Social Icons

Pages

Friday 21 February 2014

Kiki dan Lala - ikan puyu

Alhamdulilah..

Itu je yg mampu terucap apabila melihat ikan puyu belaan kami dah kembali sihat..=)

Erm..kalo nak ikutkan sudah lama juga ikan puyu yg diberi nama Kiki dan Lala ini tinggal bersama kami. Kalau tidak silap semenjak awal tahun 2012 sudah mula membela 2 ekor ikan puyu yg masih kecil ketika itu. Kami sudah berpindah 3 kali dari 2 rumah sewa ke kediaman kekal sekarang, maksudnya 3 kali jugalah mereka mengikut kami. Dan Kiki Lala ini juga sudah merentasi 3 negeri, dimana asalnya kami ambil dari rumah mertua di Perak, ke kediaman ketika itu di Shah Alam, dan sekarang mengikut kami menetap di Melaka. Sekarang nie dah besarlah juga dua-duanya dan syg ler juga kt diorg nig..hu2.

Kisahnya malam smlm si Kiki macam tak berapa sihat dan warnanya pudar dan pucat aje. Berenang pun tak selincah biasa dan kejap-kejap kelihatan nak rebah ke sisi. Nampak gaya seperti seruan Ilahi semakin hampir. Yang lagi sedihnya bila melihat kawannya si Lala tahu Kiki tak sihat dan sentiasa support dan berenang di sebelahnya. Bila si Kiki nie senyap dan badannya nak rebah, Lala pun berenang ke arah Kiki dan tolak kawannya dengan kepala supaya badannya tegak dan boleh berenang semula. Aduh, touching la kejap tgk gelagat 2 ikan puyu nih..hebat nilai persahabatan mereka.

Erm..jika itulah takdirnya kami redha dan merelakan...setelah diberi makan, kami biarkan 2 sahabat itu bermain dan meluangkan masa bersama..mudah-mudahan pagi esok mereka masih bermain dan berenang bersama.

Pagi sblm pergi kerja tgk semula, erm..nampak makin ok dan baik dari mlm tadi..perlu segera menuju ke tempat kerja so tinggalkan mereka dulu..harap tiada apa-apa berlaku..

Sepulangnya dari kerja..alhamdulilah, lega rasanya. Nampaknya kami masih diberi peluang utk membela Kiki dan Lala..warnanya kembali segar dan kembali lincah berenang seperti biasa. Mungkin Kiki tidak sihat malam tadi, tapi manalah kita nak tahu kan..

So, back to normal..=) 

Ok, itu sahaja rasanya berkaitan ikan puyu belaan kami, Kiki dan Lala..


Bermain bersama dalam besen..Kiki dan Lala..=)

Tuesday 18 February 2014

Nostalgia - di alam pengajian

Assalamualaikum,

Erm..malam-malam nie tetiba nak layan feeling ckit..

Bila lihat semula wajah sahabat2 lama di FB..sahabat di sekolah, matriks, universiti (rakan2 semasa alam pengajian), kerana mereka lah antara sebab kita berada di mana kita berada sekarang. Mereka turut membantu mencorakkan diri kita secara langsung dan tidak langsung..


Ya-Allah, walaupun adakalanya kami berjauhan dan terputus hubungan kerana faktor lokasi dan persekitaran, moga silaturahim yg pernah terjalin akan kekal dan utuh dalam hati dan ingatan.

Nostalgia

Munsyid: Shoutul Amal


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat 



Sunday 16 February 2014

Rasulullah insan istimewa - keajaiban ketika kelahiran baginda

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi ruangan ini.
Dan alhamdulilah masih diberi kesempatan utk menulis diruangan yg tidak seberapa ini.

Sedikit perkongsian berkaitan insan hebat, iaitu Nabi Muhammad s.a.w, Rasul umat akhir zaman. Baru-baru ini kita baru sahaja menyambut sambutan maulidur Rasul, atau ulangtahun kelahiran Rasulullah untuk tahun 1435H, iaitu tanggal 14hb Jan 2014 yang lepas.

Ada sesetengah pendapat mengatakan perkara itu bida'ah kerana tidak diunjurkan masa zaman Rasulullah dan tiada dilakukan pada zaman sahabat. Namun banyak pendapat mengatakan untuk perkara yg baik, tidak salah rasanya kalau kita buat pada zaman kita. Dan jika kita menyorot kembali sejarah Rasulullah dari dalam kandungan ibunya, sehingga zaman kanak-kanak dan remajanya, pastinya sirah Rasulullah sangat hebat dan wajar dijadikan sambutan sbg contoh ikutan dan dijadikan pedoman dlm kehidupan kita.

Kehebatan Rasulullah sudah bermula ketika di dalam kandungan ibunya lagi. Ini kerana ibu Rasulullah iaitu Aminah sendiri tidak mengetahui ia sedang mengandung kerana tidak pernah mengalami sebarang alahan atau muntah-muntah yg biasa dihadapi ibu mengandung. Aminah hanya mengetahui ia mengandung melalui berita yg disampaikan oleh Malaikat kepadanya ketika sedang tidur. Selain itu tanda kehamilan juga diketahui dengan terputusnya haid dan berpindahnya nur dari wajah Abdullah (ayahanda Rasulullah), ke wajah Aminah yang ketika itu mengandungkan Rasulullah.

Keadaan baginda dilahirkan juga sgt isitmewa, iaitu ibunya menyaksikan cahaya atau nur keluar dari tubuh baginda. Cahaya tersebut menerangi sehingga ke istana Busra di Syria, seolah seperti cahaya anak panah dari jauh dapat dilihat. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan cahaya tersebut datang dan menerangi sehingga ke seluruh dunia. Ketika dilahirkan, ibundanya tidak merasa sebarang kesakitan bersalin, tali pusat baginda sudah siap dipotong dan sudah siap dikhatankan.Begitulah bagaimana Allah menjaga kehormatan kekasihnya bagi mengelakkan fitnah manusia kemudian hari.  Sesetengah riwayat mengatakan baginda lahir dalam keadaan menghadap ke langit sambil mengangkat tangan seakan-akan sedang berdoa.

Antara keajaiban yang  berlaku semasa kelahiran Rasulullah dan sbg tanda baginda Rasul umat akhir zaman:

1. Berhala-berhala disekitar kaabah jatuh dari tempatnya. Lalu terdengar suara dari dinding kaabah berkata iaitu " telah lahir nabi pilihan yang membinasakan orang kafir dan mensucikanku dari berhala-berhala ini, dan memerintah penyembahan kpd Yang Maha Mengetahui.

2. Berlaku goncangan di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, dan 14 tiang serinya runtuh. Ia merupakan tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

3. Api sembahan di Parsi yang tidak pernah padam hampir seribu tahun tiba-tiba terpadam. Ia merupakan api sembahan orang Majusi dan ini benar-benar mengejutkan orang Parsi.

4. Tasik Sava yang dianggap suci telah tenggelam ke dalam tanah.

5. Selepas kelahiran baginda, tembakan bintang menjadi semakin kerap. Ini menandakan bahawa pengetahuan jin dan syaitan mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Iya, itulah antara keajaiban yang berlaku semasa kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. Senagai bukti Rasulullah itu insan istimewa dan membawa kebenaran bagi seluruh alam.

Dikesempatan ini juga, mohonlah sekiranya dpt meluangkn sedikit masa utk berselawat dan memuji kepada junjungan besar kita.


Di bawah juga dikongsikan antara kelebihan berselawat dan fadhilatnya..jadikanlah juga ia sbg salah satu amalan harian kita, insyaallah besar hikmahnya.


Ok, jika ada kesempatan yg lain kita akan sambung sirah Rasulullah ketika zaman kanak-kanak dan remaja baginda yg pastinya sgt menarik dan hebat.

Sekian, wassalam

Tuesday 4 February 2014

Aman

Aman - Lagu tema Aman Palestin

Lagu: Shamril Salleh - Sham Kamikaze
Lirik: Habsah Hassan
Artis: Shahir & Maulana


Ayuh, kongsikan sedikit rezeki kurniaan Allah kpd kita bersama saudara kita di sana.

Pandang dapat pahala..bestnya..=)

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi ruangan tidak seberapa ini. Dan syukur masih diberi peluang dan ruang masa untuk menulis untuk tatapan bersama.

Baiklah, rasanya ramai yang sudah tahu. Sesungguhnya Islam itu sangat indah dan Allah menyukai kepada kecantikan @ keindahan.


Ada 3 perkara jika dipandang sudah dianggap sebagai ibadah dan mendapat pahala. Ia, membuktikan betapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.

Daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda '' Melihat pada tiga perkara adalah ibadah, iaitu melihat wajah kedua ibu-bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan.''
(Riwayat Abu Nuaim)

Apa lagi, jom kita tambah pahala dengan melihat 3 perkara ibadah tersebut..=)

Pesanan terakhir, bacalah Al-Quran sebagai amalan harian dan baca terjemahannya sekali utk memahamkan hikmah di dalamnya..

Semoga bertemu lagi, wassalam..

Saturday 1 February 2014

Renungan - Nafsu

Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap-Mu
Namun Engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka
Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi-Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Haman dan kekayaan Qarun
Nafsu kami masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu.Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat
Jika Engkau menjawab ia akan bangun
Di kala itu Engkau akan tertawan.

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya ialah dengki dan khianat
Seteringnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor di belakang
Tetapi si pemandu asyik memandang ke hadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan.

Nafsu adalah sebahagian daripada dirimu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada.
~renung-renungkan~