtgnya dari budaya bangsa cina memberi angpau.
Tidak dinafikan seratus peratus budaya memberi angpau itu budaya bangsa cina tapi...
jgn dilupakan tuntutan agama kita dan pesanan Rasulullah s.a.w supaya bykkan amalan bersedekah kerana dalam rezeki kita itu terdapat hak orang lain.
Jadi anggaplah memberi duit raya itu sbg satu sedekah dan ibadah, insyallah. Moga-moga amalan kita diterima Allah.
Ok sahabat, jgn lupa tukar duit raya awal2. Takut nnti congest ramai nak tukar last minute.
Ada yg tukar beratus2, beribu2 puan ada..maklumlah anak buah, sedara sepupu sepapat ramai dan berkumpul time hari raya. Yg penting ikut kemampuan masing-masing, serta tidak membazir dan membebankan kita kemudian hari.
Pasti seronok melihat keceriaan pada wajah anak2 kecil apabila mendapat duit raya.
Kita pernah melalui zaman itu so..bg peluang adik2 dan anak2 kita pula merasai zaman tersebut..=)
Insyallah, wassalam.
Pesanan buat sahabat
Iftar Ramadhan
Blog for mobile
Tuesday, 23 July 2013
Tip-tips Dan Panduan Khusyuk Dalam Solat
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾
الصَّلاَةُ مَثْنَى مَثْنَى تَشَهَّدُ فِي آُلِّ رَآْعَتَيْنِ وَتَخَشَّعُ وَتَضَرَّعُ وَتَمَسْكَنُ…… (رواه الترمذي)
Tips Dan Panduan Khusyuk Solat
.
1. SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT:
Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat.